CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar & The Locos Didakwa Anjur Showcase Dalam Gereja Di London? Ini Jawapan Empunya Diri

2-5-2024 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8207| Komen: 12

Description: Pada 28 April lalu berlangsungnya showcase Alif Satar & The Locos di St John’s, Hyde Park, London.

Pada 28 April lalu berlangsungnya showcase Alif Satar & The Locos di St John’s, Hyde Park, London.

Namun lokasi persembahan yang mereka pilih telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa Alif dan kumpulannya telah melakukan persembahan mereka di dalam gereja.


"Lepas dia dah layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko dekat gereja pulak."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar dakwaan individu terbabit dan mempertahankan Aliff.


"Jauhilah fitnah."

"Ini dewan orang ramai. Tempat tu nama Hyde Park."

"Itu bukan gereja, itu event space, boleh Google."

Dalam masa yang sama, hantaran tersebut juga telah meraih perhatian penyanyi berusia 33 tahun itu.

"Tak apa la bro, kau tak tahu."

Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati individu tersebut telah bertindak memadam hantaran berkenaan.

Menerusi perkongsian seorang individu yang dipercayai rakan kepada Aliff iaitu Zaidan Zainuddin, tampil menjelaskan tentang pemilihan lokasi persembahan tersebut.



Difahamkan dewan berkenaan sering disewakan untuk pelbagai majlis. Zaidan juga percaya Alif takkan mengambil mudah dalam memilih lokasi persembahannya.

Sementara itu, Alif juga dilihat mengulang siar (repost) hantaran berkenaan di IG miliknya dan berterima kasih kepada sahabatnya itu.

Sumber: TikTok & IG Zaidan Zainuddin/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 2-5-2024 03:10 PM
Org main medsos.
Hg pon nk main medsos.
Tp bodo tu jgn tunjuk kt org dek.
Quote dua_chzy 2-5-2024 04:52 PM
Matilah Alip dah jadik pengikut Kristus.
Quote Straya 2-5-2024 05:01 PM
Kat fremantle sini,muslims sewa church untuk daily prayers & sembahyang jumaat.Takde hal pun.Baru tahun ni nak buat masjid
Quote cha-cha 2-5-2024 05:07 PM
dua_chzy replied at 2-5-2024 08:52 AM
Matilah Alip dah jadik pengikut Kristus.

Kahkahkah dah jadi bangsa kristian
Huruf T kat nama dia tu lambang salib
Quote sharlenetexas 2-5-2024 10:06 PM
Teringat sasha elite masa kawin american dulu siap buat karangan satu page pancaindera.


Quote one_aiman 2-5-2024 11:42 PM
yang pernah tengok dia perform hanya mampu tersenyum sinis
Quote thelilyallen 3-5-2024 08:46 AM
Kenapa? Kelaut ke? Aku memang tak minat suara dia. Suara tak power.
Quote kucingitam 3-5-2024 10:19 AM
netizen yang dakwa gitu gini tu mesti sejenis, hurup t pun jadi lambang salib..ntah  london pun x pernah jejak
Quote supernaturalee 3-5-2024 11:05 AM
tayang bulu dada sejemput tak mcm di ajl
Quote Rogue98 3-5-2024 11:12 AM
Alip2 yang lain boleh tak diam jap.... aku confuse Alip mana satu..
Quote lovelytouch 4-5-2024 05:53 PM
Tahlah deknon tak berkenan dgn heols acah2 hot acah2 suara sedap acah2 cool segalanya acah2 bagi akaq ahh rengsekk
Quote jihah_kudat 4-5-2024 09:18 PM
one_aiman replied at 2-5-2024 03:42 PM
yang pernah tengok dia perform hanya mampu tersenyum sinis

hauk sangat ke..ahhaha aku tak tahu la tapi tengok alip ni takde vibe penyanyi dia sesuai mengacara pastu jadi ikon kebaikan je kot..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051307 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top