paris~hilton Publish time 2-3-2005 02:03 PM

filem ni mampu tarik perhatian both races....

oracle Publish time 2-3-2005 02:12 PM

based on review dlm forum ni & dlm newspaper..rasa nak tengok sangat2 cerita Sepet ni..

ada siapa tau..so far dah berapa jualan tiket Sepet ni..?

ashna Publish time 2-3-2005 02:14 PM

Originally posted by imf at 2-3-2005 11:48 AM:


memang dia accident sebelum jawab phone orked... kan 1st time dia tak angkat... when 2nd time orked call baru dia angkat kan... so, my opinion is, jason maybe dah hampir maut... but, because of ...

good theory..i like ur theory by the way. :)
tapi part tu mmg sedih la bila orked baca surat jason tu...ayat jason tu mmebeuat kan kau rasa sedih sampai hampir menitis airmata jugak lah...yg paling sedih tu dia cakap nak dgr suara orked dan dia tak boleh tido 4 hari sbb tu...

Nesta13 Publish time 2-3-2005 02:23 PM

Originally posted by laksa at 2-3-2005 01:40 PM:
this is a must see film.......bangga rasanya tgk setengah penonton dalam panggung tu semalam chinese......bukan senang chinese nak tgk film melayu, unless film tu benar2 bagus...

is it?

aku rasa bukan sebab tu..

takpe.. malam ni baru nak pergi tengok.. nanti da tengok aku bagi opinion.. oraitt..

seribulan Publish time 2-3-2005 02:33 PM

Originally posted by imf at 2/3/05 11:48 AM:


memang dia accident sebelum jawab phone orked... kan 1st time dia tak angkat... when 2nd time orked call baru dia angkat kan... so, my opinion is, jason maybe dah hampir maut... but, because of ...
:clap:nice theory:ah::cry:and a sad one...
I prefer the ending to be this way...create
an impact...

ps. luv the setting of this movie too...IPOH...nostalgic 4 me...
kale kuar VCD nanti nak beli...tempat jatuh lagik dikenang...n
all that...;)

lien Publish time 2-3-2005 04:07 PM

pendapat lien,ni filem "malaysia" tu pasal le org cina pun tengok jugak. filem 'melayu' buat masa ni ada 'identiti'nya sendiri. (no komen)... tapi memang le.. sepet....worth watching. walaupun filem tapi penonton byk belajar dan memahami budaya malaysia (dari mata yasmin).. dan paling penting filem nitak main-mainkan penonton.

jasmine Publish time 2-3-2005 04:24 PM

Originally posted by cluben at 2-3-2005 13:41:



betul tu jas, kalau citer bagus mcm ni kita pun tak lokek nak beli yg ori. walaupun dah tgk kat wayang tetap nak bali buat koleksi. kalau cerita haprak, nak beli yg pirate pun aku tak hingin. ...

satu lagi kan cluben, kengkawan jas dari negara lain selalu tanya pasal filem negara kita. Jas tak tahu nak bagitau macam mana. Iyelah filem kita tak setaraf filem negara dia orang. Lepas ni boleh lah jas berbangga nak introduce filem kita pada dia orang!!!

jaja Publish time 2-3-2005 05:13 PM

hishh.. bestnya.. tak sabo arr nak nengok.. bila nak kuar cd nih...:stp:
tengah busy nih nak exam tak sempat arr nak gi wayang...:geram:

imf Publish time 2-3-2005 05:55 PM

Originally posted by oracle at 2-3-2005 02:12 PM:
based on review dlm forum ni & dlm newspaper..rasa nak tengok sangat2 cerita Sepet ni..

ada siapa tau..so far dah berapa jualan tiket Sepet ni..?

dalam paper, tak pasti paper apa, sebab saya baca kat thread gosip, diaorang pastekan interview dengan yasmin ahmad... sampai isnin lalu, kutipan tak sampai pun RM 200,000... sebab ditayangkan kat pawagam gsc dan tgv yang besar-besar je... macam kat ipoh, kl, jb...


ashna wrote :
good theory..i like ur theory by the way.
tapi part tu mmg sedih la bila orked baca surat jason tu...ayat jason tu mmebeuat kan kau rasa sedih sampai hampir menitis airmata jugak lah...yg paling sedih tu dia cakap nak dgr suara orked dan dia tak boleh tido 4 hari sbb tu...


tq....

kak seribulan wrote :
nice theoryand a sad one...
I prefer the ending to be this way...create
an impact...

