CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

  [Copy link]
Post time 4-5-2024 07:03 PM | Show all posts
Ramai yg tengah berkira2 nak beli vellfire atau alpard dlm mass terdekat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat naik gaji tu harap rajin2 la keje ye...yg cikgu rajin2 msk kelas ngajar...yg jaga kaunter jgn hilang awal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2024 09:29 PM | Show all posts

Naik gaji tingkat kecekapan penjawat awam, penting tarik pelabur - Anwar

May 4, 2024 @ 5:25pm

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my



Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA


IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peningkatan gaji penjawat awam akan membantu meningkatkan tahap kecekapan jentera kerajaan, sekali gus mendorong kemasukan pelabur yang secara tidak langsung turut meningkatkan hasil pendapatan negara.

Memberi contoh pengumuman pelaburan RM10.5 bilion oleh Microsoft Corporation di Malaysia beberapa hari lalu, Perdana Menteri berkata ia bukti keyakinan pelabur terhadap negara.

"Saya percaya kalau jentera kita itu cekap dan baik, maka dengan sendirinya orang (pelabur) datang seperti Microsoft yang pada dua hari lalu mengumumkan pelaburannya di Malaysia RM10.5 bilion.

"Empat hari lalu pula ketika saya berjumpa Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, syarikat ACWA Power (syarikat gergasi tenaga boleh baharu berpangkalan di Arab Saudi) akan melabur dengan PETRONAS yang juga mencecah angka RM10 bilion.

"Ia (mereka berani melabur) disebabkan politik stabil, negara aman... jasa siapa lagi membuatkan negara aman kalau bukan badan penguatkuasaan pertahanan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan penjawat awam," katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga PDRM selepas menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Hadir sama menyaksikan penyerahan kem yang pembinaannya bermula 2018 dengan kos RM236 juta itu dan mendapat sijil siap kerja pada 14 Februari lalu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Mengulas lanjut kesan kenaikan gaji kepada penjawat, Perdana Menteri berkata ia akan menjadikan golongan itu lebih berdisiplin dan bersemangat untuk menjalankan tugas, termasuk menghindari ketirisan dan rasuah.

Semua faktor itu, katanya, semestinya akan mendorong kemasukan lebih banyak pelabur luar, sekali gus membantu meningkatkan hasil negara.

Anwar bagaimanapun mengakui sedar ada pihak tertentu yang mempertikai kebijaksanaan kerajaan melaksanakan pemberian berupa peningkatan kadar gaji lebih 13 peratus seperti diumumkannya pada 1 Mei lalu, dalam keadaan Malaysia kini menghadapi kekangan ekonomi.

"Jawapan saya, urusan ekonomi tanggungjawab bersama. Tetapi kalau kita beri tahap pengiktirafan, tunjuk ehsan dan kasih sayang serta hormat kepada penjawat awam, pekerja, polis, tentera dan semua jentera kita dengan disiplin, mengelakkan ketirisan dengan banteras rasuah, maka saya percaya negara ini akan dapat keberkatan dengan hasil yang lebih baik.

"Betul, kerajaan harus tampung, cari (perbelanjaan tambahan). Tetapi saya percaya kalau jentera kita itu cekap dan baik maka dengan sendirinya orang (pelabur) datang...," katanya.

Anwar berkata, biarpun kerajaan mewarisi hutang negara dalam angka besar, tanggungjawab menjaga dan membela nasib penjawat awam termasuk warga PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang umumnya menggalas tanggungjawab besar untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara tidak akan diabaikan.

Sebab itu beliau berkata, dalam kerangka kerajaan mengkaji skim penjawat awam ini, usaha meneliti beberapa aspek yang dirasakan dipinggirkan sebelum tidak ditinggalkan dan diberi perhatian walaupun kerajaan dan negara warisi hutang besar.

"Yang melakukan jenayah rasuah, ketirisan, pembaziran ini jumlahnya kecil dan kalau seluruh jentera, pasukan, kekuatan dan jentera penguatkuasaan tegas, maka saya percaya kita boleh hindar.

"Inilah tekad saya, sebab itu saya ambil keputusan ini (naikkan gaji penjawat awam) walaupun untuk tahun depan ia bermula dengan kos sekitar RM10 bilion tambahan dan akan meningkat untuk beberapa tahun ke depan.

