CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2251|Reply: 26

[Tempatan] Henti boikot KK Mart: Mufti Perak

[Copy link]
Post time 3-5-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Henti boikot KK Mart: Mufti Perak

https://www.sinarharian.com.my/a ... kk-mart-mufti-perak

Oleh
SAIFULLAH AHMAD
03 Mei 2024 10:52am


Wan Zahidi menunjukkan teks kenyataan berhubung tindakan memboikot KK Mart selepas sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perak pada Jumaat.

IPOH - Umat Islam di negara ini digesa menghentikan tindakan memboikot kedai serbaneka KK Mart kerana ia tersasar jauh daripada landasan keadilan Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berkata, prinsip keadilan sejagat mempunyai kedudukan yang suci dalam Islam bahawa keadilan wajib ditegakkan terhadap semua kaum sama ada disukai atau tidak.

Menurutnya, mengikut kaedah kehakiman Islam, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya atau alqasdul jinael tetapi elemen itu tidak boleh dibuktikan melalui pembuktian langsung sebaliknya dengan pengakuan atau melalui kaedah pembuktian qarainul ahwal iaitu bukti keadaan.

"Daripada penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan KK Mart dan permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku serta penjelasan yang dibuat kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), ternyata kewujudan rukun alqasdul jinaein ini tidak dapat dibuktikan. Dengan demikian, berasaskan kaedah kehakiman Islam, tuduhan menghina agama Islam terhadap pengurusan KK Mart tidak terbukti.

"Saya berkeyakinan pernyataan ini adalah amanah yang wajib disampaikan sebagaimana yang diperintahkan dalam surah An-Nisaa ayat 58. Apabila isu ini disensasikan dengan menyemarakkan sentimen kebencian dan kemarahan, maka cara menanganinya telah tersasar jauh daripada landasan keadilan Islam sejagat," katanya dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perak pada Jumaat.


Wan Zahidi selepas sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perak pada Jumaat.

Wan Zahidi berkata, tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW berdasarkan kisah Baginda meminta Ketua Qabilah Yamamah Thumamah bin Uthal supaya menghentikan sekatan bahan makanan kepada kaum Quraisy yang bermusuhan terhadap Islam.

Menurutnya, kisah tersebut mencerminkan keluhuran akhlak Baginda yang tidak membenarkan bahan makanan sebagai hak asasi paling utama dalam kehidupan manusia digunakan sebagai senjata dalam pertikaian.

"Rasulullah membentuk piagam Madinah bagi mengatur hubungan antara pelbagai etnik dalam negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah. Piagam ini menyamaratakan hak dan tanggungjawab antara warga Muslim dan bukan Muslim.

"Piagam ini menyatakan bahawa warga bukan Muslim membentuk satu ummah bersama umat Islam. Diri dan harta benda mereka dilindungi sama seperti harta benda warga Muslim.

"Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW menyatakan bahawa sebarang penganiayaan terhadap warga bukan Muslim akan berhadapan dengan pendakwaan oleh Baginda sendiri di akhirat kelak, malah menganggap tindakan sedemikian seperti ditujukan kepada Baginda sendiri," katanya.

Sementara itu, Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW memperingatkan para pendakwah supaya sentiasa menyebarluaskan perkara-perkara yang mencerminkan harapan dan tidak membangkitkan isu-isu yang boleh membawa kepada kerengganan

Jelasnya, dakwah Islamiah memerlukan suasana tenang dan damai serta hubungan yang harmoni antara kaum-kaum yang menganut pelbagai agama.

Menurutnya, al-Quran memberi panduan kepada umat Islam agar menggunakan pendekatan berhikmah dan tutur kata yang baik dalam misi dakwah mereka seperti yang dinyatakan dalam surah An Nahl, ayat 125.

Ditanya mengapa baharu sekarang kenyataan tersebut dikeluarkan, Wan Zahidi berkata, ia perlu mengambil masa kerana kerana rujukan ilmiah perlu dibuat bersandarkan fakta-fakta yang sahih di samping mengambil kira perkembangan semasa.

Katanya, kenyataan tersebut juga perlu diterangkan bagi membendung tindakan-tindakan ekstrem yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam seperti membakar dan merosakkan premis kedai serbaneka tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak langsung mengganggu proses mahkamah yang sedang dihadapi oleh pemilik kedai serbaneka tersebut sebaliknya ia hanya menyentuh soal prinsip keadilan dalam Islam.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, pada 16 Mac, pengurusan KK Super Mart dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ALLAH di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Kira-kira dua minggu selepas itu KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd, Pengasas Kumpulan syarikat itu, Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Kesemua mereka masing-masing berdepan satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah ALLAH, dua minggu lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
RUMAH SIAP, PAHAT BERBUNYI...Kata anak jiran aku yg duit raya nyer dah terkumpul 4k setakat ini....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot ni hak individu, mostly barang² kat kk mart ada ditmpt lain juga. Takde isu pon nak boikot, hak masing² semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 3-5-2024 11:57 AM
RUMAH SIAP, PAHAT BERBUNYI...Kata anak jiran aku yg duit raya nyer dah terkumpul 4k setakat ini....

