CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita salahkan GPS punca pikap terbalik

12-5-2024 01:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17597| Komen: 0

Description: BANGKOK – Seorang wanita mendakwa bahawa trak pikap yang dipandu terbalik kerana tumpuannya terganggu akibat melihat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada telefon bimbit, lapor portal berita Pattaya Ma ...


BANGKOK – Seorang wanita mendakwa bahawa trak pikap yang dipandu terbalik kerana tumpuannya terganggu akibat melihat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada telefon bimbit, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini. 

Wanita dikenali sebagai Praphaporn Jokthong itu berusia  35 tahun. Dia mengaku  kerap melihat GPS pada telefon bimbitnya,  menyebabkan dia terlanggar tiang lampu jalan di Pattaya.

Praphaporn  mengalami cedera ringan di tangan dan kaki kanannya.

Dalam kemalangan kelmarin, wanita itu turut terperangkap di dalam trak pikap berwarna biru selepas kenderaan yang dipandunya melanggar tiang elektrik dan terbalik.

Prosiding undang-undang kejadian itu masih belum selesai.

Ini kerana kemalangan itu melibatkan kerosakan kepada harta benda awam. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.034949 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top