"Kalau semangat ini dilakukan, saya percaya dalam beberapa tahun akan datang Malaysia ini akan menjadi di antara negara yang hebat di rantau kita, dihormati kerana kecekapan, keselamatan, serta kebangkitan dan dari sudut pemacuan ekonomi yang segar. Itulah doa kita," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... nting-tarik-pelabur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2024 09:34 PM | Show all posts
NASIONAL

Jangan politikkan isu kenaikan gaji penjawat awam – CUEPACS

04 Mei 2024, 3:58pm

Oleh: Fahmi Tajuddin



Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat.


PETALING JAYA: CUEPACS menggesa semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu kenaikan gaji penjawat awam yang dianggap memberi kebaikan terhadap sektor perkhidmatan awam.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat berkata, mana-mana pihak terutamanya ahli politik perlu bersikap lebih matang dalam membincangkan sebarang isu sebelum menjadikan ia sebagai ‘modal’ politik.

“Janganlah kita mewujudkan polemik dan kegusaran terhadap usaha yang baik dilakukan oleh kerajaan.

“Ahli politik dipohon supaya bersikap lebih matang dan bijak serta bertanggungjawab dalam memainkan isu-isu yang hendak mereka ketengahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau menzahirkan rasa kecewa apabila timbulnya idea untuk menggagalkan hasrat kerajaan melalui penolakan sokongan terhadap cadangan kenaikan gaji penjawat awam yang akan menjadi antara intipati Belanjawan 2025 nanti.

Katanya lagi, idea penolakan cadangan itu amat mengecewakan rata-rata penjawat awam yang sudah lama menanti pelarasan semula skim gaji supaya mampu menampungi peningkatan kos sara hidup ketika ini.

“CUEPACS berpesan supaya janganlah emosi politik menguasai keputusan yang tidak memberikan sifat ihsan kepada kebajikan penjawat awam.

“Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata CUEPACS amat konsisten untuk meneruskan perjuangan supaya isu kenaikan gaji seperti diumum Perdana Menteri baru-baru ini disokong sepenuhnya semua pihak sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Perdana Menteri pada Rabu lalu mengumumkan penstrukturan semula gaji penjawat awam melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dilakukan ketika ini akan dilaksanakan pada 1 Disember 2024.

Hasil akhir daripada Kajian SSPA itu akan dibentangkan untuk kelulusan Parlimen menerusi Belanjawan 2025 pada Oktober depan.


https://www.buletintv3.my/nasion ... jawat-awam-cuepacs/
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nafizzz replied at 4-5-2024 12:32 PM
Sekarang skim M ptd dah jadi lambat naik. IKut bakul. I ada kawan2 yang nak naik 48 pun ambil deka ...

Maybe jd lambat sb zmm pkp aritu
2 tahun stuck

abg aku officer gov pun skim lain
x naik² lg gred dah belas tahun

so sama jela skim M n skim lain skrg ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-5-2024 02:17 PM
Aku rasa badan berkanun, glc glic pun sedappppp gaji okeh.. mcm LHDN, EPF, PERKESO tu...

Jangan  ...

Betulla tu
memang besar pun bonus dorg² ni

gred diploma tp kerja belas tahun la
last year bonus raya 4 bln gaji
dkt 20k++

untung btul
jauh la untung dr org gov
cuma tula,dorg xda pencen
tp kwsp nanti confirm la dkt 1.m kan

masing² ada pro contra la citenya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
phoenix_panik replied at 4-5-2024 09:44 PM
Betulla tu
memang besar pun bonus dorg² ni


Bukan ke badan berkanun mcm LHDN tu masih berpencen ke?  Deme gred jawatan pun sama 41, 44 48, 52 onwards

Eh i tatau betol2 ni tau.. mmg tanya ikhlas sbb tatau..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-5-2024 02:11 PM
Fuh adik beradik mostly kija gomen... ayah pesara gomen... i rasa ni mmg inspired by parents lah.. ...

Sorry uols tertekan report padahal nk reply. Sorry2

Yup inspired by my late father....mak iols fulltime housewife..keje gomen xkaya pun..selesa je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 4-5-2024 10:56 PM
Sorry uols tertekan report padahal nk reply. Sorry2

Yup inspired by my late father....mak iols fu ...

Dekat terengganu kelantan ni.. kalo keje pegawai gomen.. orang sembah u.. kat pantai timor deme2 ni T20, sejak dahulu sampai sekarang...

Sini kalo rumah banglo,  mmg keje gomen lah kebanyakannya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 1-5-2024 05:14 PM
Mmg zakat je la kan. Sspn pun thn ni xde. Laki iols rm150k je sethn. Dia ckp adan uker kena byr ta ...

