CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Risau Datuk Seri Anwar Ibrahim Bertemu Hamas Setelah Malaysia Dituduh Salur Dana, Ini Penjelasan Tegas PM

14-5-2024 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14852| Komen: 6

Description: Pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, di Qatar baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi, terutama ketika nama Malaysi ...


Pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, di Qatar baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi, terutama ketika nama Malaysia dikaitkan dengan penyaluran dana kepada Hamas.

Pertemuan tertutup yang berlangsung lebih sejam ini diadakan semasa Anwar dalam lawatan rasmi ke Qatar.

Anwar mengakui, semasa ditemui media Malaysia, bahawa terdapat sedikit keresahan dalam kalangan beberapa sahabat dari Barat berhubung perjumpaan ini.

Namun, beliau menjelaskan pertemuan tersebut adalah selaras dengan prinsip Malaysia yang mengambil sikap bebas dalam isu-isu antarabangsa.

“Soal saya menemui mereka (Hamas) saya nak jelaskan sekali lagi bahawa kita mengambil sikap yang bebas. Hamas punya hak untuk pertahankan wilayah yang dijajah oleh kuasa asing, tetapi kita ambil pendekatan menyokong usaha damai untuk berhubung dengan badan politik Hamas dan tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti ketenteraan,” kata Anwar.


Pertemuan ini, yang merupakan yang pertama secara bersemuka antara Anwar dan Haniyeh selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, turut diselaraskan dengan nasihat Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, dan Perdana Menteri serta Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani.

Qatar sendiri mempunyai hubungan rapat dengan Hamas dan sedang berusaha mencari kaedah perdamaian di rantau tersebut.

Anwar juga menekankan bahawa Malaysia akan terus komited dalam usaha menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Malaysia juga mendesak Israel menghentikan pembantaian ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan Palestin, dan bersetuju dengan pelan perdamaian yang telah diusulkan oleh dunia Arab, OIC, dan masyarakat antarabangsa.


Dalam pertemuan itu, Anwar turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Haniyeh yang terkorban dalam pengeboman rejim Zionis serta mendapatkan gambaran situasi terkini di Gaza dan Rafah yang semakin kritikal.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia akan terus memainkan peranan aktif di peringkat antarabangsa untuk menghentikan serangan ke atas Rafah serta membantu mangsa peperangan di Gaza melalui bantuan kemanusiaan, perubatan, dan pendidikan.

Mengulas lanjut, Anwar menyatakan bahawa Hamas menunjukkan kesediaan untuk memenuhi beberapa syarat yang dikenakan bagi proses damai, tetapi malangnya keengganan Israel untuk menerima syarat-syarat ini menjadikan penyelesaian konflik lebih sukar dicapai.


Dalam masa yang sama, Anwar turut meminta rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa untuk memahami dan menyokong langkah-langkah yang diambil Malaysia dalam mendekati isu Palestin dengan pendekatan yang diplomatik dan damai.

Pertemuan ini, walaupun kontroversial, mencerminkan usaha berterusan Malaysia untuk memastikan keadilan dan keamanan di rantau yang bergolak itu.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 15-5-2024 08:04 AM
lain mcm peluk tu
Quote ChildrenOfBodom 15-5-2024 08:41 AM
syok sendiri acah2 barat tergugat dengan prjumpaan ni,
Quote copy_paste 15-5-2024 08:50 AM
mmg sepatutnya kita kena salur dana utk perjuagan diorg
Quote prettygood 15-5-2024 02:02 PM
takyah lah risau2
Quote slavehunter 15-5-2024 03:11 PM
Imam mekdi dambaan penyokong PH pun ada photo op dengan Hamas Haniyeh. Jadi lepas ni penyokong PH tak boleh dah kutuk2 hamas.

Learn to start sanjung and rooting for Hamas.
Quote fattymah 15-5-2024 04:07 PM
Edited by fattymah at 15-5-2024 07:14 PM

Pahmi dah warning awat delete

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.042345 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top