CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki cedera didagu terkena benang melintang di Lebuh Raya SUKE buat laporan polis esok

15-5-2024 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8556| Komen: 24

Description: PETALING JAYA – Lelaki yang cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat.

PETALING JAYA – Lelaki yang cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Menurut MuasRosdi menerusi sebuah ciapan di aplikasi X, dia akan membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, esok.

“Alhamdulillah terima kasih pada yang mendoakan. Esok saya akan berjumpa ketua balai polis Ampang untuk membuat laporan,” katanya.

Sebelum ini, MuasRosdi telah memuat naik sebuah hantaran yang mendakwa dia telah mengalami kecederaan pada kawasan dagu ketika melalui Lebuh Raya SUKE pada pukul 6.30 petang, Isnin.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas susur keluar Taman Kosas, Ampang, menghala ke tol Bukit Teratai.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) meminta penunggang motosikal terbabit agar tampil melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.


Prolintas dalam kenyataan berkata, mana-mana saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkenaan insiden berkenaan untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atau Prolintas secara terus. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutieslilies 15-5-2024 08:40 AM
nasib baiklaa x kene leher weiiiii
Quote Thunderclouds 15-5-2024 09:29 AM
Kna wat cam korea la wey.
Boh cctv molek kt hiway tu..4k terus.
Senang nk monitor org saiko.
Lani ramai saiko. Budak² pn dh ramai sakit mental contoh yg dok baling batu kt keta org tu.
Takan nk tggu vvip yg kena jugak.
Quote cantthinkofany 15-5-2024 09:35 AM
samannnnnnnnnnn...jgn tak samannnnnnnnnn
Quote supernaturalee 15-5-2024 10:11 AM
oh my
ajer giler nk bunuh org deme ni

cer klu kena leher
blh putus wey



Quote supernaturalee 15-5-2024 10:11 AM
aper di msia lately ni bnyk plk kes pelik2

Quote B40tastePosh 15-5-2024 10:13 AM
Nasib baik tak kena mata.

Apa tindakan prolintas, takde cctv ke?
Quote Weller 15-5-2024 10:56 AM
up kat socmed dulu tapi tak report polis?


huhuhu
Quote mejaputih 15-5-2024 11:23 AM
Weller replied at 15-5-2024 10:56 AM
up kat socmed dulu tapi tak report polis?

itu la...kalau kita, cpt2 report polis dulu slps gi klinik sementara bukti masih ada di lokasi kejadian...pastu nk citer kat medsos berjela2 silakan...
Quote sharlenetexas 15-5-2024 11:36 AM
Tali tangsi ke?

Quote I.K.A888990 15-5-2024 11:41 AM
mmg bahaya betul ni
Quote TeropongThaico 15-5-2024 11:52 AM
Le report dkt social media dulu apa blh buat noks. Pastu nak delay lak risk baru nak pergi. isk mcm2. Patutnya kena je terus dptkan rawatan than keluar dr tpt tu terus gi balai buat report. Tu pun nak kena ajar.  Batak perhatian lbh
Quote annehuda 15-5-2024 11:54 AM
Dia share kt socmed tu utk pastikan rider lain berhati2 kt area tu la. Report polis tetap jalan. Bagusla dia viralkan tu. Bukannya dia viralkan benda yg mengaibkan
Quote matamata 15-5-2024 12:51 PM
Kadang2 benang layang2 pun boleh Jadi...
Quote Decaffeinated 15-5-2024 01:37 PM
matamata replied at 15-5-2024 12:51 PM
Kadang2 benang layang2 pun boleh Jadi...

or benang joran orang balik mengail.


Quote sayawifenikmie 15-5-2024 01:42 PM
saman lebuh raya SUKE tu
gagal menjaga keselamatan pengguna
Quote venom1 15-5-2024 01:49 PM
silap2 boleh putus kepala ni
Quote tripleid 15-5-2024 01:57 PM
Dah mcm dlm scene Final Destination dah..
Quote Zeatyisaac 15-5-2024 09:35 PM
Setuju..... Biar cakna sikit keselamatan pengguna.
Quote green~tea 15-5-2024 09:38 PM
Motor2 takyah naik elevated highway (mex, suke, akleh etc) la.. menyemak je bukan ada bahu jalan pun utk korang menyelit2 laju merempit..

Ngko tak hadap jem.. sila berambus pakai jalan raya biasa.... those elevated hiway not designed for you

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.192243 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top