CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis siasat dakwaan resit pesanan piza ada ayat hina Islam

16-5-2024 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1142| Komen: 4

Description: Bayan Lepas: Polis menyiasat dakwaan seorang pelanggan restoran makanan segera di Kenari Avenue, di sini yang didakwa menghina Islam menerusi ayat yang ditulis pada pesanan dalam talian.

Bayan Lepas: Polis menyiasat dakwaan seorang pelanggan restoran makanan segera di Kenari Avenue, di sini yang didakwa menghina Islam menerusi ayat yang ditulis pada pesanan dalam talian.

Gambar resit itu turut tular di media sosial selepas dimuat naik di aplikasi X, malah menimbulkan salah faham apabila ia didakwa ditulis pekerja restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada 8.46 malam tadi.

"Didapati satu pesanan diterima pada 3.05 petang semalam menerusi aplikasi rangkaian restoran itu yang mempunyai perkataan menghina agama Islam di bahagian nota pesanan.

"Susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Rizal minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.


Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya sudah bertemu dengan penyelia cawangan dan pengurus restoran yang menjual piza itu semalam, selepas kes berkenaan tular.

"Ramai salah faham seperti saya juga pada awalnya, menyangka resit berkenaan dijana oleh cashier (juruwang) restoran.

"Sebenarnya resit yang ditularkan itu adalah resit tempahan secara dalam talian dan ada ruangan 'remark' yang disalah guna oleh individu itu yang cuba lakukan provokasi dalam isu 3R (agama, raja, kaum)," katanya yang dimaklumkan bahawa pihak restoran sudah membuat laporan polis mengenai hal itu.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 17-5-2024 09:37 AM
Resit tu tertulis apa cuolls?
Quote shernazz 17-5-2024 09:39 AM
Nama.yang order tu MCM Nama Myanmar je
Quote rospinki 17-5-2024 09:43 AM
myanmar busuk ada hati nk hina islam. mai sini aku siat2 kulit dia
Quote prettyuglybabe 17-5-2024 11:03 AM
confirm myanmar ke.. entah-entah sepet punya kerja..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048003 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top