CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terkejut Nama Isteri Terpalit Dalam Kontroversi Kes Curang Aliff Aziz, Suami Nora Danish Bagi Amaran! – “Hebat Betul Dia Ya”

30-4-2024 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19255| Komen: 57

Description: Suami pelakon jelita, Nora Danish iaitu Mohamad Nedim Nazri terkejut nama isterinya terpalit dalam kontroversi kes curang aktor sensasi, Aliff Aziz.

Suami pelakon jelita, Nora Danish iaitu Mohamad Nedim Nazri terkejut nama isterinya terpalit dalam kontroversi kes curang aktor sensasi, Aliff Aziz.

Ia susulan tular tangkapan skrin yang memetik nama Nora Danish dan mengaitkannya dengan isu ‘panas’ melibatkan Aliff Aziz.



Menerusi status dimuat naik di Instagram Story (IGs), Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Boss Ned seakan memberi amaran kepada semua pihak untuk sama sekali tidak melibatkan isterinya dalam kes tersebut.

“Saya harap semua sihat, lama saya tidak bersuara. Rasanya sebelum ini macam tiada apa-apa.


“Cuma saya nak tanya hebat betul Aliff Aziz ini sampai nama isteri saya pun terpalit?

“Bagi saya saudari jangan petik nama isteri saya dengan senang.

“Kalau tak bersalah baik diam. Awak tahu apa akan terjadi pada awak. Sekian terima kasih,” tulisnya ringkas.



Sejak minggu lalu, pendedahan mesej mesra di WhatsApp antara pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan di platform media sosial.

Antara mesej yang didedahkan oleh Sarah memaparkan Ruhainies seakan menghasut aktor berkenaan untuk membenci Bella Astillah.


Menerusi perbualan WhatsApp itu, Ruhainies turut memetik semula kejadian menimpa Aliff yang ditinggalkan Bella pada tahun 2019 akibat kes curangnya itu.

Malah, pelbagai isu hangat dibongkarkan, antaranya Ruhainies turut memetik nama pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong didakwa mengkritik Bella Astillah.

Terbaru, Ruhainies dalam satu kenyataan bagaimanapun berharap Bella mahu bertemu dengannya demi menyelesiakan konflik antara mereka secara baik.

Terdahulu, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sumber : xtra.com.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 29-4-2024 11:58 PM
Ape kes ni? Tak faham betullah. Yg takde kena mengena dgn kekasih gelap kau tu pun kau nak upkan.. betulla warning mek jana dalam melodi ritu, dia tak takut masuk penjara kalau ada yg nak kacau dia ngan dini pulak. Jgn bg muka sgt, nanti SY ni ingat dia powerful sgt sume artis kena takut ngan dia.
Quote noor2 30-4-2024 12:04 AM
Amboi kemain ugut....dia ni pernah ada kes bunuh jugak kan?...
Tp padan muka SY ni ....kemain juga up nama semua org...kena bunuh padan muka ko....perempuan bodoh.
Quote sharlenetexas 30-4-2024 12:39 AM
Dulu masa tokti nak kawin, tersebar gambar circle kawan2 anak2 tiri diri. Sempatlah tersebar gambar boned dgn sophiakhan. Rantaian email. Masa tu xde fb ig tt.


Quote amarakasih 30-4-2024 12:59 AM
Go Ned Go Ned Go Ned
Quote EncikRhoma 30-4-2024 01:22 AM
SY ni dari followers tak sampai 5k dah naik jadi 200k++... Senang2 je dia kumpul followers. Tengok SY ni macam sejenis nasi himpit jugak macam diraf dias, zahar bubu dan seangkatan. Semua artis dia petik konon2 dia kenal rapat. Macam anna jobling ingatkan bff kenal rapat. Rupa ii nya anna jumpa dia sekali je
Quote alieyrina 30-4-2024 01:29 AM
Meluat betui tiba2 jd atention seekers. Org duk pecaya pulak tu
Quote jambatannetizen 30-4-2024 03:27 AM
sharlenetexas replied at 30-4-2024 12:39 AM
Dulu masa tokti nak kawin, tersebar gambar circle kawan2 anak2 tiri diri. Sempatlah tersebar gambar  ...

Gmabar boned dgn sophiakhan . Gmabar petueww?
Quote scarflicious 30-4-2024 05:06 AM
jambatannetizen replied at 30-4-2024 03:27 AM
Gmabar boned dgn sophiakhan . Gmabar petueww?

Sophia mmasa tu dah wujud ke?
Quote Skyline_84 30-4-2024 06:32 AM
ayat last dia ni mcm nk ugut bunuh pulak...dh biasa kan buat kerja tu dlu..untung la pak tolong cover
Quote azwanaliori 30-4-2024 06:41 AM
Baru je boned fefeling suami terpaling bajet gangster gertak2 belen pastu bini plak up statement nak serai
Quote mehmet 30-4-2024 06:51 AM
Bini lately up itu ini. Baik bersatukan masing2.

Hidup ini bukan selalu up. Turun ke tanah juga.
Quote mehmet 30-4-2024 06:53 AM
Skyline_84 replied at 30-4-2024 06:32 AM
ayat last dia ni mcm nk ugut bunuh pulak...dh biasa kan buat kerja tu dlu..untung la pak tolong cove ...

Nampak tak payung lagi. Lagi baik Apak sound contractor tak siap2 rumah menantunya.

Dah tua janji ada berbumbung ada almari baju bagus2.  
Quote BoongaKertas 30-4-2024 07:25 AM
kemain ugutan heols. lol. tp kan, SY ni dah mcm mereng pun ada gak. kemain dasyat kenal semua org. tp on that, iols pun kenal semua org, cuma xtau lah org tu kenal x iols. hahaha!
Quote Rogue98 30-4-2024 07:31 AM
Dpd kau tunjuk gangster kat pompuan better lah kau suruh member baik kau tu siapkan Reno rumah Nora atau pulangkan balik duit Nora. Tak pasal2 Nora nak ceraikan kau...
Quote Pak.dolla 30-4-2024 07:35 AM
BoongaKertas replied at 29-4-2024 11:25 PM
kemain ugutan heols. lol. tp kan, SY ni dah mcm mereng pun ada gak. kemain dasyat kenal semua org. t ...

.
.
.
mcm benak la kan? yg mcm sherot dan yg sewaktu dgnnya tu...yg close dgn jahlop dan family la kan?
Quote BoongaKertas 30-4-2024 07:38 AM

jgn ckp kekuat pakdol psl benak tu.
Quote Pak.dolla 30-4-2024 07:41 AM
BoongaKertas replied at 29-4-2024 11:38 PM
jgn ckp kekuat pakdol psl benak tu.

.
.
okay bubs...oopppsss
Quote Pak.dolla 30-4-2024 07:42 AM
.
.
.
nora ni cantik dan comel sekali gus...
susah nak benci dia ...
Quote syamzana 30-4-2024 07:58 AM
ppn tu apa??
chat tu tak faham!!

habis berkait nora-tiz ni kes apa plak?

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.528149 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top