CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhir

2-5-2024 07:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12839| Komen: 4

Description: Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhirKUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki masih berpeluang untuk melangkah ke separuh akhir saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China apabila diundi b ...


Piala Thomas: Malaysia berdepan Jepun di suku akhirKUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki masih berpeluang untuk melangkah ke separuh akhir saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China apabila diundi bertemu juara Kumpulan B, Jepun pada aksi suku akhir hari ini.

Ia bukanlah satu perkara yang mustahil memandangkan Malaysia memiliki rekod cukup baik ke atas juara edisi 2014 itu apabila mencatat empat kemenangan daripada lima pertemuan terakhir sebelum ini.

Jaguh perseorangan, Lee Zii Jia serta dua beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pastinya menjadi sandaran pasukan negara untuk menyumbang tiga mata yang diperlukan bagi meneruskan kemaraan.

“Bertemu Jepun, kita mampu untuk berikan saingan dalam perseorangan kedua dan ketiga manakala beregu peluangnya 50-50. Kita perlu meningkatkan fokus, komitmen serta psikologi,” kata Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.


Terdahulu, Malaysia muncul naib juara saingan Kumpulan D selepas menewaskan Hong Kong dan Algeria, masing-masing menerusi kemenangan bersih 5-0 sebelum tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Sebagai rekod, Malaysia terus menantikan peluang untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 32 tahun dalam saingan Piala Thomas selepas kali terakhir mendakap trofi teragung itu pada edisi 1992 di Kuala Lumpur. 

SUmber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 2-5-2024 02:51 PM
lama tak tengok badminton sejak dah tak ada hafiz hashim dan LCW
Quote Simunggu 2-5-2024 02:57 PM
AFC U23? kuatnya malaysia ..masuk final
Quote supernaturalee 2-5-2024 03:47 PM
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

izz nmpk lbh cina dari goh

jgn ada yg tuduh iol 3r ek
iol respek, relaks, respon je ni

Quote johan-adx 2-5-2024 04:10 PM
nampak berat dgn jepun ni.. predict 4-1..atau 3-2

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044406 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top