CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tular Semula Video Usik Ruhainies ‘Penyondol’, Janna Nick Beri Respon – ‘Ini Ujian Mereka & Tak Nak Jadikan Ia Bahan Jenaka’

2-5-2024 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11250| Komen: 7

Description: Berikutan kontroversi antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz, tular semula video Janna Nick mengusik aktres itu semasa mengacarakan program Family Duo 3 yang bersiaran pada tahun lalu.

Berikutan kontroversi antara pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz, tular semula video Janna Nick mengusik aktres itu semasa mengacarakan program Family Duo 3 yang bersiaran pada tahun lalu.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menjelaskan bahawa ketika mengacarakan program tersebut dia tiada sebarang niat untuk memerli Ruhainies malah ianya hanyalah sekadar gurauan.

"Video tu video lama, apa yang ulaskan itu tak ada niat untuk menyindir atau nak ‘tumpahkan tea’ pun tidak."

"Sebenarnya, ia hanya gurauan dan mengikut isu-isu semasa ketika itu."

Aktres berusia 29 tahun itu berkata, gurauan tersebut sama sekali bukan untuk menyindir Ruhainies kerana di antara mereka sudah pun tiada sebarang persengketaan.

"Saya dengan Ruhainies ketika itu telah pun berdamai, tidak ada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa pula saya nak menyindir dia dengan perkara-perkara yang tidak baik."


"Mungkin perkara itu terkena pula dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik."

Janna berkata demikian ketika ditemui OhBulan! pada majlis Rumah Terbuka Warner Music Malaysia Raikan Raya yang berlangsung di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal tersebut juga menzahirkan rasa simpati terhadap rakan-rakan artis yang terbabit dengan kontroversi berkenaan.

"Kalau boleh jangan palitkan saya dengan isu in sebab saya turut bersimpati dengan semua pihak."

"Sebab saya anggap ini semua adalah ujian untuk mereka dan kita tak nak jadikan ia sebagai bahan jenaka. Saya takut ujian itu akan berbalik kepada kita."


Terdahulu, video yang memaparkan Janna sedang mengusik Ruhainies sebagai penyondol tular susulan ramai warganet mendakwa Janna telah mengetahui tentang isu curang tersebut lebih awal.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EncikRhoma 3-5-2024 02:36 AM
Janna dengan ruhainies dah lama berdamai? Sebelum tu diorang ada bergaduh ke? Sebab apa?
Quote bottombikini 3-5-2024 06:29 AM
kalau tak baca tajuk ingatkan makcik mana tadi
Quote noor2 3-5-2024 06:31 AM
Kenapa dah muka janna sebijik mcm org kg aku yg mcm.makcik2 gemok...
Quote I.K.A888990 3-5-2024 07:53 AM
janna preggy ke
nampak lain muka dia
Quote vanillaninja 3-5-2024 08:36 AM
Nampak bijak jawapan sheols.
Quote Kak-Rohana 16-5-2024 04:06 AM
gatal masing2...ngaku je
Quote bambimo 16-5-2024 04:08 AM
Berisi betul dia Ni tp kulit lawooo flawless

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.147792 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top