CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua doktor ditangkap basah dalam kereta

13-5-2024 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18860| Komen: 8

Description: JAKARTA – Dua doktor yang berdua-duaan di dalam sebuah kereta ditangkap basah di sebuah kawasan meletak kenderaan di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor laman berita Tribun Trends hari ini ...


JAKARTA – Dua doktor yang berdua-duaan di dalam sebuah kereta ditangkap basah di sebuah kawasan meletak kenderaan di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor laman berita Tribun Trends hari ini.

Mereka ditangkap oleh sejumlah penduduk dan suami doktor wanita itu sendiri di tempat letak kenderaan Hospital Wahidin Sudirohusodo, daerah Tamalanrea, pada Rabu lalu.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram menerusi akaun @Makassar_viral_id, ia memaparkan beberapa penduduk menghampiri sebuah kereta berwarna hitam.

Suami doktor wanita itu turut membuka pintu kenderaan tersebut dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan seorang doktor lelaki.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis dan ia diselesaikan secara baik.

“Tidak ada (laporan). Masing-masing (dua doktor dan si suami) menyelesaikan kes itu dengan baik,” kata seorang ketua polis tempatan, Muhammad Yusuf. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 13-5-2024 01:37 AM
Napi sikat tepi kah
Quote ninja9 13-5-2024 05:57 AM
dia dah lama syak bini dia skandalkah .. atau cuma suatu kebetulan, wrong time wrong place

Quote batmana 13-5-2024 10:16 AM
Doktor sana miskin sgt ke..xmmpu pi hotel 5bintang
Quote nw111 13-5-2024 10:18 AM
Yindon pun cakap tangkap basah ye..
Quote supernaturalee 13-5-2024 03:58 PM
nw111 replied at 13-5-2024 10:18 AM
Yindon pun cakap tangkap basah ye..

short form dia kapsah kot
bukan nasi arab ye

dorg kan suka gabung2 perkataan


Quote ifanonline 13-5-2024 03:59 PM
doktor pun nak berjimak juga...ingat doktor maksum ke?
Quote intan244 13-5-2024 08:06 PM
dorg tgh bersembang ke memanjat
Quote B40tastePosh 13-5-2024 10:07 PM
Edited by B40tastePosh at 13-5-2024 10:09 PM

Ulang kaji subjek biologi la tu.

Pembiakan Amoeba belahan dedua

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046725 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top