CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Puluh-Puluh Ribu Ringgit Job Sebulan, Duit Bagi Dekat Siapa..11 Orang Tu Ke?’ – DSV Minta Aliff Aziz Jawab

1-5-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17995| Komen: 42

Description: Episod demi episod, namun kontroversi melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz masih lagi berterusan hingga ke hari ini.


Episod demi episod, namun kontroversi melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz masih lagi berterusan hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, selebriti itu tetap mendiamkan diri dari memberi sebarang kenyataan meskipun imejnya kian tercalar.

Terbaharu, usahawan sensasi Datuk Seri Vida juga tidak lari daripada memberi respon terhadap isu selebriti berasal dari Singapura itu.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mempersoalkan tentang kewangan aktor tersebut.

"Sarah cakap Aliff 2019 tak ada rumah, tak boleh balik rumah. Kenapa rumah bini tak boleh balik tapi merempat duduk merata sana sini. Duit kau pergi mana? Job ada selalu Astro bagi."


Usahawan berusia 52 tahun itu turut mendakwa Aliff menerima banyak tawaran terutama selepas kemenangannya di pentas Gegar Vaganza 8.

"Puluh-puluh ribu sebulan Astro bagi job, anak emas Astro ni. Tapi duit pergi mana? Juara Gegar Vaganza dulu, duit sah sah dapat RM100 ribu, dapat job mingguan lagi."

"Tapi yang saya nak tahu tentang duit, kan job tak pernah putus. Bagi dekat siapa? 11 orang tu ke?"

"Saya ini melihat dari segi kewangan, sila jawab. Saya nak tahu."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan persoalan yang dikemukan Vida terhadap Aliff.

"Patutnya Aliff dah dapat beli kereta sendiri. Kenapa Bella yang belikan kereta?"

"Betul juga datuk, duit dia pergi ke mana?"

"Datuk dah macam audit, good job."

"Bagus soalan datuk."

"Aku pelik mana duit dia menang Gegar Vaganza tu, takkan dah habis sampai kereta tak mampu bayar."

Terdahulu, ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine menyatakan dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

Sumber: TikTok Datuk Seri Vida/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 1-5-2024 01:09 AM
Tok vida, kita kena husnuzon yachh. Maybe dak alep spend duit byk utk beli jus pamoga, qu puteh, cikB salmon skin kot. Kan mahal product tu mesti la takdan menyimpan.
Quote DeLuna85 1-5-2024 01:44 AM
Bagi kat mak dia la. Dia kan anak terpaling soleh. Pegi court pun genggam erat tangan mak.
Quote pocongkiutss 1-5-2024 01:57 AM
Betul gak kan..mana pegi terbang duit dia tu?

Quote captainQUE 1-5-2024 02:30 AM
Kalau betul dia anak income monthly sampai puluh ribu tu, Betullah soalan DSV ni… mana duit dia pegi eh? Sampai naik bas segala…
Quote cempakaa 1-5-2024 03:14 AM
Belanja skandal la tu kot
Quote Skyline_84 1-5-2024 05:23 AM
dah la kereta pun kemek hadiahkan...jantan tk guna ni elok terjun laut je la
Quote noor2 1-5-2024 06:33 AM
Kahkah..aku ni kalau Vida ni start bukak mulut mmg aku rasa lucu amat loghat kelantan dia...sapa2 kecek kelantan pun aku mmg rasa lucu dgr...dan aku x brp faham pun..haha..

Tp betulla apa yg Vida sebut dan tanya...FYP tu apa ya? X faham shortform2 nih...
Quote Duriand24 1-5-2024 06:36 AM
noor2 replied at 1-5-2024 06:33 AM
Kahkah..aku ni kalau Vida ni start bukak mulut mmg aku rasa lucu amat loghat kelantan dia...sapa2 ke ...

Fyp - For your page kat tiktok hehe
Quote Rogue98 1-5-2024 07:01 AM
Alip takde manager ke atau Bella manager dia..or mak dia manager. Loser betul lah kau ni Alip...duit sendiri pun tak tau nak manage.
Quote tasha 1-5-2024 07:25 AM
Vida tak payah sibuk hal org lain baik jaga anak kau yg betina yg nk jantan tu....
Quote noor2 1-5-2024 08:40 AM
Duriand24 replied at 1-5-2024 06:36 AM
Fyp - For your page kat tiktok hehe

Ohhh...tik tok rupanya..tq info  .
Quote Cleocatra 1-5-2024 08:55 AM
Yaaa ampurnnnnn…. Pasal duit dia dapat pun nak kepochi ke makcik kelantan oii… lantak dia la dah jadi duit dia. Sebuk betul la kau ni. Baik kau risaukan bibir pelampung kau tu. Semakin hari semakin membuak
Quote airmineral 1-5-2024 09:05 AM
Omaknye mesti tau duit tu p mane kannnn
Quote NazRysha 1-5-2024 09:14 AM
Sibuk je badut bibir tebal ni
Quote Shayang 1-5-2024 10:06 AM
DeLuna85 replied at 1-5-2024 01:44 AM
Bagi kat mak dia la. Dia kan anak terpaling soleh. Pegi court pun genggam erat tangan mak.

Rasanya gitu gak, alip tu kan dr umur belasan tahun dah menyanyi tp duit tah mana2 abis so maybe mak dia la kot uruskan.
Quote gideoncross 1-5-2024 01:54 PM
tasha replied at 1-5-2024 07:25 AM
Vida tak payah sibuk hal org lain baik jaga anak kau yg betina yg nk jantan tu....

Skrg ni retis2 or celebs yg xde kna mngna pun smua nak msuk cmpur, ye lah kn, ni lh msanya utk jdi relevant. Hri2 biasa org x ingat
Quote gideoncross 1-5-2024 01:56 PM
Cleocatra replied at 1-5-2024 08:55 AM
Yaaa ampurnnnnn…. Pasal duit dia dapat pun nak kepochi ke makcik kelantan oii… lantak dia la dah j ...

Yg mngomen kat video DSV ni pun sma, smua nak sibuk2 ambil tahu
Quote gideoncross 1-5-2024 01:56 PM
NazRysha replied at 1-5-2024 09:14 AM
Sibuk je badut bibir tebal ni

Time2 tngh hangat ni smua join nak ckp mcm2 pdhl xde kna mngena dgn dorg
Quote dua_chzy 1-5-2024 01:59 PM
tasha replied at 30-4-2024 11:25 PM
Vida tak payah sibuk hal org lain baik jaga anak kau yg betina yg nk jantan tu....

Anak yang tu tough, boleh jaga diri sendiri.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.203561 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top