ps. luv the setting of this movie too...IPOH...nostalgic 4 me...
kale kuar VCD nanti nak beli...tempat jatuh lagik dikenang...n
all that...

tq too...


saya nak pergi tengok lagi... tapi member saya cakap... dah dah la tu... dia suruh tunggu dvd keluar... gambo dvd lagi lawa... tapi dvd playernya tak ada... :cry:

p/s : gosip hangat yang sedang diperkatakan kat thread gosip ialah yasmin ahmad dulu penyanyi dan lelaki... tak tahu la betul ke tak... pada saya, itu hak dia, yang penting hasil kerja dia saya suka... actually, i'm addicted dah dengan filem sepet ni lepas spinning gasing... ada something yang saya belajar daripada filem ni and it's helps me to look my problem and things in another way...

nmi Publish time 2-3-2005 06:07 PM

best tak citer nie??nampak cam best.

payrol Publish time 2-3-2005 06:21 PM

dah tgk kelmarin..mmg citer nih best untuk movie melayu..at least there is a malay movie director who is thinking outside of the box..unlike some la kan..
this movie banyak message..
tapi message yang paling melekat kat aku ialah:
" tak semua cina tuh penipu..and tak semau melayu tuh pemalas.."
aku suggest korang tgk ite nih..
best sangat2!!!:)

king_kong Publish time 2-3-2005 06:28 PM

bila la mau tgk ini "Sepet"...takde genglaa...ade sapa2 mau teman? :bgrin:

rosalisha Publish time 2-3-2005 06:38 PM

SEPET sarat makna tersembunyi
Oleh: NOOR AZAM SHAIRI ([email protected])

KEMUNCULAN generasi baru pembikin filem tempatan yang ditandai oleh anak-anak muda yang berkarya menggunakan kamera video digital telah membuka bab baru dalam catatan perkembangan sinema Malaysia.

Filem-filem mereka dibikin dengan belanja yang murah tetapi secara keseluruhannya kaya dari segi mutu; kecil dari segi bentuk tetapi besar jiwa dan pengisiannya.

Filem-filem mereka ini adalah satu pemberontakan kepada gaya pembikinan dan kandungan sinema tempatan yang secara amnya dari tahun ke tahun berdepan dengan krisis seni dan intelektual.

Pengamat filem tempatan, Hassan Muthalib dalam satu kenyataannya kepada Sinema Baru tidak lama dulu merumuskan bahawa filem tempatan di tangan anak-anak muda ini mempunyai masa depan yang cukup cerah.

Ketika filem tempatan secara majoritinya mengalami masalah dari segi cerita, struktur naratif dan pengarahan, generasi baru ini mempunyai ketajaman daya sentuh yang mampu menangkap elemen-elemen penting dalam seni perfileman.

``Setelah sekian lama industri kita tidak ke mana kerana tahap bahasa filemnya yang rendah, anak-anak muda ini mula menunjukkan sesuatu,'' kata Hassan (lihat Denyut baru yang bara, Pancaindera, 29 Ogos 2004).

Sepet arahan Yasmin Ahmad yang membuka tayangan umumnya Khamis lalu adalah sebuah filem yang boleh dinilai dalam kerangka hujah-hujah di atas.

Ia sebuah kisah cinta biasa yang penuh sentimental - lelaki bertemu gadis, jatuh cinta dan kemudiannya saling teruji. Setelah sinema melangkaui sejarahnya lebih 100 tahun, tiada apa lagi yang istimewa dengan cerita seperti itu.

Tetapi Sepet di tangan Yasmin menjadi agak istimewa kerana ia mampu melontarkan isu-isu sosial yang menjadi masalah khusus dalam masyarakat Malaysia dan selebihnya menunjukkan kemampuan pengarah memahami medium penceritaannya.

Sepet bertolak daripada sebuah premis yang mudah. Seorang remaja lelaki Cina penjual VCD haram, Ah Loong @ Jason (Ng Choo Seong) jatuh cinta dengan seorang gadis Melayu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Orked (Sharifah Amani).

Kisah cinta antara dua dunia yang berbeza budaya dan agama dalam banyak telemovie tempatan lazimnya adalah pencetus konflik cerita. Percintaan pasangan yang berlainan latar belakang itu selalunya akan ditentang oleh ahli keluarga dan diuji oleh prejudis perkauman yang stereotaip.

Yasmin menyedari sempadan dunia yang diterokainya dalam Sepet. Malah lebih jauh daripada itu, Yasmin secara sedar sengaja menjadikan watak lelakinya Cina dan si gadis Melayu. Dalam keadaan itu, penentangan dan prejudis kaum seharusnya - mengikut persepsi biasa - menjadi isu dan asas konflik.

