CARI-MAMS Publish time 17-5-2016 12:02 PM

Captain America: Civil War Bakal Cantas Rekod Zootopia Filem Terlaris 2016?

oleh Adib Za

Kehebatan filem Captain America: Civil War tetap diperkatakan meskipun ia telah masuk minggu yang kedua tayangan di Amerika Syarikat.


Berbeza dengan filem Batman V Superman yang sampai sudah dikritik penonton, lain pula dengan Captain America yang berjaya mengubat kekecewaan peminat filem adiwira.


Masih berada di puncak carta box office, di Amerika Syarikat sahaja filem ini telah mengutip pendapatan US$72.6 juta bersamaan RM291 juta untuk minggu kedua tayangan sahaja!


Malah, kutipan di seluruh dunia kini menghampiri US$1 billion dengan kutipan US$940 juta bersamaan RM3.77 billion seterusnya menjadikan ia filem kedua terlaris pada 2016 selepas Zootopia (US$970 juta kutipan).


Filem The Jungle Book kekal di tangga kedua dengan kutipan domestik US$17.8 juta bersamaan RM71 juta.


Tak sabar pula menunggu filem X Men: Apocalypse membuat kemunculan pada minggu ini! - CARI Infonet



Sumber: Box Office Mojo


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/17/120159klqq6eutxecbauga.jpg
Sumber foto: Variety

mizzmimi Publish time 19-5-2016 10:29 PM

zootopia best hahaha..

nut.legacy Publish time 6-6-2016 11:58 AM

captain america definitely great movie to watch

misscendol Publish time 19-7-2016 03:55 PM

best kot cerita ni
Pages: [1]
View full version: Captain America: Civil War Bakal Cantas Rekod Zootopia Filem Terlaris 2016?


ADVERTISEMENT