CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kau bagi tahu tahu apa yang sebenarnya kau buat atau nak aku yang bagi tahu - Aliff Aziz

13-5-2024 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 78240| Komen: 467

Description: SELEBRITI sensasi, Aliff Aziz memberi amaran kepada pelakon baharu Muaz Zabir agar terlebih dahulu sedar diri apabila meminta pertemuan empat mata dengannya bagi membincangkan konflik rumah tangga den ...

SELEBRITI sensasi, Aliff Aziz memberi amaran kepada pelakon baharu Muaz Zabir agar terlebih dahulu sedar diri apabila meminta pertemuan empat mata dengannya bagi membincangkan konflik rumah tangga dengan isterinya, Bella Astillah.

Kata Aliff, 33, dia tidak perlu berbuat demikian, sebaliknya sebagai orang luar, Muaz sendiri perlu faham perbuatannya bersama Bella tetap juga sesuatu yang salah.

“Kenapa aku pula yang kena cari kau. Sebab kau perlu tahu apa yang kau buat dengan isteri orang.

“Kau yang buat hal dengan bini orang, nak aku cari kau buat apa,” katanya dalam satu video temu bual program televisyen.

Pada masa sama, Aliff meminta pelakon drama Bukan Hanya Sekadar Cinta itu agar menceritakan hal yang sebenar kepada umum. Tegasnya juga tidak ada lelaki lain yang berhak masuk campur dalam hubungannya dengan isterinnya, waima dia bergelar banduan sekali pun.


“Dalam keadaan baik kau tutup mulut. Biarpun aku bekas banduan, jahat macam mana sekali pun, itu tidak berikan kau hak buat apa yang kau buat kepada isteri aku. Selepas ini jika ada sesiapa yang bertanya kepada kau, nanti kau bagi tahu tahu apa yang sebenarnya kau buat atau nak aku yang bagi tahu.

“Aku takkan halallkan dunia akhirat apa kau buat kat isteri aku,” ujarnya beremosi.

Sebelum ini Muaz meluahkan rasa tidak puas hati apabila dirinya dikaitkan dengan kemulut rumah tangga antara Aliff dan Bella menerusi siaran audio (podcast) pada 3 Mei lalu.

Muaz turut meminta agar Aliff menjadi lelaki sejati untuk bertemu dengannya memandangkan mereka pernah berhubung mengenai perkara tersebut sebelum ini.

Selain itu, Muaz turut mengatakan Aliff mempunyai niat jahat terhadap dia dan Bella berdasarkan pendedahan perbualan mesej aktor terbabit dengan individu dinamakan sebagai NRF.

Menerusi siaran audio Aliff di The Common Folks, dia menceritakan tentang hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz sehingga isterinya itu berubah sikap.

Aliff juga mempertikaikan tindakan Muaz yang dikatakan mengganggu isterinya.


Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebelum itu, Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella ketika sebutan kedua kes tuntutan cerai pada 4 April atas alasan masih sayangkan isterinya.

Susulan itu muncul dakwaan mengatakan dakwaan hubungan sulit antara Muaz dan Bella selepas tular gambar mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. 

Sumber -HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 12-5-2024 11:39 PM
Pusingggg selagi boleh putik weiii... Aku tak percaya munafik mcm ko. Tabligh pun ko boleh tunggang ini kan pulak BBNU
Quote dua_chzy 12-5-2024 11:39 PM
Hamboooiiii tau marah ekkkkk

MARAHHHH EKKKKKK



Semoga lebih ramai jantan himpit ex wife to be kau lepas ni biar tambah mental ko tengok ujung2 jadik gilo talak (tak dilupa kena stroke seumo hidup mak kau jaga).
Quote dua_chzy 12-5-2024 11:40 PM
Tak halal dunia akhirat kuhnonnnnnn

