CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya mengharapkan Selangor atau Terengganu boleh menjuarai untuk Piala Malaysia musim ini" - Safee Sali

16-5-2024 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1024| Komen: 3

Description: Kuala Lumpur: Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali memilih Selangor FC antara pasukan pilihan yang bakal menjulang Piala Malaysia musim ini berbanding Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pasukan-pasuka ...


Kuala Lumpur: Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali memilih Selangor FC antara pasukan pilihan yang bakal menjulang Piala Malaysia musim ini berbanding Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pasukan-pasukan lain.

Safee yang lahir di Kajang, Selangor dan juga mula mencipta nama sebagai peledak berbahaya negara ketika menyarung jersi Red Giants dari 2006-2011 akui saingan trofi berprestij itu sering menghadirkan kejutan yang tidak disangka.

Selain Selangor FC, jaguh Pantai Timur iaitu Terengganu FC juga dianggap mampu membelah banjaran Titiwangsa bersama Piala Malaysia ke Kuala Terengganu.

"Untuk Piala Malaysia, saingan ini sangat menarik. Saya mengharapkan pasukan lain boleh juara.

"Saya mengharapkan Selangor atau Terengganu boleh menjuarai untuk Piala Malaysia musim ini," katanya di saluran YouTube miliknya, Sports Tarik.

Selangor FC yang cukup sinonim dengan Piala Malaysia menerusi kejayaan menjulangnya sebanyak 33 kali dilihat mampu memberi saingan memenangi trofi itu buat kali ke 34.


Malah, skuad Penyu yang memiliki pasukan terbaik berpeluang menamatkan badi 23 tahun selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2001 lalu yang juga kejuaraan sulung pasukan itu.

Bagaimanapun Safee tetap melihat JDT sebagai pasukan yang akan mengekalkan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.

"Untuk Liga Super saya masih memilih JDT sebab mereka ada skuad yang sangat besar. Pemain di bangku simpanan pun (kualiti) tahap pasukan kebangsaan yang mana mereka boleh ganti mana-mana pemain dan tahap permainan itu sama.

"Itu kelebihan JDT sebab Liga Super persaingan yang panjang," katanya yang pernah bersama skuad Harimau Selatan dari 2014-2017.

Selain itu, Safee memilih beberapa pasukan iaitu JDT, Kuala Lumpur (KL) City, Terengganu dan Kedah Darul Aman (KDA) sebagai antara calon juara Piala FA.

"Piala FA agak sukar sedikit, sebab mana-mana pasukan boleh jadi juara. Sudah pasti saya berasa final JDT dan mereka mungkin akan lawan KL City atau pasukan lain.

"Piala FA ini banyak kejutan. Saya susah nak pilih pasukan mana, dalam fikiran saya yang kuat sekarang adalah Terengganu. Tapi takkan Terengganu sahaja, jadi saya pilih pasukan lain juga, (mungkin) peluang Kedah untuk menjuarai Piala FA tahun ini," katanya.

Sumber ; Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-5-2024 11:24 PM
Semua orang dh benci JDT dah
Quote lostnfaun 17-5-2024 08:40 AM
Reserve JDT pun dah boleh main utk kebangsaan yer. Patutlah org makin tak minat tgk bola & JDT main. Boring.
Quote grouper 17-5-2024 09:00 AM
Bet jdt juara mana2 saingan boleh dimasukkan dlm pilihan investment yang menguntungkan...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.163412 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top