Tetapi Sepet memilih untuk tidak terperangkap dalam klise kisah cinta antara kaum, dan pilihan itu dinyatakan seawal adegan pembukaannya lagi.

Adegan dibuka dengan Ah Loong membacakan kepada ibunya sepotong puisi penyair Bengali, Rabindranath Tagore yang diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin. Si ibu yang berketurunan Peranakan kemudian bertutur dengan anaknya dalam bahasa Melayu dan disambut dengan bahasa Kantonis. Si ibu yang tersentuh dengan puisi itu kemudian menyuarakan rasa hairannya kerana walaupun ``orang lain bangsa, lain bahasa tetapi isi hati dia kita boleh faham.''

Melalui kod bahasa itu, secara tidak langsung Yasmin menyatakan bahawa kaum bukanlah isu penghalang untuk manusia memahami antara satu sama lain dan jatuh cinta. Seterusnya apabila hubungan cinta itu tidak menjadi isu kepada keluarga Ah Loong dan Orked, ia adalah pengulangan dan penegasan kepada kod makna yang ditunjukkan dari awal itu.

Kemahiran Yasmin menggunakan bahasa filem untuk menyampaikan cerita dan ada kalanya kritikan sosial melalui kod-kod makna yang tersembunyi adalah satu ciri menarik yang dapat dikesan dalam Sepet - daripada penggunaan prop, lagu latar hinggalah kepada mise-en-scene (pengadegan).

Adegan Orked dalam kereta bersama ayahnya (Harith Iskandar) mencari Ah Loong di serata bandar diiringi oleh lagu Song to the Moon daripada opera Rusalka karya Dvorak. Pada lapis pertama, lagu dari opera kisah seekor ikan duyung yang mencintai seorang manusia itu menegaskan kecamuk perasaan dalam hati Orked. Tetapi pada lapis lain ia menjadi isyarat awal adegan selepas itu - cinta dua remaja itu mula teruji.

Selain mengetepikan isu perbezaan kaum, Sepet juga mengutarakan nilai kasih sayang yang tidak mengenal sempadan kelas. Yam (Adibah Noor), orang gaji di rumah Orked dilayan seperti ahli keluarga sendiri. Dalam beberapa aspek mise-en-scenenya Yam diberikan tempat yang lebih tinggi daripada majikannya - duduk di atas kerusi dan berdiri ketika majikannya hanya di lantai atau di atas tanah.

Adegan imbas kembali dua kanak-kanak yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah cerita juga bukanlah ada tanpa makna. Seorang tua yang buta bermain muzik di tengah khalayak yang lalu lintas di depannya juga bukan satu adegan yang diletakkan tanpa sengaja. Kedua-duanya adalah pernyataan tentang makna kasih sayang dan cinta manusia - nilai yang mahu dilontarkan oleh Yasmin melalui Sepet.

Ada banyak lagi kod makna yang menjadi permainan Yasmin termasuk melalui kerja kamera Keong Low (yang sebelum ini mengerjakan Layar Lara). Adegan di rumah Orked dan di rumah Ah Loong adalah satu contoh yang agak ketara. Sebuah rumah selalu digambarkan dengan cahaya yang melimpah dan ruang yang luas manakala sebuah lagi suram dan sempit - tanda ikatan hubungan penghuninya.

Pengarahan seni oleh Odeng dan Ujang dalam dua adegan yang sama juga memberikan kesan yang serupa - sebuah rumah sentiasa ada buah-buahan di meja, sebuah rumah lagi selalu semak dan berserabut. Selain kod makna, pengarahan seni mereka juga menjadikan keseluruhan Sepet sebuah filem yang boleh diyakini latar cerita dan tempatnya.

Penyuntingan Affandy Jamaluddin yang kemas sedikit cacat dek `suntingan tambahan' Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang tidak tahu melakukan kerja dengan bersih. Adalah sesuatu yang malang apabila dua adegan yang menunjukkan manusia berkasih sayang disunting buang tetapi adegan suami isteri berkelahi dan naik tangan dilepaskan.

Adalah sesuatu yang lebih malang apabila LPF sendiri - oleh kerana gagal membaca kod makna - tidak sedar ia disindir dengan keras dalam salah satu adegan awal Sepet. Ketika Orked mula bertemu Ah Loong di gerai VCD cetak rompaknya, temannya Lin (Zehan) memegang VCD filem Daredevil. Siapa hendak jawab - filem itu tidak diluluskan untuk tayangan pawagam tetapi VCDnya bersepah di pasar malam!

