CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Impian bergelar penasihat undang-undang bakal tercapai, Wani Kayrie genggam ijazah undang-undang

20-5-2024 06:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23830| Komen: 130

Description: Impian penyanyi, Wani Kayrie untuk bergelar penasihat undang-undang bakal tercapai selepas menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) di sini, hari ini.

Impian penyanyi, Wani Kayrie untuk bergelar penasihat undang-undang bakal tercapai selepas menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) di sini, hari ini.

Lebih membanggakan, Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 24, memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia bersyukur usaha keras dalam pengajiannya sejak 2019 membuahkan hasil.

“Apabila menjadi anak seni, saya akui menempuh kesukaran untuk membahagikan masa antara kerjaya seni dan akademik.

“Namun, segala kepayahan sebagai penuntut universiti terbalas menerusi ijazah ini dengan doa ibu bapa dan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen itu.

Beliau antara 2,253 graduan yang diraikan pada konvokesyen meliputi 128 program pengajian termasuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana dan Diploma.


Jelas Wani yang memperoleh purata CGPA 3.5, pencapaian itu turut membuktikan bahawa anak seni juga mampu berjaya dalam pendidikan.

Tambahnya dia bercadang melanjutkan lagi pengajian di peringkat sarjana undang-undang pada masa depan.

“Saya sememangnya berhasrat mahu menjadi penasihat undang-undang terutama kepada rakan anak seni lain di negara ini,” katanya. 

Sumber -KOSMO!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 20-5-2024 12:50 AM
bagus dik Wani ni rajin belajar. Mintakla nasihat daripada kak najwa latif.
Quote miss_strangers 20-5-2024 01:03 AM
Dia Ni Kan yg spm Banyak A tu...
Quote Cleocatra 20-5-2024 02:29 AM
Tahniah la. Tak macam sorang retis kerempeng tu, kenmain lagi tunjuk study sampai pagi. Tapi, hujan gerimis ditengahari, setelah mendapat laki chubbi…
Quote Missjass 20-5-2024 02:47 AM
Cleocatra replied at 20-5-2024 02:29 AM
Tahniah la. Tak macam sorang retis kerempeng tu, kenmain lagi tunjuk study sampai pagi. Tapi, hujan  ...

Lepas dapat laki chubby terus tk kelek buku asyik show luggage LV la kereta mewah la. Dia pernah cakap yang laki dia marah kalau quit study i rasa laki dia yang suruh study, Wani ni lepas SPM terus sambung belajar kan walaupun time tu dah jadi retis umur 24 grad yang itu 27 dah tahun ni tp baru habis foundation kalau dia betul2 nak belajar mesti dah lama dah belajar ni belajar lepas kenal laki chubby tu rasanya
Quote sharlenetexas 20-5-2024 02:57 AM
Tahniah. Tapi iols takleh recall sheols artis bertudung ke tak. Circle artis, boleh buat duit jadi penasihat.


Quote prizadane 20-5-2024 07:20 AM
miss_strangers replied at 20-5-2024 01:03 AM
Dia Ni Kan yg spm Banyak A tu...

Yes, 7A kot rasanya. For retis, memang power la. Nyanyi pun not bad. Tapi takde rezeki menonjol. I sarankan budak ni focus je nak jadi lawyer or paralegal. Nyanyi tu part time je. Walaupun budak ni MSU graduate je, tapi she budak bijak la. Unlike alumni MSU yang kat perthlis tu. Itu dah la tak lawa, repeat paper berulang kali. Pencapaian pun takde
Quote NazRysha 20-5-2024 07:38 AM
baik la practise lepas tu ko ambik job artis2 kan masyukkk
masa ni la nak buat duit
nyanyi tu part time jer
Quote divalaura 20-5-2024 07:41 AM
prizadane replied at 20-5-2024 07:20 AM
Yes, 7A kot rasanya. For retis, memang power la. Nyanyi pun not bad. Tapi takde rezeki menonjol. I ...

ada pencapaian lah..
pencapaian memalukan dan memceceh pasal ex yang dah tak pandang dia pun
Quote imanjannah 20-5-2024 08:25 AM
tahniah dak Wani
Quote fattymah 20-5-2024 09:05 AM
Tahniah dek Wani.. tumpang bangga
Quote Manusiabesa 20-5-2024 09:06 AM
hyie replied at 20-5-2024 12:50 AM
bagus dik Wani ni rajin belajar. Mintakla nasihat daripada kak najwa latif.

Nk minx nasihat dr penguin tu utk apa pulak? Dh wani ni bijak sndiri dia, jalan je la sndiri. Xdak keperluan pun nk p minx nasihat org lain. Bodoh apa la advice ko ni. Advice ko ni simpan, ko g advice kt sesapa yg mls bljr ,cthnya anak ko. Sewel sgt dh ni. Artikel dh sah2 ckp wanie cmrlg, dh abis dgree dh pun. Dia nk smbung master ke phd ke dia bole jln sndiri xperlu bntuan orglen. Bengap dan bahlol ko
Quote Manusiabesa 20-5-2024 09:07 AM
prizadane replied at 20-5-2024 07:20 AM
Yes, 7A kot rasanya. For retis, memang power la. Nyanyi pun not bad. Tapi takde rezeki menonjol. I ...

Dia kerap repeat paper ke? Sapa gtau?
Quote bambimo 20-5-2024 09:11 AM
Edited by bambimo at 20-5-2024 09:15 AM

So pasni kena g chambering plak kan???..nk jd practising lawyer?
Pointer 3.5..terror tu
Tahniah wani..ada la achievement lain yg boleh dbanggakan.xde la reput asyik kena ulang2 tulis pencapaian spm 7A...
Quote KakZianaZain 20-5-2024 09:13 AM
prizadane replied at 20-5-2024 07:20 AM
Yes, 7A kot rasanya. For retis, memang power la. Nyanyi pun not bad. Tapi takde rezeki menonjol. I ...

Ye. Dia dulu budak Asunta rasanya. Mmg budak pandai dan aktif kat sekolah mengikut kata kawan aku yg anak dia sekolah assunta jugak.
Quote vanillaninja 20-5-2024 09:29 AM
Kekdahnya I baru tau MSU ada law school. Congratulations walaupun I tak kenal sheols sape sebenarnya.
Quote pocongkiutss 20-5-2024 09:34 AM
KakZianaZain replied at 20-5-2024 09:13 AM
Ye. Dia dulu budak Asunta rasanya. Mmg budak pandai dan aktif kat sekolah mengikut kata kawan aku  ...

Asunta..patut le
Quote gadis_tulip 20-5-2024 09:39 AM
vanillaninja replied at 20-5-2024 09:29 AM
Kekdahnya I baru tau MSU ada law school. Congratulations walaupun I tak kenal sheols sape sebenarnya ...

I pon sama tak kenal. Penyanyi ke pelakon sheol nie?
Quote kakakgarang 20-5-2024 09:45 AM
bagus la dek wani ni,, jaga badan, suara pun ok.. pandai pulak tu..

iolls sokong uolls...
Quote Wek_omeh2 20-5-2024 09:53 AM
Minik nya rahim sepatu pon graduate gak kan..sama msu tapi aku xtau la course apa

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045827 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top