CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sarah Yasmine boleh berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri” - Erma Fatima

30-4-2024 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17033| Komen: 170

Description: Penerbit dan pengarah, Erma Fatima meminta wanita berasal dari Singapura juga kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine balik ke negaranya serta selesaikan isunya disana.

Penerbit dan pengarah, Erma Fatima meminta wanita berasal dari Singapura juga kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine balik ke negaranya serta selesaikan isunya disana.

Memetik Harian Metro, Erma berkata dia amat kecewa dengan sikap wanita itu yang membuka aib beberapa artis serta menggesa Sarah berhenti menghancurkan industri hiburan tanah air.

“Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.

“Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.

“Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” katanya.


Menurut Erma, tindakan Sarah tidak wajar ‘diraikan’ sorta menggesa individu yang dimalukan membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


“Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya.

“Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Saya harap ‘kenduri selak kain’ ini dihentikan dan pihak SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta.

“Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?

“Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia,” katanya.


Dalam pada, Erma turut memohon masyarakat tempatan untuk berhenti ‘mengangkat’ wanita itu serta menggesa Aliff untuk selesaikan isu yang berlaku dan keluar dari negara ini.

“Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula.

“Tak perlu cerita isu gam dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan berambus,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razzia 30-4-2024 01:45 PM
betul tu sis,nyampah sudah
Quote Afifi82 30-4-2024 01:48 PM
Gitu Acik Erma suh Putik berambus blk negara sendiri bersama si kening.
Quote kucing_gebu 30-4-2024 01:48 PM
Edited by kucing_gebu at 30-4-2024 01:49 PM

aku sokong acik erma 200%. semak la betina garit ni. yg jantan sekor tu duk diam2 mengeram telur habis aib orang lain terselak
Quote anilanil 30-4-2024 01:53 PM
Just enjoy the show la nek timah. BBNU punya cinta what u expect? Zaman nek timah muda2 clubbing berebut bf ngan nek ella si raymond, berebut bf ngan nek r.emma si badar tu sama gak kan?? Best woman win kan kekdahnya...
Quote Whitney72 30-4-2024 01:54 PM
Relax lar Mok Cun...yg sensasikan media Msia juga...kes biasa je..tp nmpk besar sbb media sensasikan...hakikatnya kini kta tau mmg btul  artis kita ada sugar daddy, artis kita suka minah gharit etc
Quote Masukkeluar 30-4-2024 01:55 PM
Edited by Masukkeluar at 30-4-2024 01:56 PM

Halau lah sekali dgn alip aziz ruhanat tu…jijik la kalau still nk support pelakon jahat cmtu.
Si sarah tu bkn pelakon pn..so xde efek pd industri kita. Yg 2 manusia tu yg busukkan industri
Quote akuMNdia 30-4-2024 01:58 PM
anilanil replied at 30-4-2024 01:53 PM
Just enjoy the show la nek timah. BBNU punya cinta what u expect? Zaman nek timah muda2 clubbing ber ...

hahahaa.. tak memasal kisah lama kena ungkit
Quote pocongkiutss 30-4-2024 02:00 PM
Hei nek timah..kenapa nak beramboskan sarah yasmine je??? Si ALIPNAJIS tu pon ko patut beramboskan sekali!!!

Banyak lagi pelakon tempatan lagi heloks & berdisiplin dr si najis tuh!!!
Quote pocongkiutss 30-4-2024 02:00 PM
Masukkeluar replied at 30-4-2024 01:55 PM
Halau lah sekali dgn alip aziz ruhanat tu…jijik la kalau still nk support pelakon jahat cmtu. ...

Kannnnn
Quote sharlenetexas 30-4-2024 02:03 PM
Edited by sharlenetexas at 30-4-2024 02:12 PM
anilanil replied at 30-4-2024 01:53 PM
Just enjoy the show la nek timah. BBNU punya cinta what u expect? Zaman nek timah muda2 clubbing ber ...


Cantik juga nek erma masa muda dulu. Sekarang mcm kena pam. On medication ke?


Quote anilanil 30-4-2024 02:07 PM
sharlenetexas replied at 30-4-2024 02:03 PM
Cantik juga nek emma masa muda dulu. Sekarang mcm kena pam. On medication ke?

Nek timah zaman muda mmg letops. Level up than pasah sendat. Tak main la whitening drip, collagen drink, krim tabita semua. Dah menua ni maybe beralih arah ke jus pamoga.
Quote makcik_d 30-4-2024 02:09 PM
lol. erma vongok.
Quote sara_thrash 30-4-2024 02:11 PM
SY tu tak payah nak datang Malaysia, dia duduk kat SG pun dia boleh je selak kain artis sini. Dari kalut nak halau SY tu baik la ko nasihatkan artis jaga akhlak masing-masing. Ni alang alang patut ko suruh SY tu bawak sekali si putik, semak je.
Quote sharlenetexas 30-4-2024 02:12 PM
sharlenetexas replied at 30-4-2024 02:03 PM
Cantik juga nek erma masa muda dulu. Sekarang mcm kena pam. On medication ke?

Suka tgk sheols dalam femina, tuah dan anak sarawak.


Quote kakiah12 30-4-2024 02:13 PM
So tugas skmm nak kena handle pergaduhan retis pulak ke?
Quote She-Ra 30-4-2024 02:18 PM
anilanil replied at 30-4-2024 01:53 PM
Just enjoy the show la nek timah. BBNU punya cinta what u expect? Zaman nek timah muda2 clubbing ber ...

hey!!!
cuma mmg serabut jgk la bila mcm2 cerita pulak yg keluar dr sarah
weols nak fokus pd ruhanat & mat alep je.. skandel lain, takyah cerita sebab kita pun sedia maklum mat alep skandel berjota
selepas sarah ni muncul share convo mat alep dgn ruhanat dan bersekongkol dgn kapla munafik si topi nasik tu, memang wow sangat laaa
ruhanat potray mcm mangsa keadaan play victim, share quote agama, pegi umrah
mat alep duk tunjuk baik jari nan satu bila bergamba, konon tabliq bagai..
doa ruhanat dimakbulkan.. terkeluar segala kisah benar
Quote prince_marhaen 30-4-2024 02:19 PM
nek timoh jugak yang suka bawak jantan singapore masuk sini kan? heehehehehehe
Quote noor2 30-4-2024 02:20 PM
Knp ko x halau AA dan ruhainis yg merosakkan nama baik industry hiburan yg mmg dah rosak..
Quote Acik2kepam 30-4-2024 02:22 PM
sara_thrash replied at 30-4-2024 02:11 PM
SY tu tak payah nak datang Malaysia, dia duduk kat SG pun dia boleh je selak kain artis sini. Dari k ...

[tiktok]7363489537512754450[/tiktok]

Dia boleh anggap normal je play boy tu
Yg tak ok bg dia bila ada pompuan kecohkan pasal ni
Patutnya nasihat la artis2 ni jaga kelaku
Tetapkan garis panduan tak benarkan terlibat dgn skandal bagai semua ni.

Kalau semua clean takdanya org nak kecoh2
Takkan nak pejam mata je atas alasan tu hal peribadi dia, asalkan dia ada rupa dan bleh berlakon
Camtu kerr?
Opkos laa memasing risau kan kalau ramai artis kena londeh
Nak plak kalau kebetulan artis yg kena londeh tu ada berlakon dlm drama dorang nnt tak memasal kena boikot plak

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053209 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top