CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkini! Dua anggota maut, seorang cedera parah selepas Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng

17-5-2024 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14558| Komen: 0

Description: Berita menggemparkan negara apabila Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru telah diserang lelaki bertopeng menggunakan senjata parang hingga mengorbankan dua anggota.
Kredit foto : Sinar Harian


Berita menggemparkan negara apabila Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru telah diserang lelaki bertopeng menggunakan senjata parang hingga mengorbankan dua anggota.
 
Suspek mencederakan dua anggota polis bertugas itu sebelum merampas dua laras senjata iaitu pistol Walther P99 dan HK MP5.

Suspek kemudian melepaskan dua das tembakan mengenai anggota polis bertugas.

Kejadian awal pagi Jumaat itu menyebabkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.

Manakala seorang aggota yang turut ditembak cedera parah dan kini berada di zon merah sebuah hospital.

Suspek pula dipercayai telah ditembak mati dan pihak polis merampas dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5.


Terdahulu, dua anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.54 pagi.

Panggilan itu dibuat oleh seorang lelaki tempatan memaklumkan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sedang dalam perjalanan menuju ke Balai Polis Ulu Tiram.

Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038079 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top