CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenayah seksual di Kelantan naik lapan peratus

30-4-2024 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4974| Komen: 6

Description: PASIR PUTEH – Jenayah seksual di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak lapan peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.


PASIR PUTEH – Jenayah seksual di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak lapan peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebanyak 90 kes jenayah seksual melibatkan rogol, seks luar tabii dan amang seksual dilaporkan berlaku bermula Januari hingga April ini.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 28 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Kes rogol sepanjang suku pertama tahun lalu adalah 34 kes, namun meningkat kepada 49 kes tahun ini, manakala kes liwat pula naik kepada enam kes.

“Bagi kes mengedar gambar lucah, meningkat daripada satu kes kepada lima kes dan seksual kanak-kanak pula 19 kes kepada 26 kes pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Cinta dan Air Mata yang melibatkan 100 pemimpin pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Jeram Mengaji, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, aspek pendidikan dan kesedaran perlu bermula di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi kekeluargaan dalam usaha menangani kes jenayah seksual.

Sumber- KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-4-2024 11:15 PM
Huk alohhhh
Quote Triple_8 30-4-2024 11:18 PM
Jangan kaitkan isu ini dengan isle, kecuali untuk menyatakan isle telah melarang semua ini.
Quote sayurmayur88 2-5-2024 01:55 PM
dunia akhir zaman uolls...
Quote tripleid 2-5-2024 02:15 PM
Para walaun semestinya berbangga dgn pencapaian negeri serambi mekoh innihh..


Screenshot_2024-05-02-14-14-26-377_com.opera.browser-edit.jpg
Quote Ahriman 2-5-2024 02:23 PM
Suk Suk Suk..Tubik Masuk..
Quote Carcosa 2-5-2024 02:23 PM
Mcm klako plk gambar kat atas tu utk tajuk mcm neh Meols bayangkan, disebabkan jenayah seksual tu meningkat, Kelantan dpt certificate utk tu
Gituuuu meols melembamkan diri

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048561 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top