CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10966|Reply: 26

[Tempatan] CUACA PANAS: Murid bakal PdPR? Tutup sekolah jika suhu cuaca lebih 37 darjah Celsius. Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah

[Copy link]
Post time 3-5-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 7-5-2024 06:54 PM

Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah


KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.



Gambar hiasan


TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN

03 MAY 2024 1:29 PM


PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah tersebut memerlukan penelitian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan selain perlu diperhalusi dengan cermat.

"Jangan khuatir, jika perlu kita akan segera buat pengumuman," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di sini pada Jumaat.


Dr Dzulkefly
Menurutnya, pada masa ini kementerian kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyarankan agar sekolah tidak menganjurkan sebarang aktiviti luar bilik darjah sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C selama tiga hari berturut-turut.


"Saya sangat menganjurkan Kementerian Pendidikan atau guru besar supaya tidak mengizinkan pelajar buat aktiviti di luar.

"Itu sangat mustahak kerana kita tidak mahu saksikan kejadian sebelum ini berlaku," ujar beliau.


Cuaca panas luar biasa yang melanda terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah ketika ini dijangka berlarutan selama dua bulan lagi selain menjadi musim paling panas dunia.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, cuaca panas ini melibatkan dua aspek iaitu fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas selain faktor perubahan iklim.


Dalam perkembangan sama, Dr Dzulkefly berkata, orang ramai juga disaran agar memberi perhatian terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan cuaca panas.

Sementara itu, mengulas mengenai kekurangan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di hospital daerah, Dr Dzulkefly berkata, kementerian akan mengumumkan satu rancangan pelaksanaan dalam masa terdekat.

"Malam ini mesyuarat tergempar dengan pengurusan tinggi KKM untuk tangani perkara ini," katanya.

Pada 26 April lepas, Dr Dzulkefly dilapor mengarahkan pengurusan KKM di peringkat pusat dan negeri untuk meneliti isu bebanan tugas di hospital serta penilaian semula tindakan yang telah dibuat membabitkan penempatan dan cara kerja PPS.


https://www.sinarharian.com.my/a ... perlu-tutup-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2024 04:59 PM | Show all posts

Cuaca panas: Penutupan sekolah akan dibuat jika wujud keperluan


Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
3 Mei 2024, 4:04 pm



Dzulkefly Ahmad berbual bersama penerima anugerah APC selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan segera membuat pengumuman sekiranya terdapat keperluan penutupan sekolah susulan cuaca panas ketika ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, segala penelitian perlu dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan terlebih dahulu sebelum penutupan sekolah dibuat.

Justeru, katanya, orang ramai tidak perlu khuatir dengan situasi semasa cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini.

“Jangan khuatir, sejurus ada situasi seperti itu, pengumuman segera dibuat. Kami memantau rapi perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keperluan menutup sekolah ekoran cuaca panas khususnya di negeri Pantai Timur.

Dzulkefly berkata, ketika ini, pihaknya menerima lima kes berkaitan strok haba dan kelesuan haba di seluruh negara.

Menurutnya, segala prosedur operasi standard (SOP) sedia telah digerakkan termasuk mengurangkan aktiviti luar di sekolah.

“Kami turut mengesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mengurangkan aktviti luar bagi pelajar sekiranya suhu kekal 35 darjah Celsius tiga hari berturut-turut sebagai langkah pencegahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ka-wujud-keperluan/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2024 05:00 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mana mall yg nak melingkup tu...bg la kpm sewa buat classroom..ni bg bangla buat kedai la pulok.....jilaker punya kapitalis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2024 05:07 PM | Show all posts

Cuaca panas, KKM saran sekolah kurangkan aktiviti luar


Kategori: Nasional  
Kemas kini: 03 Mei 2024 04:11 PM



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad


PUTRAJAYA, 3 Mei- Pihak sekolah disaran untuk mengurangkan kegiatan dan aktiviti luar berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ia merupakan langkah pencegahan terbaik bagi mengurangkan pendedahan kepada risiko cuaca panas sekali gus memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar.

"Kalau tiga hari berturut-turut, cuaca kekal 35 darjah celsius begitu, saya sangat menganjurkan dan menggesa supaya guru besar dan KPM untuk mengambil tindakan supaya tidak mengizinkan pelajar-pelajar membuat aktiviti di luar."

"Itu sangat mustahak sebagai langkah pencegahan. Kita tidak mahu apa-apa situasi yang telah disaksikan dahulu berlaku lagi. Jadi, ini adalah mustahak untuk saya tekankan selain kita kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sama," kata Dr. Dzulkefly kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), di sini.

Mengulas mengenai tindakan penutupan sekolah susulan cuaca panas, Datuk Seri Dr. Dzulkefly berkata keputusan dan polisi tersebut memerlukan penelitian sewajarnya sebelum dilaksanakan.

Bagaimanapun, KKM akan terus memantau situasi semasa cuaca panas dan membuat sebarang keputusan segera sekiranya perlu.

