View: 9983|Reply: 21
|
[Tempatan]
TH terima lebih 80,000 rayuan haji tahun ini
[Copy link]
|
|
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
BERNAMA
SYED Saleh ketika bertemu pengamal media yang turut menyertai rombongan ibadah haji pada Majlis Keberangkatan Petugas Haji 1445H/2024 hari ini. FOTO Bernama.
Sepang: Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata rayuan haji yang dibuka pada 26 Jan lalu itu akan ditutup pada 8 Mei ini.
"Kita masih lagi melihat jika ada kekosongan (kuota) dan kita akan mengisi dengan permohonan rayuan yang ada. Dari segi kekosongan ia agak terhad, jadi kita akan utamakan rayuan mahram dahulu," katanya kepada pemberita di majlis pelepasan petugas haji di sini, hari ini.
Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini dengan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.
Syed Saleh berkata persiapan haji tahun ini berjalan lancar dengan penerbangan pertama jemaah haji negara dijadual pada 9 Mei ini.
Ditanya persediaan TH sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir di Tanah Suci semasa musim haji, beliau berkata pihaknya sentiasa bersedia menangani sebarang kemungkinan yang timbul.
"Seperti mana namanya banjir kilat, ia berlaku secara ad hoc dan reda dalam masa singkat. Pengalaman kita pernah hadapi sebelum ini, saya ingat pada 2004, 2008, 2016 dan 2018 berlaku hujan lebat, kilat, petir dan banjir.
"Kita sentiasa membuat simulasi serta berbincang dengan semua pihak, pemegang taruh di Malaysia dan Arab Saudi, juga kedutaan di sana, InsyaAllah setakat ini apa yang berlaku sebelum ini, dapat kita tangani dengan baik," katanya.
Semalam, media antarabangsa melaporkan banjir susulan hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan sekolah dan jalan raya.
Sementara itu Syed Saleh menasihati orang ramai yang ingin menunaikan ibadah haji supaya berhati-hati dengan tawaran visa furada dengan perlu memastikan kesahihannya bagi mengelak ditipu.
Hari ini, seramai 150 petugas TH termasuk 14 pengamal media daripada pelbagai agensi antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), RTM, Astro Awani dan Media Prima berlepas ke Tanah Suci.
Hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi pada musim haji pada tahun ini, bagi memudahkan urusan jemaah haji.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semakin ramai manusia, semakin sukar nak mengerjakan haji |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian janda2 andartu2 tanpa mahram taw padahal mufti arab saudi dah benarkan pi haji tanpa mahram |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian janda2 andartu2 tanpa mahram taw padahal mufti arab saudi dah benarkan pi haji tanpa mahram |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kena bawak mahram, TH untung lagi la sebab instead of sorang je jemaah perempuan, dah diorang kena bawak ibubapa atau abang pulak. abang plak kalau dh kawen ingat bini dia nak tinggalkan sorang-sorang ka? opkos taknak. ramai je geng perempuan aku kenal, demi kerana nak mahram, terpaksalah kuar duit tanggung mahram-mahram die pulak. yg mahram2 dia plak free free je dapat gelaran haji hajjah pdhal perempuan single tu la yang tanggung ko
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita di atas umur 45 tahun tak perlu lagi mahram sejak 2021.
Wanita2 yg perlukan pengiring (terutama mahram yg perempuan) sbb berkerusi roda, uzur dan tak fit lagi. Mereka perlukan bantuan untuk menguruskan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg dah pernah pergi dapat pergi lagi guna pakej. Dgrnya pakej paling murah 30k ++
Tak boleh ke bagi yg baru pertama kali pergi jer tak kisah la yg pakej atau tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Parents both dpt panggilan. Flight end may ni. Now nk tunggu kakak dpt rayuan |
|
|
|
|
|
|
|
margo20 replied at 2-5-2024 07:34 PM
Parents both dpt panggilan. Flight end may ni. Now nk tunggu kakak dpt rayuan
Alhamdulillah..
Still tunggu rayuan gak ni dah la xde mahram yg pegi |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 2-5-2024 04:55 PM
semakin ramai manusia, semakin sukar nak mengerjakan haji
Sb tu la tuhan bg macam2 penyakit yg blh ambik nyawa dlm masa yg singkat cth covid.
Tapi dlm masa pkp ramai pulak yg termengandung sb seronok dok rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Nope. My opismate andartu dapat je pergi tahun ni. TH lagi suka sebab mampu bayar harga pakej.
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung yg muda2 dapat pegi haji. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mmg sampai giliran atau rayuan nak pergi awal?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana cara nak buat rayuan eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Log in THijari je sis ada menu pengurusan haji.
Sekarang semua urusan online je
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak tahu berapa perlu bayar untuk haji? Diorang check slip gaji ke? |
|
|
|
|
|
|
|
masyuk la noh
|
|
|
|
|
|
|
|
lama jugek TH buka tarikh rayuan. sampai 8 mei. dulu sehari je.
menabung cdg nk pergi ikut pakej. rayuan pun skrg 33k. kalo pakej paling murah pun 45K.alang2 menambah, baik pergi dgn selesa sikit
hotel TH dlm jarak 700m.
tp kan. menjadi tetamu Allah swt ni bukan nya sebab kita byk duit tp sebab kita dijemput menjadi tetamuNya |
|
|
|
|
|
|
| |
|