Sektor swasta perlu ikut langkah kerajaan naik gaji pekerja - PM Anwar
Zikri Halim
Mei 1, 2024 03:50 MYT
Anwar (tengah) ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi menaikkan gaji pekerja mereka.
Ia susulan pengumuman Anwar menaikkan kadar gaji penjawat awam kepada kebih 13 peratus bagi memperkasakan kesejahteraan pekerja.
Nasihat itu, menurutnya, ditumpukan kepada sektor swasta yang telah mendapat banyak faedah daripada insentif kerajaan terhadap kebajikan pekerja.
"Walaupun keputusan saya hari ini menyentuh penjawat awam, saya mahu mesej ini jelas kepada sektor swasta yang mencatat untung yang baik, sama ada bank atau syarikat, yang mendapat faedah sedikit sebanyak (daripada) Kerajaan.
"Apa yang saya umumkan hari ini perlu didengar oleh sektor swasta supaya swasta dapat memberi layanan yang sewajarnya (kepada pekerja)," tambahnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, pada Rabu.
Perincian SSPA diumum pada Belanjawan 2025 Oktober ini – Fahmi
Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
1 Mei 2024, 3:22 pm
Fahmi ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2024 di Putrajaya, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!
PUTRAJAYA – Perincian lanjut kenaikan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dibentangkan sepenuhnya pada Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman mengenai pelarasan gaji yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia satu pengumuman positif buat penjawat awam memandangkan kali terakhir kenaikan adalah sekitar 13 peratus.
Pada masa sama, katanya, Perdana Menteri turut memberikan komitmen kepada pekerja swasta mengenai projek rintis dasar gaji progresif membabitkan 1,000 syarikat tempatan yang akan bermula Jun ini.
Berikutan pengumuman itu, Fahmi berkata, untuk tahun ini ia akan menyaksikan peningkatan gaji dalam sektor kerajaan dan swasta yang agak tinggi.
Selain itu, Fahmi berkata, apa yang diumumkan ini tidak dapat dilaksanakan tanpa perjuangan 16.5 juta pekerja di negara ini untuk membanteras rasuah. – KOSMO! ONLINE
Post time 1-5-2024 04:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lurve82 replied at 1-5-2024 04:36 PM
48 jer. Dh keje 15 tahun. Elaun kan byk. Tu campur elaun2 sekali. Tp basic pun cecah la rm100k set ...
Max kn zakat je byk2…sbb mmg zakat tu je yg 1:1 dpt claim. Nak2 klu gaji dh 200k setahun..laki iols haritu refund pn dpt belas ribu sbb zakat je byk..tu dia nk up lg amaun tahun ni pnya
Pada masa sama, katanya, Perdana Menteri turut memberikan komitmen kepada pekerja swasta mengenai projek rintis dasar gaji progresif membabitkan 1,000 syarikat tempatan yang akan bermula Jun ini.
Berikutan pengumuman itu, Fahmi berkata, untuk tahun ini ia akan menyaksikanpeningkatan gaji dalam sektor kerajaan dan swasta yang agaktinggi.
Tak naik gaji merungut, dah naik pun merungut...sebab tu hidup sentiasa murung
Syukur lah rezeki masing2 kan..ramai je pekerja gomen yg rajin2...jgn kita rasa kita sentiasa terbaik..iols happy je for all of you yg berdedikasi bekerja utk sara family dgn kos hidup yg makin mencabar dan harga rumah makin mahal...sekurangnya ada relief di situ
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
Ikut logik kalau dia bg range gitu, 15% utk golongan bawahan dan 13% atasan
I reckon more to salary adjustment mengikut cost of living, inflasi dan salary benchmarking serantau
So jgn pulak bermimpi next year naik lagi 15% kang habis dimaki PM tu yg trying his best to fix the wrongdoings dr bbrp former PMs..at least give him a credit lah for whatever good decision yg dia buat
Xbest mana pun. Biasa2 je. Keje mcm nk gila skrg ni sbb kerajaan tgh nak naikkan tvet. Sana sini silibus baru. Nak gi bercuti thn ni pun xsempat. Bersyukur ada kerja
Post time 1-5-2024 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
axl_bach replied at 1-5-2024 04:03 PM
Maybe utk nmpk gempak...
Sebab Cuepacs tak menyabor sgt jd PMX pun umum secara general jer. JPA mesti bengang dgn Cuepacs sbb nak cpt sgt tau hasil kajian sdgkan JPA baru buat kajian, tgh collect mcm² input.
Yg PMX pun layankan Cuepacs tmbh ada PRK jd gunakan hari pekerja nak 'umum' skit bagi sejuk hati Cuepacs.