CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia terima 5.8 juta pelancong antara Januari hingga Mac

30-4-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6505| Komen: 14

Description: Kuala Lumpur: Malaysia menerima ketibaan 5.8 juta pelancong asing dari Januari hingga Mac tahun ini, iaitu pertumbuhan 32.5 peratus berbanding 4.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu.


Kuala Lumpur: Malaysia menerima ketibaan 5.8 juta pelancong asing dari Januari hingga Mac tahun ini, iaitu pertumbuhan 32.5 peratus berbanding 4.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata 10 pasaran utama menjana pelancong ialah Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Korea Selatan, Australia, United Kingdom dan Filipina.

"Selain itu, bermula Januari hingga April 2024, Malaysia turut menerima penerbangan sewa khas dari Nanjing, Chengdu, Zhengzhou, Chongqing, Xi'an, Shenyang, Nanchang dan Guangzhou, keseluruhan 22 penerbangan khas setiap minggu dari bandar berkenaan dengan anggaran 3,600 penumpang seminggu.

"Terkini, kita mempunyai 15 laluan tambahan baharu, termasuk Wuhan ke Kuala Lumpur, Ahmeddabad ke Kuala Lumpur, Incheon ke Kota Kinabalu dan Almaty ke Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada sesi perangkaian (networking) Tourism Malaysia mengenai hala tuju strategik ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026), di sini hari ini.

Beliau berkata pengecualian visa 30 hari untuk pelancong dari China dan India sebagai sebahagian pelan liberalisasi visa turut terbukti berjaya merangsang ketibaan pelancong di Malaysia.

Justeru Tiong berkata pemudahan visa berserta kebolehcapaian yang ditambah baik dan keterhubungan penerbangan ialah komponen penting untuk menarik sekitar 36 juta ketibaan pelancong dan menjana potensi hasil RM150 bilion resit pelancong untuk VMY2026.

Sementara itu, Tiong berkata selain mempergiatkan strategi penukaran berimpak tinggi dan pantas dalam pendekatan pemasaran, semua pihak berkepentingan perlu memanfaatkan kekuatan mereka dalam semua saluran jualan dan pemasaran yang ada untuk mencapai potensi.

"Kita juga perlu memastikan kesediaan destinasi yang disasarkan termasuk di setiap negeri, di samping membangunkan produk dan pakej pelancongan baharu yang unik serta pembangunan pelancongan khusus, termasuk pelancongan berasaskan alam semula jadi, kebudayaan dan warisan, pelancongan pengalaman dan bertanggungjawab serta banyak lagi.

"Kita akan terus bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad, Kementerian Pengangkutan (MOT), serta syarikat penerbangan antarabangsa tempatan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan, pembangunan laluan baharu dan kapasiti tempat duduk, terutamanya dari pasaran utama seperti Asia Barat, China, India dan Korea," katanya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 30-4-2024 11:10 PM
Edited by antikorok at 30-4-2024 11:16 PM

1.2 jota ummah motherland Tofu Dreg tertibahhh hilang tanpa dikesan ala2 disorok bunian di alam sebalek mata di negara pasir berdengung dua butir tersenyum siniss sampai ke telinga dari lobang persembunyian puakerrrs

[tiktok]7189293522057448731[/tiktok]


Visa pelancong dilonggar, tapi 1.2 juta rakyat China masuk Malaysia masih ‘hilang’

https://www.agendadaily.com/isu- ... aysia-masih-hilang/


Quote Triple_8 30-4-2024 11:11 PM
antikorok replied at 30-4-2024 11:10 PM
1.2 jota ummah motherland Tofu Dreg tertibahhh hilang tanpa dikesan ala2 disorok bunian di alam seba ...

... dan kesemuanya mengundi DAP.
Quote stingergrumpy 1-5-2024 05:04 AM
RM3.52 =SIN1

CASH IS KING......

Quote Belibis 1-5-2024 11:51 AM
Cash is king
King is sing..
Quote Decaffeinated 1-5-2024 12:26 PM
Tahniah!

Menteri cina buat kerja. Haters memang akan koyak. Abaikan.
Quote FOTHER-MUCKER 1-5-2024 12:51 PM
Ramai YouTuber dari seluruh dunia  buat kontent di Malaysia. Jadi free iklan untuk malaysia
Quote OshinDaSolja 1-5-2024 03:17 PM
FOTHER-MUCKER replied at 1-5-2024 12:51 PM
Ramai YouTuber dari seluruh dunia  buat kontent di Malaysia. Jadi free iklan untuk malaysia

rnai jugak yg jenis visa run... terutamanya yg dtg dari Thailand atau Bali...but it's ok la, yg penting dpt juga publicity dan income untuk negara...
Quote Skuau 1-5-2024 08:36 PM
FOTHER-MUCKER replied at 1-5-2024 12:51 PM
Ramai YouTuber dari seluruh dunia  buat kontent di Malaysia. Jadi free iklan untuk malaysia

Msian makan hasil haram dr kasino-youtuber indon
Quote vespa_oren 1-5-2024 08:40 PM
jika tolak Singaporean yg balik hari berapa juta lah yang tinggal
tapi tempat aku ramai tourist luar, tapi impak dia xnmpk kt ekonomi setempat, jika kt melaka memang nampak impak dia
Quote TOPwind 1-5-2024 09:20 PM
TT next time


boleh tak jangan papar muka dia ni.

buat spoil je mood harian dan bulanan serta tahunan.
Quote Skuau 1-5-2024 09:53 PM
antikorok replied at 30-4-2024 11:10 PM
1.2 jota ummah motherland Tofu Dreg tertibahhh hilang tanpa dikesan ala2 disorok bunian di alam seba ...


cer cari kt hotel..dan jugok pusat ulut..ada dh jadi 'AYAM'...dh...
Quote shamsadis 2-5-2024 07:50 AM


Quote shamsadis 2-5-2024 07:57 AM
semalam aku pergi MyTown dekat IKEA Cheras, ada sorang lelaki cina bawak anjing besar dalam mall, terserempak dekat area level makan2 kat bawah....aku syak cina mainland tu
Quote krustykrab 2-5-2024 08:26 AM
shamsadis replied at 2-5-2024 07:57 AM
semalam aku pergi MyTown dekat IKEA Cheras, ada sorang lelaki cina bawak anjing besar dalam mall, te ...

Diorg ni bodoh...
Sama mcm yg dlm gambar yg kt atas tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049025 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top