Apa weng jantan NPD ni?
Quote noorhairiahma 12-5-2024 11:41 PM
Muaz baru silap sekali. Kau silap berkali2 sampai berbelas kali dah. Lagi nak tunjuk baik.
Quote Manusiabesa 12-5-2024 11:42 PM
Bks bnduan? Bila pulak dia masuk lokap? Ke aku yg tetinggal ketapi. Yihhh aneh.
Gilanya tabiat manipulative dia dh tahap teruk.
.
Dh la nk tido dulu.
.
Camart malarm untooq cemua kecuali alip ajis dan emak dia.
.
Zzzzzz shutting down
Quote azimodin 12-5-2024 11:46 PM
Nak gaslight semua orang supaya orang ingat yg dia buat perangai sebab kemik curang. Boooo. Dah terlondeh baru nak nak acah2 suami manly padahal nampak perempuan terus ketaq lutut.
Quote abadi84 12-5-2024 11:53 PM
Dlm kes Alep vs Muaz mmg iolls side Alep.
Menyampah tgk vc Muaz kata Alep maki dia.
Dah kau kacau  bini dia, kau expect apa?
Puji-pujian??
Quote Fly_over 12-5-2024 11:54 PM
terpaling maroh la pulak heols. korg sama je. mcm ckp kt cermin, marah kt diri sendiri. bini ko pn sure tak halalkan perbuatan ko kt dia. pusing2 la korg ye..
Quote MINNIElove 12-5-2024 11:54 PM
putik ni diam boleh tak? ckp apa pn org dh tak percaya. kalau mcmni la smpai raya thn dpn pn tak abis2 jaja kisah buruk bini.
Quote rosmahisham 12-5-2024 11:59 PM
Bosannya kisah derang ni.klu ada niat curang mesti pikir jgk r/tangga pasti melingkup cpt atau lambat je.jgn pikir pala kote ko je.sblm buat jahat pikir rmhtangga n ank2 dulu..terlajak perahu blh undur dekk!teelajakk perbuatannn hilang semua yg ko adaaaa! Dpt balaa
Quote mrsamz 13-5-2024 12:05 AM
Very typical npd punya perangeii..cari salah orang..besar2kan salah orang
Quote lazim 13-5-2024 12:08 AM
Hi sy dr pesbuk. Siapa bini org beranak 3 dr terengganu tu?
Quote _kelly 13-5-2024 12:08 AM
muaz ni pun patut dikecam sebaris dengan penyondol yang lain..just because wasep convo dengan gambar2 tak viral, kau jangan ingat kau suci sangat
Quote kakasotong2 13-5-2024 12:10 AM
Betullah tu Alep cakap, kau yg kacau bini orang Muaz, kau pula yg ajak laki orang tu gaduh dengan kau. Xmalu ke apa? Tebal gila muka dok main langsi dengan laki orang yg kau skandal tu.

Sebab tu meols cakap Muaz ni patut diam je xpayah nak bukak mulut mengulas isu ni. Kau kalau cakap benda elok xpe gak, ni ntah hape yg keluar dr mulut tu. Apooooo. Lepastu isu ni jadi melarat-larat sampai adik nabelah pun sama dok membalas tadi.
Quote MINNIElove 13-5-2024 12:20 AM
tulah tak nak cerai express, ikut sgt ckp kemek. kalau tak dh aman2 je takde sapa pn tau pasal scandal 11 org
Quote heythere123 13-5-2024 12:26 AM
normally ofkos la orang marah pebinor, tapi in this case rasanya memang semua orang harapkan dia bertemu buku dengan ruas

time engko curang berbelas kali takpe ek, dasar jantan keparat. Najis betul yach perangai
Quote becir 13-5-2024 12:34 AM
lazim replied at 13-5-2024 12:08 AM
Hi sy dr pesbuk. Siapa bini org beranak 3 dr terengganu tu?

Sapa pulak? Skandal latest putik ke
Quote eyansss 13-5-2024 01:07 AM
Aku takkan halallkan dunia akhirat apa kau buat kat isteri aku,” ujarnya beremosi.


yang ko curang berbelas2 kali tu acano lak?  ko nak halalkan ke segala perbuatan keji ko kat isteri ko?  phuihhhh…

- aku tak beking muaz cuma aku benci manipulator and narcissistic babeh macam alif ni…
Quote Wek_omeh2 13-5-2024 01:19 AM
IMG_20240513_011741.jpg

Saja mengeruhkan apa yg dah keruh

Lihat semua komen(467)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065487 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top