CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Skodeng" wanita dalam tandas pusat beli belah, buruh dipenjara 6 bulan

16-5-2024 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1183| Komen: 6

Description: Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas buruh kerana mengintai wanita di dalam tandas.

Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas buruh kerana mengintai wanita di dalam tandas.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Alauddin Zahid, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan.

Dia dituduh mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 22 tahun dengan mengintai mangsa di tandas wanita di sebuah pusat beli belah di daerah ini, pada 10.05 pagi, 13 Mei lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 13 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 16-5-2024 10:35 PM
Mesti dia minat pompuan tu.

Kalau takat nak tengok poen boleh je google kan.
Quote hokeypokey 19-5-2024 02:24 AM
muka pervert
Quote laqoyah 20-5-2024 08:12 AM
Quote ezacbee 20-5-2024 08:17 AM
Tembel mata kang

Quote ifanonline 20-5-2024 09:29 AM
tak pandai skodeng ni...org dah advance dah
Quote vanillaninja 20-5-2024 10:05 AM
Tengok muka pun menakutkan.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.054620 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top