Kayanya anak jiran uols. Tp still baby billy lg byk hokayy
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 3-5-2024 12:34 PM
mojarean_X replied at 3-5-2024 12:12 PM
Kayanya anak jiran uols. Tp still baby billy lg byk hokayy


Baby billy cutie pie banyak kumpul sebab banyak berjalan...ini anak jiran aku dok rumah ..org bertandang je tau....dia keluar pun belum.....mana lebih dahsyat?

Biasa ler anak mp kheunz? Ramai yg datang beraya nak membodekz bapaknya tapi takut kena chop rasuah...jadi jolok je anaknya....

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
alahaii pokcik ni dh xde keje lain yg  lbh berfaedah gamaknya. org duk sibuk dgn rmbut kejung jd penyondol buka aib bagai.. dia sibuk pulak dgn isu kkmart ni. ikut org la nk boikot ke tak. sibukk je kau pdn la tu.  cari psl sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 12:38 PM | Show all posts
Lamanya tok mufti ni typing.

Isu dah sejuk kot. KK Mart masih berdiri tak tutup macam KFC.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Slow la pakcik ni. Semua dah melupakan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 01:54 PM | Show all posts
kalau takde isu hari tu pun memang tobat tak beli kat kkmart. barang mahal namatey. benda sama,boleh dapat murah kat kedai lain,buat apa nak kasik duit kayakan tokey kkmart tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:15 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 3-5-2024 02:16 PM

Dah segala benda mahal kat situ, apa kejadah org nak membeli pulak. Dgn harga segala tok nenek naik, org akan pilih yg jual murah.
Duit pengguna, sukati la nak beli kat mana. Elok je KK mart pun takde plak branch yg kena tutup sb rugi. Haihhhh....lemahhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:38 PM | Show all posts
baru ni lalu di slh 1 cwgn dorg
dr luar nmpk bersih, brg tersusun rapi, terang jek dgn limpahan neon kalimantang
tapi tak nmpk sorg customer pun
pekerja die meliuk lentok je kt brg2 yg bersusun dlm tu


hak individu
so biarlah nk boikot ke, nk shopping mn2 ke
i believe klu ada tmpt yg xde convenience store yg mur2 dan selesa
akan ada je org akn masuk shopping dlm kk mart ni

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dapat arahan dari nga komeng ke atuk mopti?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:02 PM | Show all posts
Akhir zaman
Orang agama takut kafir ke
Yg buat taik tu kk mart
Yg bela islam pulak ko nk sound
Sanggup tu nk pertahan kn kafir

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
TAK BELI kt situ..bkn maksud boikot...benda sama..tp lg murah kt tmpt lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:21 PM | Show all posts
akan tibe satu hari nnti ekonomi bumiptra yg islam akan lead supply chain plak... rasenye dorg xnak supply chain ni bumiputra islam yg lead.. tpi ikut trend skrg byk dah yg kuasai supply chain...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 03:22 PM | Show all posts
KFC dia tak jual arak pn, tak jual rokok , cuma sykt induk KFC Ni milik org hisrael..


KK Mart jual arak, beer, wiski todi tai song yg nepal, india minum smpai mabuk,

rokok, pn jual, babi dlm tin pn jual,
dgn isu kalimah ALlah pada stokin lg,

dgn para pekerja KK Mart ni rata2 orang warga asing, bangla, nepal, iarga india


jd korang rasa mana lg haram,

kk mart ke kfc?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 3-5-2024 03:22 PM
KFC dia tak jual arak pn, tak jual rokok , cuma sykt induk KFC Ni milik org hisrael..




kk mart la lg haram...dgn segala babi,arak,todinya....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Vibe kedai acheh sangat. Bangla jadi cashier. Dari.luar nmpk busuk.


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 04:42 PM | Show all posts
eiman replied at 3-5-2024 12:01 PM
Boikot ni hak individu, mostly barang² kat kk mart ada ditmpt lain juga. Takde isu pon nak boikot,  ...

Setuju.. Yang tak nak boikot tu tak perlu dipaksa boikot..

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpenah masuk kk mart.  Xrase nk masuk pon.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.204154 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list