CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2087|Reply: 29

[Tempatan] ULASAN | Terkuburkah impian lihat guru sokong kerajaan Madani?

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode
ULASAN | Terkuburkah impian lihat guru sokong kerajaan Madani?

https://www.malaysiakini.com/opinions/705337

Syazmir HN
Diterbitkan:  May 12, 2024 8:00 PM
Dikemaskini: 8:18 PM



Setelah hampir dua tahun kerajaan perpaduan ditubuhkan, sokongan penjawat awam masih samar-samar kepada kerajaan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan yang turut dianggotai oleh Keadilan, Amanah, DAP dan Umno sebagai parti semenanjung itu untuk menambat hati penjawat awam. Terkini, kerajaan mengumumkan kenaikan tangga gaji yang baharu mulai tahun 2025 yang turut dinikmati oleh kelompok pendidik iaitu guru Malaysia.

Kelompok guru merupakan kelompok terbesar dalam penjawat awam di Malaysia merangkumi sebanyak 416,743 orang. Pastinya sokongan kelompok guru menjadi salah satu faktor penentu kepada kemenangan parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum kelak. Selain itu, guru yang berperanan sebagai pencetak generasi masa depan melalui pendidikan akan menjadi penentu kepada sokongan rakyat pada masa depan kepada kerajaan hari ini apabila dasar kerajaan hari ini diterjemahkan oleh guru di sekolah.

Maka setelah dua tahun kerajaan Madani yang dinamakan oleh Perdana Menteri ke-10 itu memerintah, dua tahun juga Fadhlina Sidek diberi tanggungjawab di kementerian terbesar itu, adakah kelompok guru sudah mula menyokong dan bersama kerajaan hari ini? Persoalan tersebut wajar dijawab dan diperhatikan oleh strategis setiap parti pemerintah disebabkan oleh hujah yang penulis sebutkan di perenggan kedua tadi.

Di peringkat awal kepimpinan Fadhlina, kompas KPM masih samar-samar dan ia diakui oleh orang ramai apabila Ketua Wanita Keadilan itu baru diberikan peranan dalam bidang pendidikan berbanding kerjayanya sebelum ini sebagai seorang peguam. Kesamaran itu dimaafkan oleh pihak awam, ibubapa dan guru meskipun arah tuju KPM oleh menteri yang baharu dilantik sering ditagihkan lebih awal berbanding kementerian lain.



Tetapi beberapa isu hangat yang sebenarnya bukan asas pendidikan negara gagal ditangani secara baik oleh pihak menteri menyebabkan isu yang sebenarnya mudah dan kecil diperbesarkan oleh pembangkang. Isu bacaan doa qunut ketika sambutan Solidariti bersama Palestin, buka kantin sekolah dibulan puasa serta maklum balas pasukan KPM kepada teguran bekas Menteri Umno terkait laporan Bank Dunia terhadap sistem pendidikan di Malaysia menjadi sisi kelemahan pasukan Menteri Pendidikan era Madani.

Ini semua isu yang mungkin tidak mempengaruhi sokongan guru kepada kerajaan Madani secara terus. Sebaliknya isu beban kerja guru dan sistem peperiksaan era Madani menjadi tumpuan utama guru menyokong kerajaan. Adakah pasukan menteri tidak bertindak merungkai isu beban kerja guru yang telah diperkatakan sejak tahun 2010 lagi? Ada, sempena Hari Guru tahun lalu, KPM mengumumkan 7 hadiah buat guru Malaysia. Itu sahajakah?

Pastinya sebagai pasukan menteri era pimpinan perdana ,enteri yang mementingkan ilmu dan pendidikan mereka telah membuat usaha yang pelbagai tetapi tumpuan kepada guru masih belum mencukupi untuk meringankan beban kerja guru yang membolehkan mereka menumpukan kepada usaha menggilap, membangun dan menilai bakat manusiawi rakyat Malaysia.

Paling mudah, apabila kes buli yang menyebabkan kematian pelajar sebuah sekolah KPM di Sabah berlaku awal tahun ini, isu yang menjadi perdebatan bukanlah soal sikap generasi muda hari ini yang ganas sahaja sebaliknya peranan warden sebagai penjaga pelajar di asrama juga dipertikai. Guru yang ditugaskan sebagai warden dibayar atau dihargai dengan elaun yang sangat rendah berbanding tanggungjawab besar memastikan hidup mati pelajar di asrama, bagaimana guru tersebut ingin menumpukan kepada tugasnya bagi mengelakkan sebarang tindakan luar jangka akan berlaku dengan nilai penghargaan sebanyak itu? Ini beban kerja guru yang perlu ditanggung dengan keadaan yang sadis.



Baru-baru ini pula, KPM memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk sesi lalu akan diumumkan pada hari isnin cuti persekolahan bagi penggal ini. Pengumuman itu menyebabkan guru rasa teraniaya apabila mereka beranggapan pastinya mereka perlu ke sekolah untuk menyelesaikan isu pengurusan sedang mereka telah merancang untuk bercuti pada tarikh tersebut.

