CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tiada unsur orang ketiga. Keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian" - Bekas suami Irma Hasmie

3-5-2024 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25624| Komen: 122

Description: Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan berkata, perceraian mereka adalah keputusan bersama selepas mengambil kira semua pandangan.

Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan berkata, perceraian mereka adalah keputusan bersama selepas mengambil kira semua pandangan.

"Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam 'co-parenting'.

"Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu," katanya selain memperbetulkan salah faham atau 'miscommunication' yang berlaku selepas berkongsi mengenai perkahwinannya dengan wanita dikenali sebagai Fiza di Instagram pada 28 April lalu.

Katanya, pernikahan dengan Fiza juga tidak mengambil masa yang lama dan mereka sudah berbincang untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama.

"Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, Irma juga sudah diberitahu mengenai perkahwinan itu.

"Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.

"Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya," katanya.

Menurut Redza, dia mohon agar semua pihak menghormati privasi dan sensitiviti setiap ahli keluarganya.

"Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya.

"Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-Allah," katanya.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.



Terdahulu, akhbar ini melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir enam bulan lalu.

Berita itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Story yang kemudian dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris menerusi platform sama.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hmmlantakko 3-5-2024 12:37 PM
hmmmmm mcm lah org percaya. pdhl dh duk bercenta masa masih bersama herma tu khennnn… tu yg jd punca seraiiii. mehhhh alasaaaannnn alasaaannnnn. bala bala bala
Quote mrsamz 3-5-2024 12:42 PM
cara dia cakap tu mcm..mehhh..biasa la tu kawen serai kawen serai..takde hal lah..yg penting semua setuju..hmm..betul jugak kalau difikirkan..
dah jalan hidup dia mcm tu..nak putarkan masa semula pun tak dapat dah..so..semua org move on saja lah..
dia announce dah nikah tu bagus sebenarnya supaya tak jadi fitnah kat mana2 lagi dah
Quote Lulu_717 3-5-2024 12:55 PM
Memangla keputusan berkahwin selepas bercerai, sebab sebelum bercerai bercinta dulu. tak gitu?
Quote noor2 3-5-2024 12:56 PM
Yelaaaaa dari mulut ko kannnn...bukan mulut exbini ko pun...
Quote JunkMail 3-5-2024 01:08 PM
Kau jangan bercerai lagi lepas ni... Acik acik tunggu je nak cerca kau. Tak kira berapa tahun memang simpan receipt yaa.. awassss
Quote makneng 3-5-2024 01:08 PM
Bendera merah eh jantan ni
Quote Purplehaz 3-5-2024 01:17 PM
contoh suami bekas suami yg baik ni tidak sedikit pun cerita memburukkan atau buka aib pasangan.


Quote Straya 3-5-2024 01:23 PM
Cerai hujung tahun tapi macam mana waktu puasa tahun lepas,boleh lak berbuka puasa kat hotel tempat kerja bini baru & promote ramadhan buffet dia.Lepas cerai dan2 terus staycation kat hotel tu
Quote kuyu 3-5-2024 01:41 PM
Straya replied at 3-5-2024 01:23 PM
Cerai hujung tahun tapi macam mana waktu puasa tahun lepas,boleh lak berbuka puasa kat hotel tempat  ...

Serious la...
Quote pocongkiutss 3-5-2024 01:45 PM
Huk aloh..padahal sebelum tu dh berchenta bagai
Quote Incanto 3-5-2024 01:51 PM
sebelum cerai dah kenal kenalin

selepas cerai baru buat keputtusan utk kawin
Quote selipar_hijau 3-5-2024 02:16 PM
Hahahahahahahahaha!
Quote MeowPARSI 3-5-2024 02:28 PM
Fe feeling hot,, phuihhh
Quote MissVixen 3-5-2024 02:31 PM
Bullshit. Cepat betul nikah baru. Baru 6 bulan dah nikah. Gebang la tak bermesra semasa masih suami orang. Dah la ada sejarah cerai pihak lelaki dan perempuan pon.
Quote GreySuede 3-5-2024 02:31 PM
Hahaha kelakar... Xkan tetiba cerai terus kawen kalo xde buat hal? Lagi sorang jantan taguna.
Quote mawarputih2612 3-5-2024 02:33 PM
mmg la dh berserai baru nikah tapi bercinta tu sejak bila dah
Quote youell 3-5-2024 02:35 PM
Lambertttt lagi nak purcaya.. tp lantak kau la.. asal kau bahagia dgn pilihan sendiri. Moga IH pun berbahagia juga
Quote Straya 3-5-2024 02:35 PM
kuyu replied at 3-5-2024 05:41 AM
Serious la...

Leh tengok post kat IG dia sebelum private.Ada forumers dah tepek jugak kat thread ex Irma kahwin
Quote Gunama 3-5-2024 02:36 PM
Jangan ko diceraikan plak lepas ni.

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.136611 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top