CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16445|Reply: 27

[Dunia] Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai RM8.1 bilion di Indonesia

[Copy link]
Post time 1-5-2024 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-4-2024 04:12 PM

Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai RM8.1 bilion di Indonesia

BERNAMA - April 30, 2024 @ 3:17pm




Nadella bertemu Jokowi di Istana Presiden hari ini - Foto AFP



JAKARTA: Microsoft berjanji untuk melabur sebanyak AS$1.7 bilion (RM8.1 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan bagi membantu membangunkan infrastruktur AI Indonesia.

Janji berkenaan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Presiden di sini, sebelum menyampaikan ucaptama mengenai AI di ibu negara Indonesia.

"Perkara yang saya sangat teruja untuk umumkan hari ini ialah pengumuman pelaburan pusat data, jadi AS$1.7 bilion diperuntukkan untuk membawa infrastruktur AI terbaharu dan terhebat ke Indonesia," kata Nadella sambil menambah pusat data akan dibina di Indonesia tidak lama lagi.

Indonesia ialah ekonomi terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai penduduk sekitar 280 juta di seluruh kepulauannya yang luas, dengan permintaan yang semakin meningkat untuk pusat data dan teknologi AI di rantau ini.

"Kami akan menerajui gelombang ini dari segi infrastruktur AI generasi akan datang yang diperlukan," katanya.

"Misi kami adalah untuk memperkasakan setiap orang dan setiap organisasi di Indonesia untuk memanfaatkan gelombang AI besar seterusnya ini."
Beliau berkata, gergasi teknologi itu akan menyediakan latihan AI untuk ratusan ribu rakyat Indonesia.

"Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami di Microsoft akan melatih 2.5 juta orang menjelang 2025 di seluruh rantau ASEAN. Malah 840,000 di sini di Indonesia sahaja," katanya.
Microsoft dalam satu kenyataan, berkata pelaburan itu akan membabitkan tempoh melebihi empat tahun.

Pengarah Presiden Microsoft Indonesia, Dharma Simorangkir berkata, pelaburan itu menetapkan pencapaian baharu bagi landskap digital negara itu.

Lawatan Nadella dibuat hanya beberapa minggu selepas Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook bertemu Jokowi dan bakal presiden Prabowo Subianto ketika gergasi teknologi itu meneroka cara untuk mempelbagaikan rantaian bekalan dari China.

Cook berkata, Apple sedang melihat potensi pelaburan dalam pembuatan di Indonesia.

Nadella akan melawat Thailand dan kemudian Malaysia minggu ini dalam lawatan serantau untuk mempromosikan teknologi AI Microsoft.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2024 08:14 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-4-2024 04:17 PM

Apple kaji bina kemudahan pembuatan di Indonesia

Oleh Reuters - April 17, 2024 @ 4:11pm




Cook mengadakan pertemuan dengan Jokowi di Jakarta hari ini - Foto AFP



JAKARTA: Apple Inc akan mengkaji untuk membina kemudahan pembuatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya selepas bertemu Presiden Joko Widodo, yang berharap gergasi teknologi itu akan meningkatkan kandungan tempatannya dengan bekerjasama dengan firma domestik.

Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook, tiba di Jakarta pada hari Selasa selepas melawat Vietnam.

Beliau bertemu dengan Jokowi dan akan merasmikan akademi pemaju keempatnya di pulau Bali.

"Kami bercakap mengenai keinginan Presiden untuk melihat pembuatan di negara ini, dan ia adalah sesuatu yang kami akan pertimbangkan," kata Cook kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Apple tidak mempunyai kemudahan pembuatan di Indonesia, tetapi sejak 2018 ia telah menubuhkan akademi pembangun aplikasi, termasuk akademi baharu itu mempunyai kos keseluruhan 1.6 trilion rupiah (AS$99 juta).

Menteri Industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita, yang turut menghadiri mesyuarat itu, memberitahu pemberita bahawa jika Apple memutuskan untuk membina kemudahan pembuatan di Indonesia, ia akan mempunyai kapasiti mengeluarkan untuk eksport.

"Kami akan membincangkan bagaimana kemudahan Apple di Indonesia boleh menjadi rantaian bekalan global," katanya sambil menambah bahawa walaupun Apple tidak membina kilang, ia boleh bekerjasama dengan syarikat Indonesia untuk mendapatkan komponen.

