CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan terus pantau kadar inflasi – Anwar

2-5-2024 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12871| Komen: 16

Description: PETALING JAYA – Kerajaan akan terus memantau kadar inflasi dan impaknya kepada negara susulan daripada pengumuman gaji penjawat awam yang dibuat hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan akan terus memantau kadar inflasi dan impaknya kepada negara susulan daripada pengumuman gaji penjawat awam yang dibuat hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneliti pelaksanaan, pengawalan dan pengeluaran kenaikan gaji tersebut.

“Pemantauan harus dikemas, sebab itu kenaikan itu berperingkat bermula Disember dan ke tahun berikutnya. Kalau ada naik pun, naik dalam keadaan terkawal.

“Seperti yang kita tahu inflasi di negara kita paling rendah di Asia, jadi kita jangkakan kenaikan sedikit boleh diterima dan kenaikan agak tinggi itu akan membebankan rakyat,” katanya dalam program Soal Jawab Perdana Menteri malam ini.

Dalam pada itu, disoal mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan dalam isu kos sara hidup yang lebih adil untuk rakyat Malaysia Anwar berkata, kerajaan tidak memandang ringan beban dihadapi rakyat.


“Setiap mesyuarat jemaah menteri kita tekankan, kos sara hidup itu seolah-olah agenda tetap sebab kita tidak memandang ringan rakyat terbeban.

“Sebab itu, kita beri subsidi padi naik dari RM350 ke RM500, pekebun kecil getah naik, nelayan naik, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) naik, RM10 bilion untuk tahun 2024,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 2-5-2024 02:50 PM
pantau jeke..harga barang tak turun2
Quote allshares 2-5-2024 03:52 PM
Takyah pantau la, sok2 tak bagi subsidi petrol, confirm harga naik mencanak. Ekonomi negara bkn mcm kira2 personal account, ko jimat tarik subsidi kurang hutang. No yah. Bila ko tarik subsidi petrol confirm semua brg akan naik mencanak. Ya lah semua melibatkan penghantaran (stock kilang ke supplier ke runcit). Makcik jual nasi lemak g beli brg kat kedai utk msk nasi lemak pun melibatkan petrol.

Indeed everyone will suffer.
Quote tungkai 2-5-2024 03:57 PM
PADU apa cerita..?? Kata nak deploy subsidi bersasar? Website PADU pun dah tak boleh access. Ke kena scam semua yg isi dulu..??
Quote Triple_8 2-5-2024 10:13 PM
tungkai replied at 2-5-2024 03:57 PM
PADU apa cerita..?? Kata nak deploy subsidi bersasar? Website PADU pun dah tak boleh access. Ke kena ...

Bukan scam tetapi idea separuh masak kerajaan PH. Sekarang lebih baik yang sudah isi itu berdoa agar data peribadi masing-masing selamat.
Quote Zazama 3-5-2024 12:39 AM
Adakah atau apakah mataku tersilap di mana-mana? Atau apakah daku masih bermimpi?
Quote sharlenetexas 3-5-2024 12:41 AM
Setakat pantau je ke? No action?


Quote sharlenetexas 3-5-2024 12:42 AM
Zazama replied at 3-5-2024 12:39 AM
Adakah atau apakah mataku tersilap di mana-mana? Atau apakah daku masih bermimpi?

Oh tidak. Anda tidak bermimpi.


Quote nusaraya 3-5-2024 12:59 AM
Cara atau policy  yang paling efektive untok mengendalikan inflasi dan memajukan ekonomi Malaysia ...

Apa itu ?

Tentu saja membuka lebih banyak Kasino .... Kasino Madani ....akan lebih banyak cukai didapat untuk membeayai subsidi bagi umah melayu agar mereka hidup lebih selesa ... Hehehehe
Quote mojarean_X 3-5-2024 01:17 AM
Bimbanglah inflasi. Boleh tak pastikan bwh 3% je. X nk jd cam Venezuela
Quote plywood 3-5-2024 07:59 AM
Kemarin aku makan direstoran menu yang selalu aku makan. Harga dah naik dari RM8 kepada RM10..  hari dimana gaji dinaikkan ialah hari dimana harga barang juga naik.

Quote SalenaGomez 5-5-2024 07:48 PM
plywood: Kemarin aku makan direstoran m ...


Padahal gaji gomen naik bulan december.  Skrg dah naik ke harga makanan? Hawauuu betul umum awal2 benda yg lagi 6 bulan
Quote kaseh80 5-5-2024 07:53 PM
Pund_ks la
Quote nusaraya 5-5-2024 09:08 PM
Edited by nusaraya at 5-5-2024 09:12 PM

Wooow...... Kasino Madani atau Kasino Islami ... Kasino atau judi yang LEGAL dan HALAL  karena sesuai dengan hukum syariah islam  

Mengapa ditentang ?... bukankah judi adalah sumber cukai kerajaan yang sangat penting untok pembangunan malaysia ..... Hehehehe

[youtube]1gVk1BWNDbU[/youtube]



Quote Gunama 5-5-2024 09:40 PM
pantau jgn fing tao tau
Quote Apoo 5-5-2024 10:23 PM
chacon replied at 2-5-2024 02:50 PM
pantau jeke..harga barang tak turun2

Dah nama inflasi, mmg la harga barang naik. Klu harga barang turun berbanding sebelumnya, itu dipanggil deflasi.
Yg penting ialah to ensure kenaikan inflasi tu tak lebih 2%. So that harga barang akan naik beransur2. Klu jadi mcm di turkiye atau venezuela, jenuh kita.
Quote cmf_premierleag 5-5-2024 10:28 PM
Triple_8 replied at 2-5-2024 10:13 PM
Bukan scam tetapi idea separuh masak kerajaan PH. Sekarang lebih baik yang sudah isi itu berdoa ag ...

Kat astro sooka ada series I.D....kisah psl data peribadi rakyat msia yg dijual pd broker data
Mmg lain dr yg lain la drama ni
Bukan plot megah holdings ke apa ke
Storyline pun mantap sbb astro original series punya
Diorg inspired drama ni ala2 my sejahtera tu la
Tp dlm drama ni, nama apps tu Bebas Apps
Siap bleh tgk location check in bagai kan...so bleh la tau sugarbabes ni sume duk kondo mana
Data2 msians dlm bebas apps tu dijual pd broker data .utk diorg pakai ms kempen politik yg sponsored by politicians and tycoons bangsat sume ni.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.080205 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top