Isu melibatkan artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit bersama wanita Singapura bernama Sarah Yasmine meraih perhatian ramai sehinggakan ada pihak yang cuba melagakan dua negara iaitu Malaysia dan Singapura. Terbaharu, pelakon terkenal Datuk Adi Putra tampil memberikan pandangannya berhubung isu ini. Ketika ditemui OhBulan!, Adi yang juga merupakan artis kelahiran Singapura berpendapat tidak wajar isu ini dijadikan sebagai satu asbab untuk melagakan antara Malaysia dan Singapura. Menurut pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim ini, ia perlulah dielakkan supaya tidak timbulnya sentimen kasta melibatkan industri seni tanah air yang sedikit sebanyak akan memburukkan imej negara. "Kita tak mahu meletakkan satu sentimen kasta dalam industri perfileman. Sebagai pelakon, saya juga tak mahu mencalarkan imej industri hiburan."
"Ini merangkumi semua jenis cabang seni tak kira seseorang itu adalah pelakon, penyanyi atau pengacara. "Mengenai isu dua negara ini, ia boleh mencetuskan kasta yang tidak sepatutnya dan diharapkan kasta tersebut tidak akan wujud untuk imej negara." Adi berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sesi Drama Sangat Close Up bagi drama ‘Lelaki Itu’ yang diadakan di Hadramat Kitchen, Ampang pada malam Isnin. Dalam pada itu, pelakon filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ ini menasihati orang ramai untuk menjadikan seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjaya menyatukan dua rumpun melalui penglibatannya dalam bidang seni hiburan. "Bagi saya, tak wajar menyentuh isu dua negara, Malaysia dan Singapura." "Kalau imbas semula sejarah atau riwayat bagaimana kehidupan Allahyarham P Ramlee yang bermula di Singapura dan berbalik ke Merdeka Studio, sama juga dengan dua negara ini." "Tapi, bila berpijak di bumi nyata, sebenarnya kita bekerja. Jadi, bagaimana hendak menepis kontroversi dan prinsip saling hormat menghormati." Terdahulu, Sarah dengan beraninya berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan perbualan di antara Aliff dan juga Ruhainies selepas kontroversi mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu. Antara intipati perbualan tersebut ialah, Ruhainies didakwa telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit. Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Sophia Albarakbah, Meerqeen dan Anna Jobling. Tindakan Sarah itu telah menimbulkan pelbagai reaksi bahkan ada juga yang cuba menggunakan isu tersebut untuk melaga-lagakan nama baik dua negara. Sumber : OhBulan |
tulip-rain replied at 1-5-2024 12:44 AM
Ape benda dia merepek ni.
pocongkiutss replied at 30-4-2024 06:02 PM
Baik diam2 je..kalau bang haron ke abang bomba sorg lg tu nk komen..ok le sikit..terimbau kes spende ...
Oroi8887 replied at 30-4-2024 08:12 PM
Ko diamla, ko tu pn ada sejarahhitam dimalaysia ni. Ko ingta kami dah lupa hah.
anilanil replied at 1-5-2024 01:18 AM
Diam je la tok bebird. Kang SY throw back hikayat spender bergulung utk tatapan si bini orang nasi ...
imanjannah replied at 1-5-2024 12:56 PM
kelakar pulak bila porumer2 up balik kisah sependa bergulong adi dan kisah acik Zaibo :lol ...
jalfa replied at 1-5-2024 12:11 AM
Sapala nak lagakan negara....org suruh dua warganegara singapore sy dgn alip balik singapore settle ...
newyork replied at 1-5-2024 12:50 PM
Ahahah terasa dia org singapore..nak buat mcm mana mmg tak elok alip dgn skandal dia tu.
ADVERTISEMENT