CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Yasmine Didesak Persatuan Seniman Untuk Henti Rosakkan Imej Artis Malaysia

1-5-2024 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15618| Komen: 35

Description: Semakin hari semakin banyak pula perkara yang didedahkan wanita kelahiran Singapura, Sarah Yasmine tentang artis Malaysia yang terkait dengan isu Aliff Aziz.


Semakin hari semakin banyak pula perkara yang didedahkan wanita kelahiran Singapura, Sarah Yasmine tentang artis Malaysia yang terkait dengan isu Aliff Aziz.

Disebabkan itu, Persatuan Seniman Malaysia menggesa agar semua selebriti yang terkait dengan pendedahan Sarah untuk membuat laporan polis.

Perkara itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah selepas melihat apa yang dilakukan Sarah ini boleh mencemarkan nama baik industri hiburan tempatan.

"Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malasyia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan."

"Kami juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polimikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat."

Saranan ini turut ditujukan kepada Sarah Yasmine agar hentikan sebarang perkongsian aib mana-mana individu di media sosial.

"Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan."

Dalam pada itu, Seniman turut berharap agar masalah rumah tangga antara Bella Astillah dan Aliff Aziz dapat diselesaikan tanpa campur tangan orang luar yang tiada kena mengena.

Kredit: mStar/OhMedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 1-5-2024 12:10 AM
Kemain dalam ig muka macam anime...muka asli sgt awam dek.....
Quote ues1331 1-5-2024 12:28 AM
Dah kalau sendiri memang perangai buruk acaner? Berani buat berani la tanggung beb, sini bukan macam Korea duk menangkan oppa unni sume. Sini bab jatuhkan orang laju je
Quote DeLuna85 1-5-2024 01:45 AM
Bagi la peluang dkt dia nak buktikan dia paling ramai kenalan retis.
Quote anilanil 1-5-2024 01:54 AM
Skrg ni yg bole dakwa SY si bella astillah jer atas aduan gangguan pihak ketiga. Itu pon kalo bella nak la. Yg lain2 tggu giliran ok? Itu pon kena pi kaji dulu. Si SY ni walaupon rempit tapi sekolah habis kot. Takkan keje paramedic sekolah tak abis?
Quote pocongkiutss 1-5-2024 01:59 AM
Rosakkan imej artis Malaysia???

Helo..yg dia tayang tu mmg betul kan..bukan pitenahh

Retis yg rekod elok mcm patah amin & beto tak meroyan ponnnnn..yg sampah je akan melenting ting ting
Quote pocongkiutss 1-5-2024 02:00 AM
jalfa replied at 1-5-2024 12:10 AM
Kemain dalam ig muka macam anime...muka asli sgt awam dek.....

Tula..muka asli dia terrsgt awam
Quote amarakasih 1-5-2024 03:11 AM
Geisha ni kan, kalau dia dan 3 yang lain tu jer dalam drama ni, tak petik orang tak berkenaan, baru puas hati. Ini dah terkeluar dari script asal. Haduiii sampai meluat dan semak dibuatnya
Quote naina 1-5-2024 05:42 AM
Persatuan gesa Sarah ni bawak balik jantan tu balik Singapore dan minta produser Malay jaga ambik dia berlakon..rosak industri
Quote epal_putih 1-5-2024 07:04 AM
Lainkali jgnla ambik yg bengong berlakon
Quote dubuk 1-5-2024 07:05 AM
Mana muka asli beliau
Quote Raman 1-5-2024 07:09 AM
Tapi artis Malaysia yang tak jaga kelaku. It’s a bit cheap to put the blame solely on SY. Semua takut ke cerita sendiri terlondeh?
Quote ketupatnasi 1-5-2024 08:32 AM
Raman replied at 1-5-2024 07:09 AM
Tapi artis Malaysia yang tak jaga kelaku. It’s a bit cheap to put the blame solely on SY. Semua tak ...

Kelakar kan. Gelupuh sesekor dah knp???
Quote ketupatnasi 1-5-2024 08:36 AM
Acik porum jgn la nk harap reput CARI dpt korek gossip pepanas mcm ni. Copy ig retis boleh la...retis masak nasik goreng belacan utk tok laki memalam pun nak digossip.  Ni ha dah ada orang buat kije siap receipt bergambar
Quote clarizsa 1-5-2024 08:59 AM
lainnya muka mekap dgn rupa sebenar
Quote bungarose 1-5-2024 09:14 AM
Patutnya seniman ban artis jahat dan bermasalah. Sampai biler nak simpan benda busuk dalam seni. Baru netizen tawu retis malaysia jenis bebas tidur jantan betina tak kire suami ker isteri orang
Quote namieamuro 1-5-2024 09:39 AM
bgegar terus industri seni malaysia smpi ramai sound sarah balik Singapore sane. masalahnye, die kt sane ke atau masih kt sini, selagi ade internet, selagi tu die bole spill ape jelah yg die nak spill

jejage jed jedi. kang die pegi ulang tayang gamba sexy ko karang
Quote _blackbird 1-5-2024 12:58 PM
Aku td tgk live zad zaidi, punya la bodoh iq netizen, boleh dia tanya soalan "kenapa seniman tak bela nasib isteri teraniaya" adoiilahhhh dia igt zed zaidi tu menteri kebajikan dan wanita ke? Bodoh tahap paling ampuh. Jilake. Patut la suka kepoh2 hal gossip retis. Sel otak takda
Quote _blackbird 1-5-2024 01:08 PM
Raman replied at 1-5-2024 07:09 AM
Tapi artis Malaysia yang tak jaga kelaku. It’s a bit cheap to put the blame solely on SY. Semua tak ...

Apa yg aku paham dari live zed zaidi tu, not to sy only, pada sesiapa yg nak membirah dgn retis, nak berskandal ke nak himpit retis. bg diorg tu isu peribadi, seniman tak hak nak masuk campur / halang. Diorg pon ok je sy tu nak londeh kan isu yg releven like londehkan runahat, peah, alip najis, bella (ada related dengan isu jiwa kacau dia). Yg jadi isu nya kan sini dia babitkan skali retis yg takda kaitan dgn cinta bersegi2 diorg ni. Cth marqeen, ko yg try himpit marqeen, marqeen bg respon then bai bai, takda kaitan nak londehkan marqeen kenapa mcm tuhh.. ko yg offer diri kan, settle
je lah dengan marqeen. Tu belum masuk dia babitkan nora & tiz yg sampai hari ni taktau apa kaitan. Adik beradik maembong, anna jobling, lagi siapa lagi retis aku pon tak kenal dgn tak igt nama yg semua dia claim syok kat dia. Dia bukan retis pon. Kalau betul ada isu dgn sekian2 retis, compile bukti pi dakwa retis2 ni mcm tu.


Point seniman, diorg ok londehkan isu yg berkaitan dgn skandal alip aziz, diorg tak ok londeh kan artis yg si sy try himpit dan takda kaitan dgn cerita skandal alip ajis.
Quote gideoncross 1-5-2024 01:59 PM
namieamuro replied at 1-5-2024 09:39 AM
bgegar terus industri seni malaysia smpi ramai sound sarah balik Singapore sane. masalahnye, die kt  ...

Gigih ambil video bugil msa mndi

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.402115 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top