CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan berani sentuh Dini, saya sanggup masuk penjara! - Janna Nick

30-4-2024 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17396| Komen: 78

Description: Lambakan kes kemelut rumah tangga beberapa pasangan selebriti turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan artis tanah air termasuk pelakon dan pengacara Janna Nick.

Lambakan kes kemelut rumah tangga beberapa pasangan selebriti turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan artis tanah air termasuk pelakon dan pengacara Janna Nick.

Jannanmengakui enggan campur tangan dengan beberapa kontroversi yang melanda industri hiburan ketika ini kerana khuatir kebahagiaan rumah tangganya dengan pelakon Dini Schatzman akan turut tergugat.

“Kita yang sudah berumah tangga, takut terpalit juga, nak mengata orang pun takut sebab tak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

“Macam saya dengan Dini, setiap hari buat TikTok, berseronok dan mesra. Apabila orang puji sangat pun saya takut kalau tiba-tiba Allah SWT uji kita,” katanya ketika mengacarakan sebuah program hiburan semalam:

Pelantun lagu Gatal itu turut memberi amaran kepada mana-mana individu agar tidak menganggu kebahagiaan rumah tangganya bersama Dini.

“Dalam fasa yang saya sedang gembira dan Dini sahaja kebahagiaan saya, siapa berani sentuh saya tak kisah masuk penjara.


“Jangan main gila dengan Janna Nick,” tegasnya.


Sejak kebelakangan ini, banyak isu rumah tangga artis tanah air menjadi topik bualan ramai dalam media sosial terutama kontroversi membabitkan tiga pelakon, Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah.

Isu tersebut turut mewujudkan beberapa ‘watak’ baharu termasuk wanita bernama Sarah Yasmine yang merupakan kekasih gelap Aliff.

Sarah sehingga kini terus menghangatkan industri hiburan apabila tanpa henti mendedahkan pelbagai konspirasi, komplot dan kecurangan melibatkan individu di sekeliling Aliff. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maroon_nerds 30-4-2024 06:38 PM
Patut janna warning dini. You jangan nak gatal2 dengan orang lain ye. You tu laki orang. I tak kisah masuk penjara tau.
Quote dua_chzy 30-4-2024 06:43 PM
Bukan nak mulut jahat ka apa kan but we see la in the future ya.
Quote mawardia 30-4-2024 06:45 PM
Obsessed nya!
Quote nottyyuni 30-4-2024 06:53 PM
Manusia akan diuji dengan apa yg diucapkannya..hati2lah.
Quote doubleA 30-4-2024 06:55 PM
Semoga baik2 jelah jannah dan dini. Jannah ni kan mental tak berapa sihat, so mulut dia lagi laju dari akal
Quote ahlam_nabiha 30-4-2024 06:57 PM
Ya hati2 apa yang kita cakap
Quote naina 30-4-2024 07:11 PM
dua_chzy replied at 30-4-2024 06:43 PM
Bukan nak mulut jahat ka apa kan but we see la in the future ya.

Bethollll. Tapi kan Jannah ni ada bipolar..takut kalau dia tak tahan diuji..menjadi2 plak penyakitnya..tak mustahil dia buat benda diluar kawalan. Tengoklah yasin Sulaiman tu. Sapa sangka dia masuk penjara kan..
Quote naina 30-4-2024 07:13 PM
nottyyuni replied at 30-4-2024 06:53 PM
Manusia akan diuji dengan apa yg diucapkannya..hati2lah.

Sanggup ke tak demi dini kalau benda tu berlaku..masuk penjara.
Quote nordin84 30-4-2024 07:16 PM
tgk boned jela..cinta mati skrg ni tgh ICU
Quote eely_shana 30-4-2024 07:18 PM
Semoga kekal berbahagia selamanya Jannah dan Dinni.
Quote makadek 30-4-2024 07:32 PM
Dia mmg obses kan
Quote krustykrab 30-4-2024 07:38 PM
Laki hg tu wpun mix matsaleh tp idokler hensem sgt..jujur aku cakap alip najis lg hensem 10x ganda
Quote MadameOnion 30-4-2024 07:43 PM
Aku doakan janna n dini kekal ke akhir hayat dan dapat baby ramai2 yg comel..takdak masalah pun
Quote Sesuatu… 30-4-2024 07:55 PM
Siapa tau knp dulu time family duo janna sindir kemut pasal nk caras suami org? Time tu kemut dh on dgn putik ke?
Quote sleepandream 30-4-2024 07:58 PM
wangi la jugak laki hang...
si alip tu muka sememeh gitu apa yg nak direbut heran iols... harap tinggi sajork
Quote sukanyanyi 30-4-2024 08:39 PM
Ha benda ni la yg iols tgk kat melodi aritu. Terkejut jgk janna tetiba sebut camni. Tp mungkin dia pun geram kalo sara tu bermaharajalela sampai sume retis takut. Kalo dgn org mcm janna, mmg probability tinggi akan dilawan balik.
Quote rayna_raynes 30-4-2024 09:07 PM
Ok je dia obses, laki dia sendiri jugak. lgpun Dini layan dia sgt baik.
Quote xtravaganza 30-4-2024 09:09 PM
Maroon_nerds replied at 30-4-2024 06:38 PM
Patut janna warning dini. You jangan nak gatal2 dengan orang lain ye. You tu laki orang. I tak kisah ...

Apa u nk expect dgn janna ni. Singkat

Quote xtravaganza 30-4-2024 09:10 PM
krustykrab replied at 30-4-2024 07:38 PM
Laki hg tu wpun mix matsaleh tp idokler hensem sgt..jujur aku cakap alip najis lg hensem 10x ganda


Hahahhahahha..iols pon jujur setuju dgn statement uols tp part yg 1st tu je..yg last tu idok

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056147 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top