CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4013|Reply: 0

[Tempatan] Ingatkan tolong buat CPR ke orang pengsan ke...Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Hubungan Seks Di Atas Jalan Bertar Buat Netizen Terkesima

[Copy link]
Post time 20-5-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-5-2024 11:36 PM

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman ramai kerana disifatkan berbahaya dan tidak bermoral.





Umum mengetahui melakukan aksi lucah di tempat awam merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Malah tontonan sebegitu di tempat awam juga boleh mendatangkan keburukan kepada masyarakat khususnya jika dilihat oleh kanak-kanak bawah umur.

Tular video dua individu buat aksi seks tepi jalan raya
Baru-baru ini, tular satu video di laman x memaparkan tindakan dua individu lelaki dan perempuan yang dipercayai melakukan hubungan intim secara terbuka di atas sebuah jalan raya.

Menerusi rakaman yang tular, kelihatan lelaki dan wanita bertudung berkenaan memarkir motosikal masing-masing di tepi jalan.

Kemudian mereka berbaring di atas jalan raya dan melakukan pergerakan lucah tanpa menyedari perbuatan itu dirakam dari sebalik bukit.

Bercumbu-cumbu sebelum sedar aksi dirakam
Mereka turut dilihat bercumbu-cumbuan beberapa kali sewaktu berbaring di atas jalan raya berkenaan.

Menerusi rakaman tersebut mereka yang seakan tersedar aksi seperti sedang dirakam, bingkas bangun seperti ingin meninggalkan kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, lokasi berlakunya kejadian memaparkan dua individu itu tidak diketahui. Malah tiada dapat dipastikan sama ada ia berlaku di Malaysia atau luar negara.

senonoh dilakukan di tempat berbahaya
Melihat di ruangan balas, tindakan dua individu itu telah mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada orang ramai.

Ini kerana ada yang menyangkakan pada awalnya wanita tersebut cuba memberikan pertolongan kecemasan (CPR) kepada lelaki tersebut sebelum menyedari pergerakan ‘aneh’ yang dilakukan oleh mereka.

Tidak kurang juga yang bimbang sekiranya berlaku kemalangan jika ada kenderaan yang meluncur laju di kawasan tersebut.

Selain itu, ramai yang mengecam tindakan tidak bermoral mereka yang dilakukan di tepi jalan. Malah ada juga menyoal tindakan si perakam kerana tidak melarang daripada aksi itu terus dilakukan.

Namun sejauh mana kebenaran yang pasangan itu melakukan hubungan seks tidaklah diketahui kerana rakaman yang agak samar dan diambil dari jauh.

“Kalau ada lori lalu ni memang tak sempat nak elak lah gayanya”

Aku ingatkan tolong buat CPR ke orang pengsan ke. Baca komen rupanya buat lain. Wei gila apa atas jalan”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.350254 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list