CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Perlis selesai beri keterangan selepas sembilan jam di SPRM

30-4-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2143| Komen: 5

Description: PUTRAJAYA – “Macam-macam (saya disiasat) kes, saya pun tak pasti,” kata Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli selepas keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-k ...


PUTRAJAYA – “Macam-macam (saya disiasat) kes, saya pun tak pasti,” kata Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli selepas keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 6.50 petang tadi.

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula untuk dirakam percakapan, Mohd. Shukri berkata, beliau tidak akan lagi dipanggil untuk berbuat demikian.

“Tiada.. Tiada,” katanya.

Mohd. Shukri selesai memberi keterangan selepas hampir sembilan jam memberi keterangan kepada SPRM.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan Mohd. Shukri telah dibebaskan dengan jaminan SPRM namun, tidak mengulas lanjut perkara itu.

Mohd Shukri tiba kira-kira pukul 10 pagi di Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam kenyataan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Difahamkan, Mohd. Shukri dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung beberapa dakwaan membabitkan beliau dan anaknya, yang ditahan dan direman bersama beberapa yang lain minggu lepas.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hmmlantakko 3-5-2024 09:32 AM
thread senduuuu. sbb tau dah game politik ni [em:11:]
Quote supernaturalee 3-5-2024 10:47 AM
9 jam?
lamanya
1 hari bekerja


Quote tripleid 3-5-2024 10:49 AM
Edited by tripleid at 3-5-2024 12:49 PM

bapak pon redho anak kena tahan..so maknaya betul  la mmg ada songlap disitu..


IMG_20240503_124841.jpg
Quote hmmlantakko 3-5-2024 12:30 PM
yg salah ttp salah walaupun anak wali allah sekalipun. jgn di dnaa kan pulak. x tahu malu ke 47 kes semua di dnaa kan demi kemaruk kuasa? org luar perlekeh  Malaysia bawa naik perasuah jd tpm. bodo ke bangangg ni?!
Quote Normiang-Baru 15-5-2024 10:10 AM
Takkan lobai nak menipuuuuuuuu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050682 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top