CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja warga asing menyamun, menyamar polis ditahan

30-4-2024 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13515| Komen: 6

Description: Bayan Lepas: Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai polis.


Bayan Lepas: Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditahan di hadapan pusat cuci kereta Lorong Sungai Dua, Desa Permai Indah, Gelugor pada 12.25 tengah malam.

Katanya, penahanan suspek itu dilakukan susulan laporan yang dibuat mangsa warga asing berusia 28 tahun di Bayan Baru, baru-baru ini.

"Berdasarkan laporan, suspek menyamar sebagai pegawai polis dan meminta pasport daripada mangsa. Suspek juga bertindak menumbuk muka mangsa.

 "Mangsa melarikan diri selepas terlihat pisau dalam raga motosikal yang dinaiki suspek," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Jafri berkata, suspek yang bekerja sebagai pencuci kereta itu direman bermula hari ini hingga 4 Mei depan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan.

Orang ramai boleh menyalur maklumat kegiatan atau kejadian jenayah dengan menghubungi bilik gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 019-2238169 (Aplikasi Whatsapp) atau laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi Messenger.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 30-4-2024 11:50 PM
Selamat Malam Rohingyuck.

Baideway.lagi beberapa minit,its gonna be May.

Quote gigahertz 1-5-2024 12:16 AM
hantar ke rumah NGO
Quote dani-rox 1-5-2024 12:31 AM
UNCHR and NGO pls curb your pets.
Quote Aliaskotonggo 1-5-2024 12:20 PM
kecik2 dah khayal nak jadi polis.... walaupun bakat mengugut dan memeras tu dah ada, tunggulah besar sikit dik.
Quote Skuau 1-5-2024 08:31 PM
Tuk kesekian kalinya...'MUKA MALEZIA NAMPAK BODOH DIPERBODOHKAN WARGA ASING.
Quote Firenzza 1-5-2024 11:01 PM
Hebat-hebat........rogol, rompak, jd pulis suma pun boleh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.155672 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top