CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6353|Reply: 55

Mereka sekolah agama, bermadu untuk elak maksiat – Abby Abadi

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Abby perlahan-lahan mula berdamai dengan takdir bahawa anaknya, Marissa memilih untuk hidup bermadu.



BANGI – Biarpun ralat anaknya memilih hidup bermadu, pelakon Abby Abadi percaya keputusan itu diambil bagi mengelakkan maksiat memandangkan Marissa Dania dan suaminya, Ahmad Aslam bersekolah agama sejak kecil.

Ujar Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia akhirnya menerima kenyataan berkenaan perkahwinan mereka itu walaupun sejak dulu tidak bersetuju dengan kehidupan berpoligami.

    “Saya tak tahu tentang orang lain, sejujurnya saya tak boleh berkongsi tapi benda yang saya tak nak, ujian itu kena pada anak saya Marissa.

“Semua orang pun kalau diberi pilihan mesti tak mahu berkongsi kasih sebab dulu saya pernah bersembang dan bergurau dengan dia untuk cari suami (kriteria) macam mana.

    “Saya tak boleh jelaskan sampai sekarang kenapa dia pilih poligami. Mungkin masing-masing belajar agama, saya nampak mereka cari jalan halal untuk elakkan maksiat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Abby, dia juga sudah bertemu madu Marissa, Umisya Mazlan ketika kontroversi pernikahan anaknya dengan suami wanita itu tercetus.

Namun katanya, untuk orang ramai menyalahkan Marissa sahaja tidak adil memandangkan pernikahan tersebut turut membabitkan kehendak Aslam.

    “Sebenarnya saya sudah berjumpa dengan Umisya awal kejadian dulu. Kami bersembang, bersalam dan berpelukan sebab saya pernah melalui situasi sama macam dia. Bab itu memang dah selesai.

“Bagi saya tak patut salahkan Marissa seorang, saya pelik kenapa lelaki tak disalahkan langsung. Pada saya dua-dua salah,” ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, baru-baru ini.

Ditanya nasihat kepada menantu, Abby berkata, Aslam seharusnya menunaikan tanggungjawab secara adil terhadap kedua-dua isteri bagi menjaga kerukunan rumah tangga.

    “Yang terjadi dah terjadi. Marissa dan Umisya dah berdamai, mereka memilih untuk berkongsi kasih jadi dalam situasi ini Aslam yang kena mainkan peranan sebagai suami.

“Sebagai ibu saya hanya mampu mendoakan. Mudah sangat jalan yang Allah izinkan untuk Aslam beristeri dua. Semoga dia dapat menggalas tanggungjawab untuk dua isteri yang terlalu muda.

    “Jauh lagi perjalanan mereka, doakan yang terbaik. Kita pun pernah muda kan. Tiada siapa boleh menentukan jalan hidup kita melainkan kita sendiri,” katanya.

Terdahulu, kontroversi pernikahan rahsia antara Marissa dan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu mengakibatkan anak Abby dan Norman Hakim itu menjadi sasaran kecaman netizen.

Selepas empat bulan mendiamkan diri, pempengaruh media sosial itu tampil menjelaskan keputusan memilih suami orang sebagai teman hidupnya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg check in hotel tu maksudnya utk mjauhi maksiat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha

Padahal seblom tu dah puas buat maksiat. Helah bela diri tipikal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:41 PM | Show all posts
rosevelvet replied at 5-5-2024 12:36 PM
Yg check in hotel tu maksudnya utk mjauhi maksiat ke?

mungkin buat perbincagan tertutup utk plan mcm mana nk elak maksiat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
lps ni kena ready jg la kan utk trima lg 2 kwn br
kan utk elak mksiat
sukurrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:47 PM | Show all posts
Bijik la.
Konon2 kutuk hari tu.
Ni dan2 nk elak maksiat.
Abis kalau dah kawin yang sblm2 tu dikire halal ke hape?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nak elak maksiat tp buat dosa dgn membelakangi parents ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakyah pon dh terima la menantu tu....tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk mengelak maksiat.
Pastu tugas dan tanggungjawab macamana pulak?


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaharktuihhhhhhhhhhhhhh...

Diam itu kdg lebih baik dan terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 5-5-2024 12:59 PM
nak elak maksiat tp buat dosa dgn membelakangi parents ke?

nk elak maksiat tapi check in hotel sebelum kahwin hahahahas tapi okay la kita faham maksud abby, kenapa hanya marissa di kecam tapi jantan tu pula takde yg kutuk sgt sedangkan masalah utama ni wujud sbb jantan ni x reti control kote dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm
melodi kan akkak abby berkata
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu kata Aslam tak layak...hanya grab driver... tiba2 kata semua sekolah agama nak elak maksiat. kemain puji baik...phundeklah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak elak maksiat, takyah la buat maksiat. Bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kecam jugak si Selam cuma orang kecam perempuan sebab perempuan patut lebih bijak la. Sebab laki dia bukan pikir pakai otak, dia pikir guna kepala ko** dia aje.

Ko lah bodo sebab tak kecam Memey. Acik forum dulu kini selamanya kecam Memek oi. Kalau Memek cuba rampas laki acik porum, sampai ke sudah dia tak mungkin tunjuk muka depan masyarakat. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
I pulak pikir bukan sebab sekolah agama. Tapi sebab dia dah dibesarkan dengan mak bapak gitu. Mak pun lari ke Telen untuk elak maksiat. Bapak pulak dah bergelumang dengan toto baru dok pikior nak elak maksiat. So it is all about upbringing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nape chuols sume kecam acik yebbi
dia mcm terpaksa terima dah itu kehendak anaknya. berulang kali dia ckp kalau dia mmg takkan la nak bermadu
tapiiii statement elak maksiat tu agak hanatttt ye. setelah mcm2 bukti keluar kes checked in tu mcm alahaiiii pundekkk la.
maybe elak maksiat dari lagi byk berlaku kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah sepatutnya... Acik yebbi dah terima dan berlapang dada.
Adalah tu sbb nya Allah bagi kat anak sendiri utk dugaan hidup acik yebbi.
Lepas ni stop2 meroyan dlm apa jugak isu ya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:01 PM | Show all posts
kalau pergi songkhla, boleh walk in je ye cakap nak nikah? ala2 on the spot dinikahkan? takde prasyarat kursus kahwin bagai? ke ada kartel/sindiket ala2 bayar sekian2

ask for a friend

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dah terima laa ni ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.333245 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list