Uols tak nak masuk epf baru ke wpun dah ada skim pencen.. 300 sebulan ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-5-2024 10:59 PM
Dekat terengganu kelantan ni.. kalo keje pegawai gomen.. orang sembah u.. kat pantai timor deme2 n ...


Yup. Blh nmpk tu. My husband from dungun..family dia pun ramai gov..in fact my mil dan fil pun pencen gomen..tp dorg open je kalau anak2 nak keje swasta..cuma awal2 dulu ada jgk approach laki iols mohon masuk gomen..mmg xnak la dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 1-5-2024 06:09 PM
Bertambah mahal lah harga barang runcit

Padan muka kau. Kau kan yisrael takkan miskin kot hari2 minum setarbak
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 4-5-2024 11:51 PM
Uols tak nak masuk epf baru ke wpun dah ada skim pencen.. 300 sebulan ke

Masuk epf? Susah pulak nk keluarkan. Tp dpt tax deduction kan? Ada jgk yg iols tgk insurance yg ada plan pencen tu..yg tu blh keluarkan bila2.. cuma tax nanti deduct dkt insurance ke atau bhgn epf tu? Nanti kena tny ejen insurance iols..sbb ada terpk jgk tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 2-5-2024 04:49 PM
Kena buang apa pun tak dpt tu kes berat mcm sexual harrassment atau ada kes penjara/jenayah atau i ...

mslh kedtgn je. xde kes jenayah pun. bila kena buang...apa pun x dpt.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
itik_magic replied at 5-5-2024 12:25 AM
mslh kedtgn je. xde kes jenayah pun. bila kena buang...apa pun x dpt.

Teruk sangat2 kot eh masalah kedatangan dia..

Yang ni mmg ada tulis dalam labor law.. kalo swasta 2-3 hari je hilang, mmg terus buleh buang
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 4-5-2024 11:51 PM
Uols tak nak masuk epf baru ke wpun dah ada skim pencen.. 300 sebulan ke

Ni husband i pun masuk sejak dulu, way before covid lagi.. tp mmg dia masuk dalam 300-500 sebulan je self contribution, zaman dia keje gomen,.. tatay la skang ni camne ada masuk lg ke tak self contribution tu malas i nak tanya

Retirement fund under etiqa pun dia ada masuk.. yang mana buleh tax exemption.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 08:38 AM | Show all posts
nazzse replied at 3-5-2024 02:23 PM
Level pegawai ni mmg ler kerja banyak, weols tak kutuk pun. In fact family iols yg gomen ni mmg le ...

Kan...tapi entahlah kalau cerita bab kaunter or support staf, yang keliling i olls rajin je kerjanya & rarely dapat complain. Kalau ada pon sorang 2 je...tp tula kadang sbb sorang 2 ni la yg lain pon boleh jd terikut ikut...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:41 AM | Show all posts
green~tea replied at 3-5-2024 02:39 PM
Sangat betul apa yang uolz cakap..

Husband i pun 17 tahun keje gomen... keje teruk sangat2 and g ...

tula...baca pengalaman u olls pon boleh buat i olls lelah...kerja i olls tidak lah se stress itu...cumanya beban kerja mmg double dari masa i olls swasta...swasta dulupon i olls bukan kerja company biasa, mmg apple to apple i olls bandingkan, tp still xboleh tanding tugas kerja sekarang di gomen...i olls ni kalo ikut umor 60 sain utk pencen xda ops awal pulak, kalau x mmg da chow umor 40 untung lar saper boleh ops pencen awal...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:43 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 3-5-2024 09:59 PM
Sebab ramai porumer ni shallow minded ja sebenarnya uols. Walau gebang educated la high salary inc ...

i olls bukan nak mengkritik, tp tula kalau boleh kena tgk setiap lapisan gomen la...jgn di ingat yg jaga kaunter je penjawat awam...even masing2 ada bhgn kritikal masing2...i olls pon lg lama dok swasta...i olls banding apple to apple..mmg beban kerja gomen lg byk sbnrnya, tu belum kena handle org,customer yg pelbagai karenah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:48 AM | Show all posts
lurve82 replied at 4-5-2024 07:41 AM
Laki aku pun xnk masuk gomen..suka swasta lg..sbb gaji dan bonus

yer betul..kalau diikut gaji mmg banyak swasta u olls...level jusa gomen pon da lbh krg executive swasta punya gaji sekarang (level manager above la tapi)...cumanya ada bnda nk kena sacrifice kalau perform well di swasta ni terutamanya golongan ibu2...kalo gomen kelebihan plg bes sng nak cuti & cuti banyak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.199412 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list