Walaupun setelah ditekan oleh NUTP dan warga guru dalam tempoh 48 jam, Fadhlina bertegas untuk mengekalkan keputusan tersebut apabila keputusan boleh disemak melalui dalam talian sahaja, ia tidak melegakan warga guru apabila perincian arahan tersebut mungkin tidak akan diikuti pentadbir sekolah dan PPD apabila ia tidak dikeluarkan secara rasmi (bersurat) dan tiada penggunaan istilah ‘wajib’ semakan keputusan secara dalam talian sahaja untuk seluruh Malaysia. Kenyataan ini boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu yang pastinya menyebabkan guru diarah ke sekolah dan penganiayaan itu terkena pada guru.

Selain itu, kenyataan Fadhlina itu turut menyebut bahawa bagi mereka yang tidak mempunyai akses secara dalam talian boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing. Bererti guru perlu datang ke sekolah juga pada tarikh pengumuman tersebut, betul? Cuti mereka tetap terkorban kerana merekalah yang perlu bertanggungjawab mengurus keputusan tersebut dengan jumlah calon yang ramai.

Apakah sebab KPM tidak mahu meminda walau seminggu untuk keputusan tersebut yang akan memperlihatkan kesungguhan KPM membela guru? Sebelum-sebelum ini adakah calon SPM tidak mencukupi masa untuk mengisi pemohonan ke IPT sehingga alasan itu digunakan pada penetapan tarikh kali ini? KPM yang mempunyai guru lebih ramai perlu mengikut petunjuk Lembaga Peperiksaan Malaysia atau sebaliknya dalam konteks ini?



Ini semua salah langkah yang amat mempengaruhi sokongan guru kepada kerajaan. Bagi sesetengah pihak mungkin sokongan guru kepada kerajaan madani tidak beberapa penting berbanding dasar pendidikan dan kurikulum baru level ‘A’ berjaya dihasilkan oleh pasukan Fadhlina dan Wong Kah Woh selaku Timbalan Menteri kelak.

Namun sedarkah kita semua, dengan tiadanya sokongan guru kepada kerajaan, mampukah dasar dan kurikulum yang dibentuk oleh kerajaan disampaikan secara ikhlas, baik dan bersungguh-sungguh? Tidak, ia lebur bagai debu bertaburan. Malah guru yang tidak menyokong parti pemerintah boleh menumbangkan parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum nanti, adakah ketika itu dasar dan kurikulum yang dibuat akan berjalan semula oleh parti pemerintah lain?

Lebih membimbangkan jika isu tarikh keputusan SPM ini tidak dapatkan diuruskan sehingga merobek sanubari guru Malaysia, adakah dasar pendidikan dan kurikulum baru yang sedang dirangka nanti mampu meletakkan peranan guru sebagai pendidik sebenar sambil membakulsampahkan isu-isi bukan berkaitan pendidikan? Atau ia akan lebih menambah tanggungjawab guru Malaysia.

Jauh lagi mahu melihat guru-guru Malaysia menyokong kerajaan Madani jika langkah yang diambil sering kali tidak relevan dengan keadaan akar umbi dan sering terabai melihat isu pokok yang membelengu guru-guru Malaysia. PM yang selalu menyinggung isu pendidikan dalam ucapannya dianggap sedang mengangkat kesungguhan dan keupayaan Fadhlina selaku Menteri Pendidikan, namun ia tidak cukup mempengaruhi guru Malaysia. Berubahlah segenap perkara, jadi terbuka dengan mendengar pandangan yang ikhlas. Jadilah yang terbaik dikalangan yang baik.

SYAZMIR HN Ialah seorang guru dan sering menulis isu politik dan pendidikan di media sosial.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu racist.

Zaman sekolah meols ramai
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu golongan cerdik. Dorang takde la bodo nak pi angkat banduan peliwat dan perasuah jadi Perdana Menteri negara
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:12 PM | Show all posts
takyah harap sangatla sokongan dr penjawat awam ni especially dari cikgu cikgi ni. diorg daftar je sbg pengundi tp diorang ni mana ada pegi mengundi pun. la ni cikgu pun dh pandai tolak jadi petugas walaupun mengundi buat kt sekolah ye.  tula dok manjakan sangat cikgu cikgi ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu Msia ramai makan gaji buta sbb tu kajian UN aritu   bgtau student msia lama dok sekolah tapi belajar sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:51 PM | Show all posts
annehuda replied at 13-5-2024 02:12 PM
takyah harap sangatla sokongan dr penjawat awam ni especially dari cikgu cikgi ni. diorg daftar je s ...

upah jd petugas murah sgt, mana maunye cikgu gaji ribu2 nak kerja time cuti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 13-5-2024 02:51 PM
upah jd petugas murah sgt, mana maunye cikgu gaji ribu2 nak kerja time cuti

