CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish sahkan rumah tangga sedang bergolak

30-4-2024 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15719| Komen: 24

Description: Pelakon jelita, Nora Danish mendakwa rumah tangga dengan suami, Nedim Nazri bergolak.

Pelakon jelita, Nora Danish mendakwa rumah tangga dengan suami, Nedim Nazri bergolak.

Nora mengaku dia dan Nedim berusaha menangani situasi itu sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

"Perceraian adalah jalan terakhir kerana kami harus memikirkan anak-anak. Tetapi, saya tidak menidakkan memang berlaku pergolakan (dalam rumah tangga bersama suami)," katanya ditemui pada majlis Hari Raya anjuran 4Ward Entertainment Sdn Bhd di sini, hari ini.

Khabar angin konon rumah tangga Norish dan Nedim dilanda badai mula diperkatakan selepas 1 Syawal berikutan mereka dilihat tidak berkongsi foto keluarga.

Mengulas mengenai dakwaan tidak lagi serumah dengan suami, Nora berkata:

"Mengenai tinggal berasingan, itu betul kerana rumah kami dalam proses ubahsuai. Nedim tinggal di rumah bapa sementara saya menetap bersama ibu. Jadi, apa yang berlaku seakan memberi ruang untuk kami memperbaiki keadaan," katanya.


Nora berkata, pergolakan yang berlaku bukan disebabkan campur tangan insan ketiga, sebaliknya, berpunca daripada tiada persefahaman.

"Walaupun tinggal berasingan, kami masih berhubung setiap hari. Saya tetap hormatinya sebagai suami.

"Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi kesan negatif kepada anak-anak. Mereka okay tetapi mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai diubah suai," katanya.

Nora yang membintangi filem Terkutuk menyerahkan urusan rumah tangga mereka kepada takdir.

"Itulah aturannya, mungkin Allah hendak beri kami ruang selesaikan masalah ini. Kami hanya mampu berdoa dan serahkan soal jodoh kepada-Nya," katanya.



Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim atau nama penuh, Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 10 Julai 2008.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DottieDot 29-4-2024 11:13 PM
Lol kelakar lak rasa coz rata² komen kat socmed sibukkan pasal cantik + comel & nampak muda si Nora ni dari isu pergolakan rumahtangga dia.. Adeh!
Quote putericahaya999 29-4-2024 11:41 PM
Kalau rasa x tahan blh je cerai dulu... nanti rujuk la balik
Quote Nizleen86 30-4-2024 12:59 AM
Apa la masalah utk org2 kaya ni agaknya kan?
Quote siti_shaqila 30-4-2024 06:54 AM
tp lama dh perasan dorang ni mcm ada problem.. sejak bossned duk update ayat2 agama.. nora p mna2 pon sorg ja.
Quote kakacantikkan 30-4-2024 06:58 AM
mana dah hashtag ninocintahatikupejadah tu?
Quote BoongaKertas 30-4-2024 07:33 AM
salahfhm with each other psl renovasi rumah tu kot eh?
Quote mrseller 30-4-2024 07:54 AM
Nizleen86 replied at 30-4-2024 12:59 AM
Apa la masalah utk org2 kaya ni agaknya kan?

poen banyak datang, takkan nak tengok je lauk.. itu masalah org kaya
Quote vanillaninja 30-4-2024 08:04 AM
Rasa macam dah lama dah kan theyols ada problem.
Quote lostnfaun 30-4-2024 08:07 AM
Patut nmpk dia mcm aktif berlakon..
Quote lasagnaklcc 30-4-2024 08:24 AM
Tak sefahaman sbb bossned tak bg nora main tiktok ke

Tapi comel sgt nora ni walau tua bertahun dari iols
Quote jalfa 30-4-2024 08:30 AM
Hari tu kat tv aku tertengok ND berlakon dlm drama kat tv 2...dia dgn zulin terdampar.terkejut jugak dia berlakon drama balik...dah nampak tua dah tapi body letops lagi...
Quote lasagna 30-4-2024 08:50 AM
nowa elok berlakon semula jer, dia xde lah berlakon kayu pun.
bleh laa bwk watak mak mak plak.. mak vogue.. ye dak?
Quote marchikobonzo 30-4-2024 10:10 AM
Comel sangat ND ni..semoga dipermudahkan segala urusan rumahtangga
Quote cantthinkofany 30-4-2024 10:16 AM
wa suka watak dia berlakon kungfu kat petaling street tu....comel gilos.....
Quote kerani_je 30-4-2024 10:16 AM
lasagnaklcc replied at 30-4-2024 08:24 AM
Tak sefahaman sbb bossned tak bg nora main tiktok ke

Tapi comel sgt nora ni walau tua bertahun d ...


Rumah tangga x ada agama gitu la..Rumah tangga bila x ada imam solat, x ada bimbingan n nasihat suami isteri ke arah jalan yg lurus..Nk harapkan spark je x cukup sbb kita org islam..nak x nak berbalik pada iman..baru la aman bhagia..

i bukan la nk hentam semberono ckp depa x solat n x amalkan ajaran islam..tapi gitu la pemandangan i..setakat baik dgn manusia je x ckup..kite kena baik dgn Allah dulu..gitu tarbiyah iolls kepada boss ned sambil he hanya side eyes je kat i..
Quote kerani_je 30-4-2024 10:23 AM
lasagna replied at 30-4-2024 08:50 AM
nowa elok berlakon semula jer, dia xde lah berlakon kayu pun.
bleh laa bwk watak mak mak plak.. mak  ...

Bukan ke die mmg berlakon je lagi smpai sekarang..ada ke die stop berlakon? Cuma jarang nmpk kot sbb bkn watak heroin dah..x layak dah watak heroin akasia, megadrama atau samarinda..sbb bbnu muda bergetah bersusun kat mlysia ni..tapi fasha elok je lagi berlakon watak utama..maybe fasha betoi2 all out nk lagi berlakon..ape pun watak die terima jadi mak org dah ada anak remaja, watak datin ada belaan anak hekan n watak teraniya kena sepak terajang pun die trime jerr..
Quote Pak.dolla 30-4-2024 10:30 AM
lasagna replied at 30-4-2024 12:50 AM
nowa elok berlakon semula jer, dia xde lah berlakon kayu pun.
bleh laa bwk watak mak mak plak.. mak  ...

.
.
baru² ni 2 ke 3 hari lepas aku ada nmpk nora blakon dkt tv1 pakai baju kebaya merah....aku lupa tajuk....best citer tu...kelakar...
Quote mummy75 30-4-2024 12:16 PM
Pak.dolla replied at 30-4-2024 10:30 AM
.
.
baru² ni 2 ke 3 hari lepas aku ada nmpk nora blakon dkt tv1 pakai baju kebaya merah....aku lu ...

tajuk drama Bakal Menantu Hajah Noraini...best gak layan drama tu
Quote ayukpingu 30-4-2024 03:17 PM
hebat betul korang eh...before ni ada sorang forumer dh spill out pasal ni.. ternyata betul. hebat2. good job

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053666 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top