Dari segi lakonan pula, semua pelakon termasuk watak sampingan memberikan komitmen dan persembahan yang terpuji dengan pujian khusus harus diberikan kepada Choo Seong dan Amani. Walaupun ada seorang dua pelakon sampingan yang tidak kesampaian selain Ida Nerina sendiri yang berlebihan dalam adegan akhir, cacat kecil itu tidaklah merosakkan mutu lakonan dalam Sepet secara keseluruhan.

Kalau ada pun sedikit kelemahan dalam filem ini ialah pemilihan dialog dalam beberapa adegan yang menunjukkan kecenderungan Yasmin untuk menegaskan idea nilainya tentang kaum. Beberapa baris dialog tentang `orang mata sepet' itu terasa begitu dipaksa-paksa - terasa lebih suara Yasmin daripada suara watak-watak dalam ceritanya.

Tetapi secara keseluruhannya, Yasmin menunjukkan mutu pengarahan yang boleh dibanggakan. Beliau menguasai medium bahasa filem; tahu menggunakannya untuk menegaskan cerita atau memberikan petanda kepada maksud cerita.

Selain kemahiran menguasai bahasa filem, filem-filem karya generasi baru ini cenderung tidak mahu menyuapkan segala-galanya kepada penonton. Sepet tidak ketinggalan menuntut khalayaknya menonton secara kritis dan aktif.

Penutup filem ini dibiarkan kabur dan penuh teka-teki. Kitalah yang menentukan penamatnya. Tetapi kalau kita rajin membaca kod-kod makna yang ditinggalkan oleh Yasmin, penamat Sepet bukanlah sesuatu yang di luar jangka.

Ketika filem tempatan terbelah dua memilih antara menjadi terlalu menghiburkan atau berseni, Sepet tampil mengambil jalan tengah menjadi kedua-duanya sekali. Inilah filem daripada pengarah generasi baru.

[ Last edited by rosalisha on 2-3-2005 at 06:41 PM ]

rosalisha Publish time 2-3-2005 06:47 PM

aku tak tengok lagi filem ni..sbb aku ni jenis yg tak penah gi panggung wayang..tunggu dvd atau vcd je la..
aku sentiasa kagum ngan yasmin ni..
filem 'rabun',iklan2 yg dia buat..semua best..

satu yg aku nak tanya..masa bulan puasa dulu,aku ada tengok sebuah telemovie kat ntv7..lakonan..:hmm:adlin aman ramli???..yasmin pun ada gak berlakon..berkenaan bulan puasa gak..aku dah lupa tajuknya..
tapi,aku rasa cite tu menarik..
aku cuma nak tanya,telemovie tu yasmin gak ke yg buat?

cabai Publish time 2-3-2005 08:52 PM

boleh box office ker citer ni ?

ashna Publish time 2-3-2005 08:56 PM

Originally posted by cabai at 2-3-2005 08:52 PM:
boleh box office ker citer ni ?

nak box office tu susah lah sbb setahu aku hanya di tayang kan di 8 pawagam shj.

white01whale Publish time 2-3-2005 09:29 PM

aku tak pernah terpk sama ada pilem ni boleh ker tak capai tahap box opis... yang aku tau.. kalo ader kesempatan untuk kali yang seterusnya.. aku nak tgk lagi skali.. dan kalo ader dvd copynyer... memang wajib tersimpan dalam koleksi...

bug_vengeance Publish time 2-3-2005 11:52 PM

teman dah cakap
cerita ni bagus
malas dah teman nak ulang ulang
nanti teman nangis
sebab cerita ni memang menyedihkan hati teman
:(

bug_vengeance Publish time 2-3-2005 11:54 PM

pegi la pekik kat telinga jiran dan kekawan korang tu semua
suruh diorang tgk movie ni
:lol

imf Publish time 3-3-2005 12:54 AM

tak sangka, kat chinese forum cari.com.my pun sedang hebat memperkatakan tentang sepet... dan... diaorang juga ambil tahu tentang hasil kerja pengarah-pengarah malaysia yang bermutu... yang saya tahu, ramai juga suka dengan filem 'rabun' yasmin ahmad ni... so, satu perubahan yang baik... jangan kata orang malaysia tak reti hargai karya bermutu... ini buktinya...
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11] 12 13 14 15 16 17 18 19 20
View full version: SEPET dari Yasmin Ahmad


ADVERTISEMENT