CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3825|Reply: 32

[Tempatan] Lelaki nyaris maut, kereta meletup ketika mengisi petrol

[Copy link]
Post time 18-5-2024 01:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-5-2024 09:41 AM

Lelaki nyaris maut, kereta meletup ketika mengisi petrol[color=rgb(168, 168, 168) !important]17 Mei 2024, 9:28pm





Keadaan kereta yang tiba-tiba meletup dan terbakar ketika pemandunya sedang mengisi petrol.- Foto ihsan JBPM

KANGAR: Seorang lelaki nyaris maut apabila bahagian tangki petrol keretanya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, di sini hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 4.10 petang dimana mangsa yang berusia dalam lingkungan 40an itu sedang berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol pada kereta Proton Iswara Aeroback.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal pihaknya di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang berada di salah sebuah pam untuk mengisi petrol pada keretanya.


FOTO: NSTP

“Tatkala pengisian petrol sedang dilakukan, dengan tiba-tiba bahagian tangki kereta itu meletup sehingga mengakibatkan kereta mangsa dijilat api pada keseluruhan kereta.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan akibat percikan serpihan kaca keretanya yang meletup dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh kakitangan stesen minyak berkenaan sekitar 4.25 petang selepas 15 minit kerja pemadaman dilakukan mereka.

“Berdasarkan maklumat siasatan awal forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perlis pula, mereka mendapati bahawa punca kebakaran atau cetusan api itu bermula di bahagian kiri tempat duduk hadapan penumpang.

“Malah, pihak bomba turut mengesyaki bahawa cetusan api ini adalah dari tindak balas sampel yang diambil iaitu sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kereta itu sehingga tercetusnya ‘spark’ percikan api awal yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kiri tersebut.

“Selain itu, pihak bomba juga mengambil sampel pengecas telefon bimbit dan rokok di tempat yang dijumpai di bahagian kiri tempat duduk penumpang hadapan itu,” katanya.

Beliau berkata, setalkat ini kebakaran adalah disebabkan kemalangan semata-mata dan tiada unsur jenayah ditemui.
Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap JBPM Negeri Perlis berkata, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai berhubung kejadian itu.

Kebakaran turut membabitkan kerosakan bahagian bumbung stesen minyak berkenaan.


Lelaki nyaris maut, kereta meletup ketika mengisi petrol




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baiklah masa budak2 darat peghak masak maggi baru ni xde apa2 yg terjadi. Semoga mereka masuk ke dalam.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana gas petrol boleh masuk dalam kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya tangki atau saluran minyak bocor? Kereta pun dah lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm dlm grup perlih ni ada yg zoom ke tangki minyak dah serupa keranda kat seat blkg
Kete ni katanya gang tarik minyak (penyeludup)
So no kesian for you
Bala yg dicari
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 18-5-2024 06:58 AM
Smlm dlm grup perlih ni ada yg zoom ke tangki minyak dah serupa keranda kat seat blkg
Kete ni katany ...

ooo dia modified kat tangki tu ke?
padan la sampai meletup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 18-5-2024 07:15 AM
ooo dia modified kat tangki tu ke?
padan la sampai meletup.

Tu la
Semua memadankan muka tuan kete dgn stesen minyak tu skali
Berjawab la korang
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 07:24 AM | Show all posts
itu bukan proton wira aeroback ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tangki kat dlm boot? Mcm kotak besar tu. Dengan puntung rokok maybe menyala lagi kat seat depan. Phone on. Silap2 tak mati enjin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg keta modified ke ni
nasib la cedera ringan
kalau tak sah2 dia sekali bole meletup
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah…dah ler perlih tak byk stesen minyak…kalu betui geng penyeludup…menyusahkan masyarakat betuii…
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 18-5-2024 06:58 AM
Smlm dlm grup perlih ni ada yg zoom ke tangki minyak dah serupa keranda kat seat blkg
Kete ni katany ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bomba kata mungkin pencetus api datang dari seat penumpang depan.

Sambil mengisi, kawan duk depan mungkin main phone kot... wap petrol dok bergentayangan dlm ruang keta yg tertutup.
(rujuk anak panah, tangki ubahsuai sampai ke ruang penumpang belakang)

Cermin semestinya tint gelap dan tertutup supaya orang luar tak nampak tangki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya keta modified
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-5-2024 03:28 PM
Bahayanya keta modified

Dalam kes ni, tangki minyak tu yg di modified, so mendapat la
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes ni, sure cermin gelap.
Kes depan istana tu pun, cermin gelap.

Sebab tu polis tak setuju bila Loke membenarkan penggunaan cermin gelap sisi penumpang dan belakang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes menyamar polis culik pelabur forex kaa apatah waktu siang hari, pun cermin gelap.
Ko meronta la dalam tu pun, teda sapa nampak tatkala di atas jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pergh dahsyat mcm kena bom

tu la modi sgt
mujur takde org lain yg kena sekali
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ratus liter dia tuang tu.
Takde mekanisma yg buleh detect ke bila petrol diisi melebihi sekian² jumlah yg tidak munasabah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ohhh ada plot twist rupanya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.079360 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list