CARI-LTS Publish time 18-5-2016 06:59 PM

Ayam Sumbat- Ayam Tanpa Tulang Disumbat Dengan Campuran Sayur

Oleh : TS LOO




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/18/185907uuqchfcihhqvxhvf.jpg



Bagi mereka yang tidak makan ayam Belanda, ayam sumbat adalah pilihan yang sesuai. Masakan ini berlainan dengan masakan ayam belanda, tulang ayam dikeluarkan terlebih dahulu dan disumbat dengan campuran sayur-sayuran, untuk memudahkan menghiris ketika dihidangkan.




Bahan-bahan:


1 ekor ayam
3 sudu besar minyak
1 biji bawang besar ] dicincang halus
2 ulas bawang putih ] dicincang halus
100 gm cendawan - didadu
150 gm sayurancampur
50 gm serbuk roti
25 gm keju Cheddar - diparut
Mentega untuk disapu
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa




Cara membuatnya :


1) Bersihkan ayam dan lap sehingga kering, kemudian potong sepanjang tulang belakang dan keluarkan tulang ayam dengan perlahan-lahan.
2) Lumurkan dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan sekejap.
3) Tumiskan bahan cincang sehingga keperangan.
4) Masukkan cendawan, sayuran campur, garam dan serbuk lada hitam. Masak sehingga sayuran empuk. Kemudian angkatnya.
5) Campurkan sayuran dengan serbuk roti dan keju. Sudukan di sepanjang bahagian tengah ayam.
6) Sematkan dengan lidi koktel supaya intinya tidak terkeluar.
7) Terbalikkan ke atas redai yang diletak dalam tin beralas foil. Lumurkan dengan mentega.
8) Bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 1 jam. Setealah setiap 15 minit, jiruskan ayam dengan jus yang terbit.




Nota: Untuk mengetahui samada ayam sudah masak, cucuk bahagian dada dengan pisau tajam. Jika jus yang terbit jernih, ini bermakna ia sudah cukup masak.- CARI Infonet









sumber : http://shiedaaniszue.blogspot.my/2010/04/

swayne Publish time 19-5-2016 08:56 AM

tak reti nak keluarkan tulang temulang tu. macam mana?

blackwidowbae Publish time 19-5-2016 02:19 PM

Dapppnyerrrr lahaiii~

nyammmeyhhh!!~~

cikcikebom Publish time 15-8-2016 09:31 AM

Nampak sedap...boleh cuba ni

purpledesire Publish time 17-8-2016 12:19 AM

Boleh share resepi nie dekat bod fnr..
Pages: [1]
View full version: Ayam Sumbat- Ayam Tanpa Tulang Disumbat Dengan Campuran Sayur


ADVERTISEMENT