Pada majlis sama, turut dilancarkan Pelan Strategik Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) 2024-2028 yang bermatlamat mentransformasi MDA ke arah operasi regulatori bertaraf antarabangsa.


https://berita.rtm.gov.my/nasion ... ngkan-aktiviti-luar
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahampunnn janganlah. Dhlh cuti xmas dh potong jadik smgu sbb nak tarik takwim balik ke asal. Kalau beberapa negeri kene tutup nanti yg kt swk ni pun kene sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 3-5-2024 05:29 PM
Yahampunnn janganlah. Dhlh cuti xmas dh potong jadik smgu sbb nak tarik takwim balik ke asal. Kalau  ...

kita x 'sambut' krismas-malaya
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata kalau tukar kelas sesi malam pulak

Tapi malam2 pun panas membahang jugak. Subuh2 pun dah tak sesejuk dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 3-5-2024 05:56 PM
Apa kata kalau tukar kelas sesi malam pulak  

Tapi malam2 pun panas membahang jugak. Subuh2 pun d ...


Kelas malam ni last2 budak2 ni tertidur ngn cikgu2 nya skali. Pastu bahaya juga kan malam2 ni ,nanti ada kes hilang ka, culik ka

Rasanya sekolah better allow je pakai baju sukan. Lepas tu duduk dlm bilik darjah je. Parents pon sesama sumbang duit beli kipas tambahan utk kelas anak2. Kutip sorang RM10 pon ok. Kipas berdiri tu pon ok je. Ada duit lebih, guna utk cover bill letrik sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni kat selangor, siang mmg panas sangat. Petang pula hujan. Syukur sgt. Kalau x de hujan petang2, maybe lg teruk panas nya bawa ke malam
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 3-5-2024 06:17 PM
Kelas malam ni last2 budak2 ni tertidur ngn cikgu2 nya skali. Pastu bahaya juga kan malam2 ni ,nan ...


Ini idea yg bagus..pakai baju sukan jr...ada sekolah..dgn tienya, baju lengan panjang lagi..pastu tudung masuk dlm kemeja..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak memang boleh pakai baju sukan. Cuma hari pertama je pakai uniform. Tak pakai kata membazir pulak. Cikgu cikgi pun boleh pakai baju sukan.
Cuma minta ppd jpn tangguh pertandingan sukan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
7.50 pagi suhu kat luar mencecah 30 degrees masa hantar budak2 merentas desa. Mula pulak lambat. Basah lencun budak2 lepas lari. Foodtruck jual air letak sebelum garis penamat. Sudahnya, budak beli air sebelum sampai garis penamat. Bongok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 3-5-2024 05:56 PM
Apa kata kalau tukar kelas sesi malam pulak  

Tapi malam2 pun panas membahang jugak. Subuh2 pun d ...

Malam takut ada kak ponti marah tetutama sekolah yg dah usia lebih 100 tahun mcm sekolah anak meols. Hahaha dah la anak meols selalu ngadu nampak pocong bila balik dari playground hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jihyomelly at 3-5-2024 07:16 PM

kat penang (pulau) hangat sungguh la hai..kalau seberang hujan pulau blom tentu hujan..tempias dpt la hujan renyai 10 minit…anak skolah menengah pakai uniform ikut jadual skolah…yg skolah rendah pakai baju sukan je sampai skarang..ni dah pakat selsema batuk sbb cuaca kering…ambil anak2 kita yg pening sbb panas sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 3-5-2024 07:08 PM
Malam takut ada kak ponti marah tetutama sekolah yg dah usia lebih 100 tahun mcm sekolah anak meol ...

Sekolah lebih 100 thn ni xyah tunggu mlm ler.tgh hari buta pun kdg2 dapat rasa vibe seram,muram sesetgh bangunan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 3-5-2024 07:01 PM
7.50 pagi suhu kat luar mencecah 30 degrees masa hantar budak2 merentas desa. Mula pulak lambat. Bas ...

Minum air lagi best ketimbang strok haba
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 3-5-2024 06:17 PM
Kelas malam ni last2 budak2 ni tertidur ngn cikgu2 nya skali. Pastu bahaya juga kan malam2 ni ,nan ...

Haha ni ala2 tusyen malam la.

Sekolah anak meols memang sekarang menten pakai baju sukan je uols.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 3-5-2024 07:08 PM
Malam takut ada kak ponti marah tetutama sekolah yg dah usia lebih 100 tahun mcm sekolah anak meol ...

Marah sebab kaco shift dia malam2

Anak uols buleh nampak ke entiti tapi besa la sekolah lama2 ni. Tambah2 sekolah zaman penjajah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur selangor masih ada hujan nak2 belah petang. Tapi siang tu panas memang lain macam teriknya. 1 yg aku perasan jugak, purata kedatangan kelas, mesti tiap hari ada yg sakit kepala / demam.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.349741 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list