CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas hilang selepas cari daun palas ditemui meninggal dunia

2-5-2024 07:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13611| Komen: 16

Description: PADANG BESAR – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun palas, dua hari lalu ditemui meninggal dunia di kawasan lembah Hutan Simpan Guar Sanai, dekat sini hari ini ...

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun palas, dua hari lalu ditemui meninggal dunia di kawasan lembah Hutan Simpan Guar Sanai, dekat sini hari ini.

Mayat mangsa, Ubaidillah Mohamad, 73, ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 4.12 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa berusia 68 tahun berhubung kehilangan warga emas terbabit pada pagi semalam.

“Pengadu memaklumkan suaminya tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi selepas keluar mencari daun palas di kawasan kebun getah atau hutan di Kampung Guar Sanai di Padang Melangit, Beseri dekat sini dengan menunggang motosikal pada pukul 3 petang, kelmarin.

“Tindakan awal mencari mangsa dijalankan oleh anggota Balai Polis Beseri bersama masyarakat setempat dan pada pukul 6.30 petang hari sama, motosikal lelaki warga emas itu ditemui di kawasan kebun getah,” katanya di sini hari ini.


Kata beliau, pasukan SAR dengan kekuatan 99 pegawai dan anggota polis, Pasukan Gerakan Am Batalion 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam melakukan pencariandi kawasan Hutan Simpan Guar Sanai sebelum menemui mangsa di kawasan lembah di situ.

“Mayat mangsa dijumpai pada pukul 4.12 petang tadi dengan jarak kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi motosikal ditemui,” ujarnya.

Tambahnya, hasil siasatan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis mengesahkan tiada unsur jenayah pada mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah kematian mengejut dan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan sedang dijalankan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 2-5-2024 09:20 AM
innalillahi wainna ilaihi rojiun. salam takziah buat keluarga.
Quote chinta89 2-5-2024 09:39 AM
salam takziah kepada keluarga arwah
Quote imanjannah 2-5-2024 10:05 AM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosa2nya
Quote supernaturalee 2-5-2024 12:41 PM
jauhnya arwah berjalan
dekat sebatu

ni la yg iols pesan kt mak di kg
klu ayah pi kebun sorg2 smpi lewat ptg tak balik
mntk jiran2 terdekat pi turut tgk
dh bnyk kes mcm ni

Quote Decaffeinated 2-5-2024 01:10 PM
supernaturalee replied at 2-5-2024 12:41 PM
jauhnya arwah berjalan
dekat sebatu

dan sebatu dalam hutan macam sepuluh batu dalam pekan.

Quote sayurmayur88 2-5-2024 01:47 PM
ya Allah..sedihnya baca berita macam ni..
semoga Allah merahmati arwah dan menempatkannya dalam golongan yg diredhai Nya..aamiin
Quote liyamariska 2-5-2024 04:33 PM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote syamzana 2-5-2024 05:12 PM
innalillah...
semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman.
kesian nenek kat umah mesti susah hati 2hari tokki tak balik.
Quote nw111 2-5-2024 05:23 PM
supernaturalee replied at 2-5-2024 12:41 PM
jauhnya arwah berjalan
dekat sebatu


Sedara I meninggal gini lah..pegi kebun pagi..sampai petang tak balik/tak dpt call .family pegi cari.. tgk2 dh meninggal...Gaya mcm dia cuba nak balik sbb jumpa mayat dekat kereta..pintu kereta dah terbuka..mayat diluar kereta
Quote auntieagony 2-5-2024 05:29 PM
Innalillahi wainna ilaihi rajiun
Quote jazaa100 2-5-2024 05:38 PM
Edited by jazaa100 at 2-5-2024 05:40 PM

Kesiannya....

Aku kekdg tak paham, org tua kat perlis masih nk cari duit....dorang ni senang tau, mcm² bantuan dpt.....

Selalu masjid² agih beras & hamper utk asnaf....duit bantuan raya bkn mcm kl, dpt le rm200 ke rm300... Dorang dpt rm700....tu dari Raja perlis....dari jkm lain, pej agama lain....

Aku ada jumpa sorang pompuan ni, dia benti keja kedai mkn sbb byr murah dia kata ....aku tanya, hbis buat apa skrg?....dia kata, duduk je rumah, mcm2 bantuan dpt.....
Quote supernaturalee 2-5-2024 05:43 PM
nw111 replied at 2-5-2024 05:23 PM
Sedara I meninggal gini lah..pegi kebun pagi..sampai petang tak balik/tak dpt call .family pegi ca ...

tu lah
xde sape masa kejadian
kot ada org lain masa tu kot la sempat lg diselamatkan




Quote B40tastePosh 2-5-2024 09:17 PM
jazaa100 replied at 2-5-2024 05:38 PM
Kesiannya....

Aku kekdg tak paham, org tua kat perlis masih nk cari duit....dorang ni senang tau, m ...

Pemalas...malas angkat bontot dan bekerja. Membazirkan usia.

Orang Selangor takde macam ni ye... balik dari kebun sawit kitorang jadi nelayan pantai pulak tanam pisang pelbagai jugak.

Hanat jenis perangai duduk rumah tunggu bantuan
Quote mojarean_X 3-5-2024 02:15 AM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosa2nya
Quote Minami2013 3-5-2024 07:43 AM
jazaa100 replied at 2-5-2024 09:38 AM
Kesiannya....

Aku kekdg tak paham, org tua kat perlis masih nk cari duit....dorang ni senang tau, m ...


Ada org tua yg jenis tak boleh dok diam sis. Badan jadi sakit2. Kena bergerak kata nya.

innalillahwainnalillahirojiun. Moga roh arwah tenang di sana.

Quote asfaz 3-5-2024 08:13 AM
jazaa100 replied at 2-5-2024 05:38 PM
Kesiannya....

Aku kekdg tak paham, org tua kat perlis masih nk cari duit....dorang ni senang tau, m ...


Kekadang bukan nak cari duit sgt pun tapi jenis bosan duk rumah . Nak kuar peluh. Ni kalau jenis rajin la,kalau jenis pemalas mmg suka duk rumah ,lepak kedai tggu bantuan aje.

Salam takziah buat family arwah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.090541 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top