CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8257|Reply: 27

[Tempatan] Gaji dah naik,penjawat awam dinasihat jangan buat hutang baharu – Cuepacs

[Copy link]
Post time 2-5-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 2-5-2024 06:10 PM

Penjawat awam jangan buat hutang baharu – Cuepacs
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
2 Mei 2024, 1:09 pm


Adnan ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs Tahun 2024 di Pusat Konvensyen MBSA hari ini. -Foto SYAKIR RADIN/KOSMO!


SHAH ALAM – Kakitangan awam dinasihatkan supaya mengawal perbelanjaan terutama dalam mencipta hutang baharu susulan pengumuman kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerajaan (Cuepacs), Datuk Dr. Adnan Mat mengakui kenaikan gaji sudah tentunya akan meningkatkan pendapatan isi rumah dan kebolehan belanja dalam kalangan penjawat awam termasuk kelayakan pembelian rumah.

“Hutang juga akan menjadi lebih besar kerana kelayakan itu (pinjaman selepas gaji naik). Nasihat kami kepada penjawat awam adalah lihat kembali (corak perbelanjaan) sebelum gaji naik.

“Berbelanja dengan angka sebelum gaji naik. Jangan berbelanja dengan gaji yang akan naik.

“Sekiranya dia tidak berbelanja dengan gaji akan datang bermakna akan ada lebihan dalam bentuk pendapatan keluarga dan simpanan pada masa akan datang,” katanya pada sambutan Hari Pekerja Cuepacs Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Perasmian majlis sambutan itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Justeru, Adnan menasihatkan penjawat awam agar bijak dan berhemah dalam berbelanja dalam memberikan kesenangan kepada mereka nanti.

“Lihat ketika kita susah ketika ini. Bukan mengekalkan kesusahan tersebut tetapi beri kelegaan dan bukannya berbelanja dengan luar kemampuan dengan peningkatan kelayakan pinjaman perumahan dan sebagainya.

“Elakkan daripada membuat pinjaman peribadi (yang besar yang akan menekan mereka nanti),” jelasnya.

Mengulas mengenai perdebatan pengumuman bentuk kenaikan peratusan gaji susulan tiada garis panduan yang jelas, beliau menegaskan perkara itu tidak wajar dibincangkan kerana gaji tersebut akan tetap naik.

“Secara mudahnya, pegang kepada ayat-ayat dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Hari Pekerja semalam iaitu kenaikan gaji melebihi 13 peratus dan ada bahasa digunakan 15 peratus.

“Tidak perlu bincang, kami dapat atau kau dapat berapa peratus. Yang penting angka peratusan diumumkan Perdana Menteri itu dan itu sahaja kita perlu ingat.

“Unjuran pendapatan itu, janganlah diunjurkan besar dan pengumuman peratusan itu pastinya akan meningkatkan pendapatan isi rumah yang dan bukan perbelanjaan dibuat hutang baru,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank Rakyat tersenyomm siniss ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini betul. Aku buat loan kereta awal tahun haritu, aku try bank rakyat sebab interest rendah. Dekat sebulan lebih baru dapat approval padahal xde sangkut ccris. Kalau staff gomen xsampai seminggu dah settle. Pastu aku tengok sepupu aku staff gomen yg gajinya ciput pon aman2 beli kereta import walaupon aku tahu gajinya rendah jugak. Xtahu la kot2 allowance dia banyak
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertuah la kalau depa dgr nasihat...duit x dpt lagi plan hutang dh berjela agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 2-5-2024 09:30 AM
Ini betul. Aku buat loan kereta awal tahun haritu, aku try bank rakyat sebab interest rendah. Dekat  ...

Bank mmg suka penjawat awam yg jawatan tetap.
Tapi tu dulu la masa ada pencenm skrg ni x sure polisi bank
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xde plan pun nk tambah hutang baru. 2 thn lps baru je ambik MPV. Aku just berniat nk tambah yg aku dok kasi dkt mak bulan2. Itu je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji belum naik bang, baru announce akan naik dgn condition situasi hutang negara. Antara may sampai disember mcm2 boleh jadi. Pantai pun boleh berubah, guruh berdentum hujan tak jadi pun ada...so celebrate bila duit dah masuk akaun nanti. Dan jgn la pangkah dulu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 2-5-2024 05:30 PM
Ini betul. Aku buat loan kereta awal tahun haritu, aku try bank rakyat sebab interest rendah. Dekat  ...

Berapa % bank rakyat offer utk loan kereta?

First time i dengar orang beli kereta loan bank rakyat..

I duk ingat bank rakyat ni hanya untuk personal loan staff gomen or loan rumah staff gomen aje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik terpaling pejawat awam tu kerja macam bawah panas terik je kulit muka.

Naik gaji nanti buat facial treatment ye.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 07:39 PM | Show all posts
Buat loan dengan bank rakyat? Yuckkkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 2-5-2024 06:34 PM
Berapa % bank rakyat offer utk loan kereta?

First time i dengar orang beli kereta loan bank raky ...

2.6%, fix rate.. dah compare 3 bank, bank rakyat paling rendah. Tapi banyak giler dokumen dia nak sampai ea form, pastu nak majikan sahkan bila tarikh bersara & xde issue disiplin. Pastu masa nak sign kat bank tu kena log in online banking tunjuk live penyata akaun bank (sebab masa apply tu memamg 100% online). Penyata kwsp pon kena log in & tunjuk. Semua dokumen kena sign majikan. Sampai HR manager call iouls tanya i nak buat loan juta2 ke sampai banyak sangat details kena validate.
Apply loan rumah maybank pon lagi senang. Bank call untuk sahkan jawatan & gaji je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 2-5-2024 08:22 PM

Ada jaminan gaji setiap bulan tiada risiko dibuang kerja gunakanlah utk loan, kalau x pakai keta besar gelang besar baju mak datin travel sana sini, org x pandang taw
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjawat awam ni ramai Etnik Melayu... okey la tu untuk perniagaan kaum Cina. Perbelajaan rakyat akan lebih meningkat. Inflasi dapat dikurengken.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah,bab loan yg ko penting kan.
Ingatkan nak pesan supaya bekerja dgn penuh amanah dan beretika
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 09:58 PM | Show all posts
Saham bank rakyat dah boleh beli lom?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:41 AM | Show all posts
amaran jangan buat hutang baru tu gua tak heran sangat....sepatutnya tekankan...gaji naik...make sure kualiti services pun mantops la ya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelan aku andai gaji naik nnt aku nk tukar kerjaya....... Stress dah jadi deraiber ambulans
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:05 AM | Show all posts
xyah la nasihat,kalau jenis yg gagal memahami kewangan tu mmg akan buat loan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:25 AM | Show all posts
azimodin replied at 2-5-2024 05:30 PM
Ini betul. Aku buat loan kereta awal tahun haritu, aku try bank rakyat sebab interest rendah. Dekat  ...

u jangan tak tau..
ada je staff gomen dalam payslip balance gaji tinggal tak sampai ratus..
itu loan masuk payslip..
loan tak masuk payslip, belum kira..
ujung-ujung pinjam sana sini nak tampung lobang..
pinjam along pun ada..

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-5-2024 10:25 AM
u jangan tak tau..
ada je staff gomen dalam payslip balance gaji tinggal tak sampai ratus..
itu lo ...

Aiyoo, seratus nak makan apa wei. Aku lepas dah tolak2 loan, simpanan , belanja dapur & dll ada seribu lebih pon risau kalau ada emergency. Macam mana la dorang ni bokeh hidup dengan method gali lubang tutup lubang ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.159231 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list