Apple memenuhi 35 peratus keperluan kandungan tempatan Indonesia untuk menjual produknya dengan melabur dalam akademi pemaju, kata Agus, tetapi kerajaan berharap jumlah itu dapat ditingkatkan lebih tinggi dengan kemudahan pembuatan.

Apple telah memulakan kebanyakan pembuatan utama iPad, AirPods dan Apple Watches di Vietnam, malah pembekal untuk MacBook juga melabur di negara itu.

Indonesia mempunyai populasi yang besar dan mahir teknologi, menjadikan negara Asia Tenggara itu sebagai pasaran sasaran utama untuk pelaburan berkaitan teknologi.






Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka ummah indon yg bersepah di Malaysia ini boleh berbondong2 balik kampung kerja kat sana.


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 1-5-2024 12:31 PM

sementara itu...pelabur terbesar Msia adalah WARGA india,sri lanka,bangla,pakis,rohingya....untuk perabeh beras di Msia...undila madani,undila ph di prk kkb..hidup Msia,hidup madani.
         
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts

Laju juga pembangunan AI dgn kereta terbang. Mungkin lagi 20 tahun blh imagine kehidupan as in the futuristic movie, penuh dengan robot AI dgn kereta terbang bersimpang siur di udara.. wowwie
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin kekwat Konoha lps ni..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Indonesia membuka langkah bijak dgn menteraskan Microsoft sbg rakan laburnya berbanding malaysia yg berteraskan tesla gi mana prospeknya kian merudum.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Madanon lembab nak mammpuihhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada beza pun dengan malaysia future plan AI and cloud ini dapat investment dari google... Indon dapat Microsoft... Seperti adil saja....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba tiba jah boycotte amerika hilang
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 1-5-2024 12:39 PM
Makin kekwat Konoha lps ni..haha

hahaha ye dh tu...sejak diorang msuk gagasan G20 dan ada high speed train made in China tu, nmpak la diorang ada kerek sikit huhu... mentang2 kita punya HSR cancelled... ni nk pindah ibukota baru pulak ni, dh mula banding2 dgn kita...projek belum siap lg pun tah2 terbengkalai...yg tak tahan ada tu siap meremehkan Putrajaya sebagai projek gagal...geram je iollz dgn mentality haprak diorang...

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 1-5-2024 03:15 PM
hahaha ye dh tu...sejak diorang msuk gagasan G20 dan ada high speed train made in China tu, nmpak  ...

Dengkilah tu.


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-5-2024 03:45 PM
Dengkilah tu.

Putrajaya gagal menjadi kota layak huni katanya...yg bercakap ni level org2 berkepentingan... yg level2 netizen tu lg mcm longkang...

https://www.ayobandung.com/umum/7912263418/ridwan-kamil-sebut-ikn-bisa-jadi-ibu-kota-gagal-bila-nanti-warganya-justru-lakukan-ini-sudah-ada-buktinya
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xheran. Nanti dorg serabut bukak kat sana, tutup pindah tmpt lain plak. Cuma agak sedih jgk osram dah labur byk siap bukak kilg baru dkt kulim tiba2 apple tarik diri xjd plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 1-5-2024 01:24 AM
Xheran. Nanti dorg serabut bukak kat sana, tutup pindah tmpt lain plak. Cuma agak sedih jgk osram da ...

Apple tak jadi buka store di trx?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 1-5-2024 06:50 PM

AI kenapa tak melabur dekat Anwar Ibrahim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 1-5-2024 06:41 PM
Apple tak jadi buka store di trx?

@ultra78 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 1-5-2024 03:15 PM
hahaha ye dh tu...sejak diorang msuk gagasan G20 dan ada high speed train made in China tu, nmpak  ...

Lps ni boleh la org sabah sarawak keje kalimantan. Kerajaan kita buat xtau je dgn belah sana. Najib ambil tau tp dah too late. Xmustahil org kita plak keje kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 1-5-2024 06:41 PM
Apple tak jadi buka store di trx?

Bukan. Kilg osram dkt kulim tu kan lost 5bill sbb apple tarik diri utk iwatch dorg
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengkomputeran awan = cloud computing. Kadang2 aku kesian bebudak yang belajar STEM dalam BM ni. Patut la semua tak minat STEM.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.386797 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list