CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamak pemandu lori simbah petrol pada adik kandung

17-5-2024 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21777| Komen: 4

Description: MELAKA – Seorang pemandu lori mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap adik kandungnya dengan menyimbah minyak petrol gara-gara bertengk ...

MELAKA – Seorang pemandu lori mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap adik kandungnya dengan menyimbah minyak petrol gara-gara bertengkar hal keluarga, Isnin lalu.

Tertuduh, B. Arumugam, 41, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mendatangkan ketakutan B. Surendran, 27, dengan cara menyimbah minyak petrol terhadap mangsa kira-kira pukul 6.18 petang di sebuah rumah bernombor, Taman Maju Jasin dalam daerah Jasin pada 13 Mei 2024.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon tarikh sebutan baharu bagi fakta dan hukuman serta menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah, manakala isteri tidak bekerja.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 10 Jun depan untuk fakta dan hukuman di Mahkamah Majistret Jasin.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-5-2024 11:17 PM
X yah layanlah ahli keluarga toxic
Quote Perwira2022 17-5-2024 07:19 AM
Bangsa rentung dan bakar membakar berpisah tiada
Quote dua_chzy 17-5-2024 07:41 AM
Why not kalau adik kandung serupa syaitan perangai kan.
Quote prettygood 17-5-2024 11:21 AM
Sanggup eh.. agak2 lah pun

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.082027 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top