Elaun berapa sen je. Duit minyak tak lepas. Zmn sekarang sape yg nk buat kerja free? Jgn mengkuli batakkan orang.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:02 PM | Show all posts
meols tak faham...kenapa cikgu beramai2 kena stand by kat sekolah masa pelajar2 ambik result spm?

meols tgk kat tt, fb kebanyakannya ckp ambil result spm xde cikgu sangat pun pegi pejabat sekolah jumpa dengan kerani sekolah jer untuk minta slip keputusan


kalau depa2 ni semua bebudak tahun 1 meols faham lah kenapa nak kena ramai2 cikgu..dah besar panjang mcm ni pun masih nak cikgu jugak ke untuk kawal keadaan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 03:42 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 13-5-2024 03:43 PM

apa masalah ni?? cegu2 smua dah sibuk nak balik kampung ke? bukan cuti tu berbulan lamanyehh.. takde memo ke kasik kat cegu2 ni if nak book otel ke flight ke tunggu pekeliling pasal tarikh spm klua? and perlu ke cegu tunggu? nak kena usap2 kepala stodents sambill kasik botoi susu ke cemaner, umo pun udah boleh menggundi?


yg pasti spm result tiap2 tahun mesti lah gempak cantik tertarik kau memang da bomb  sbb result spm je yg graph nya inverted bell curve dlm donia



hat tu lagi isu panas kut dr tarikh result spm kluar bila kut, acaner mesia nak maju ke depan ?



https://malaysiansmustknowthetru ... ommon-grade-in.html
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:45 PM | Show all posts
cikgu ni dah di brainwash zaman Reformasi, jadi penentang, so, hasilnya, mereka akan menentang sajaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:50 PM | Show all posts
alar, igkar je la arahan, bukan kene buang keje pun
rata2 kes cikgu cikgu main skandal, takde pun kene buang keje, kene pecat serta merta ke apa.. tarak pung..
klu takat ponteng time budak amik result tu apala sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-5-2024 02:54 PM
Elaun berapa sen je. Duit minyak tak lepas. Zmn sekarang sape yg nk buat kerja free? Jgn mengkuli  ...

Diorg bertugas kt sekolah yg diorg mengajar cik kak oi. Ibaratnye hari cuti ko dtg keje ko dpt elaun. Ko nak ke?? Paling cikai pun dpt rm200+ kot. Tapi yelah cikgu kan terkenal hustler buat side income macam2, jadi cikgu tu sbb nk cucuk duit hujung bulan dan pencen sajork, tu yg tak pandang setakat elaun rm200 tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-5-2024 03:42 PM
apa masalah ni?? cegu2 smua dah sibuk nak balik kampung ke? bukan cuti tu berbulan lamanyehh.. takde ...

Leeerrrr patutla la ni budak2 exam A berderet-deret tapi bodo bodo jugak. Result takde kualiti rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 13-5-2024 04:51 PM
Diorg bertugas kt sekolah yg diorg mengajar cik kak oi. Ibaratnye hari cuti ko dtg keje ko dpt ela ...

Ok.


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 13-5-2024 02:15 PM
Cikgu Msia ramai makan gaji buta sbb tu kajian UN aritu   bgtau student msia lama dok sekolah tapi b ...

hanya kerna depa x memihak kp kjaan.Bukan  memilih PEMIMPIN(KONON) hak memasing ke???
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 13-5-2024 08:54 AM
Leeerrrr patutla la ni budak2 exam A berderet-deret tapi bodo bodo jugak. Result takde kualiti rup ...

Dari zaman 90an kot, dah camtu da.

Suma untuk tolong Bumiputera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu ambil results dengan kerani jer
kecoh sgt result spm,
stpm dh lma blh check online
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-5-2024 05:51 PM
Dari zaman 90an kot, dah camtu da.

Suma untuk tolong Bumiputera.

X jg sis.. I baru Borak2 ngn ank bujang iols form2... Sek kat Seremban... Tny dia pasal sek kwn2.. cg2... Pastu dia ckp dia x suka cg India sbb suka marah2 kitorang tp ngn student India dia x pernah marah wpun dorang buat salah.. Tp klu student melayu sllu kn tengking.. X kan la iols nk tanam racism dlm jiwa ank iols kan... Iols pn bekap la cg lebih kurang.. Tp iols paham je Bende2 mcm ni mmg x boleh elak.. Bangsa mn ko sekali pun... Bila ko ada kuasa skit of course ko akan guna skit sebanyak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila mereka yang tiada anak, dan bukan seorang guru, berbicara tentang tugas orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 13-5-2024 10:18 AM
X jg sis.. I baru Borak2 ngn ank bujang iols form2... Sek kat Seremban... Tny dia pasal sek kwn2.. ...

Bukan. Aiols mengata pasal result SPM yang dikatakan takda kualiti tu. Porumer2 sadar ka idok, dari zaman deols sekolah dah memang gitu result SPM tu manipulated oleh people in power? Uols ingat graf tu suma direndahkan huntok sapa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.799834 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list