CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saling Kongsi Foto Bersama, Zarina Anjoulie & Fathia Latiff Dah Berbaik? – “Dia Sentiasa Ada Tempat Dihati Saya”

30-4-2024 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16151| Komen: 43

Description: Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie memuat naik foto bersama mendapat perhatian warganet yang mana mengetahui persahabatan mereka sebelum ini mempunyai konflik.

Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie memuat naik foto bersama mendapat perhatian warganet yang mana mengetahui persahabatan mereka sebelum ini mempunyai konflik.

Terbaharu, Zarina atau mesra disapa sebagai Anju tampil memberi penjelasan mengenai situasi yang terjadi.


“Ringkas saya nak cakap, saya dan Fathia dah berkawan sejak berumur 19 tahun. Kami gaduh, kami viral apa semua tapi satu perkara yang orang kena tahu dia sentiasa ada tempat dihati saya.


“Dia sentiasa jadi sebahagian daripada saya, begitu juga saya untuk dia sebab itu muka kami pun sama kalau korang sedar. Saya salah seorang yang memahaminya dan dia tahu tiada orang lain dapat faham dia macam saya dan banyak lagi.

“Kami gaduh macam anjing dan kucing tapi masing-masing adalah sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Malah, Anju mengakui bahawa dia mengenali Fathia sebagai seorang insan yang baik walaupun terkadang sikapnya membuat orang jadi gila.

“Kadang-kadang saya tak faham dia, kadang-kadang dia buat saya gila, saya juga buat dia gila. Tapi, dia salah seorang yang baik yang pernah saya kenal.

“Tapi, kadang-kadang saya akui saya tak dapat faham dia, dia buat saya gila. Tapi, saya tak kisah… kita pun dah semakin nak tua dah ni. Saya tak nak fikir benda yang buruk pasal orang.

“Dan saya tak nak tengok perkara buruk pasal orang. Apa yang saya nak ingat adalah perkara baik pasal orang, memori yang baik.

“Kita ni dah makin tua apa kata kita cipta memori indah dan ingat benda yang elok. Saya tak mahu ingat benda yang negatif. Ingat benda yang positif je pasal orang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Anju juga berharap bahawa orang lain juga berfikiran positif terhadapnya.

Selain itu, dia turut menzahirkan rasa rindu terhadap sahabatnya itu walaupun mereka berjauhan atau memiliki salah faham.

“Harap dengan perbuatan dan pemikiran saya macam tu, saya harap orang pun boleh berfikiran positif terhadap saya. Lagipun, hidup ini singkat untuk bergaduh, fikir benda tak baik pasal orang.

“Fathia dengan saya… macam mana kami jauh pun atau bergaduh. Kami sentiasa rindu satu sama lain. Macam mana pun dia, saya kenal ‘the sweet’ Fathia,” luah Anju.

Sumber : Xtra.com.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 29-4-2024 11:39 PM
Elokla tu hanpa sekufu
Quote sharlenetexas 30-4-2024 12:40 AM
Makin weng kakya ni.


Quote anony-mous 30-4-2024 12:49 AM
Ok......
Quote Nizleen86 30-4-2024 12:56 AM
Muka dua2 makin pelik...
Quote Afifi82 30-4-2024 12:57 AM
Kfineee. Nanti esok2 gaduh lagi, tumpah2kan la hot tea,ye. Makasih
Quote EncikRhoma 30-4-2024 01:25 AM
So tekya dah bayar la hutang anjuli hari tu? Beg gucci tekya pun anjuli dah pulangkan la tu
Quote allshares 30-4-2024 01:27 AM
Mereng jela korang sama2, nk lagi bergabung meletop ajak sekali sarah yasmine c scandal alep tu ha.
Quote MadameOnion 30-4-2024 05:47 AM
Nak tag team mencapub kes bella ruhamis dgn sarah kan? Tunggu je
Quote annadonna 30-4-2024 06:00 AM
Boleh je ada relationship mcm ni. Yang puaka tu bila semua nak revealed kat socmed. Tapi apa nak buat, itulah cara dorang nak tunjuk pada followers. Jalani ajelah kehidupan ni ya.
Quote jihyomelly 30-4-2024 06:56 AM
2x5
5x2
Quote Rogue98 30-4-2024 07:34 AM
Boleh lah ajak Alip join sekali. Tiga2 dah weng...
Quote brunesss 30-4-2024 09:03 AM
sekufu lah tu, cancelled retis gang gang
Quote vanillaninja 30-4-2024 09:09 AM
Gang makin tua makin sewel ke chuols.
Quote buapakperut 30-4-2024 09:10 AM
gang gang time baik
gang bang time gaduh
Quote marchikobonzo 30-4-2024 09:14 AM
Hmmm..warga porom hanya menunggu teh yang bakal dihidangkan oleh mereka tak lama lagi
Quote user_lost 30-4-2024 09:25 AM
dua-dua taik batu
dua-dua sang@p oteee
Quote beni_nikaido 30-4-2024 10:08 AM
'dia buat saya gila' ...' saya buat dia gila...'
dia gila, dia gila, mereka gila, kite semua gila
hahahahanattttt
Quote Fly_over 30-4-2024 10:09 AM
toxic relationship deyols ni gaduh sakan tp xboleh bercerei
Quote intan_smsb 30-4-2024 10:22 AM
sapa ade tgk vid terbaru zarina ni

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.109394 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top