CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tebang segera pokok berisiko di KL- Dr. Zaliha

13-5-2024 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13627| Komen: 10

Description: PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan mengambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko di Kuala Lumpur susulan insiden pokok tumbang yang berlaku di ibu negara tadi.


PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan mengambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko di Kuala Lumpur susulan insiden pokok tumbang yang berlaku di ibu negara tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, DBKL juga diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang selain menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi.

“Susulan insiden pokok tumbang hari ini yang hanya berselang seminggu dari insiden di Jalan Sultan Ismail, saya mengarahkan DBKL mengambil tindakan segera menebang pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur.

“DBKL juga diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Dr. Zaliha berkata, garis panduan baharu berkaitan pokok berusia dan berisiko tinggi itu bagi memastikan insiden yang sama tidak lagi berulang dalam jangka masa panjang.

“Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL perlu memperincikan program penggantian semula pokok.

“Ia termasuk meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Terdahulu, kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance di ibu negara petang tadi nyaris menimpa kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Bagaimanapun, beliau dan kenderaan jenis Lexus 350 yang dinaikinya selamat.

Menurut Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 13-5-2024 10:26 PM
Pokok tumbang tu satu hal. Yg bukit bukau dlm kl korang gondolkan utk bina kondo mcm mana plak. Alasan dbkl dah jual pd pemaju. Hello???
Quote sambaldurian 14-5-2024 06:55 AM
Pokok2 ni penting jgk - nk setup/redupkan area, tp kena cari yg sesuai. Tp apa yg sesuai pun aku x tau. Bonsai renek2 je kot. Yg ni ada pro n cons - pro dia klu tnm bnyk atas divider tgh boleh jd natural barrier ( yela klu ada kereta nk terbabas xde la sodok g arah lain, langgar pokok dulu) tp at same time klu besar2 bonsai nya- bersusun , tanam kt
divider tgh lak tu, boleh hadkan pandangan klu nk belok masuk simpang 4.
Quote ultra78 14-5-2024 07:05 AM
Gantikan pokok tua dengan pokok muda. Pilih spesis lain yang tak berdahan besar, contohnya pokok bucida ke. Pokok ni naik menegak
Quote noor2 14-5-2024 07:07 AM
Tu semua pokok raintree tu..hujan2...mmg besar pokok2 ni..seram tengok dlm gambar tu
Quote noor2 14-5-2024 07:08 AM
ultra78 replied at 14-5-2024 07:05 AM
Gantikan pokok tua dengan pokok muda. Pilih spesis lain yang tak berdahan besar, contohnya pokok buc ...

Bucida bukan menegak..dia mengembang...
Quote sayurmayur88 14-5-2024 07:31 AM
tukar jer kot ke pokok bunga kertas ke..
Quote downiey 16-5-2024 07:11 AM
pokok tukar 1 hal. yg bangunan byk sgt memacak kt Malaysia ko tarah gunung bukit sana sini pon salah 1 punca banjir n struktur tanah x kukuh..
Quote A-Are 16-5-2024 08:39 AM
seram tiap kali balik dr kerja...sekarang tiap petang hujan, asal drive dok pandang pokok kat ats...dahlah ofis i olls ni area byk pokok tua...
Quote Skuau 16-5-2024 06:58 PM
ultra78 replied at 14-5-2024 07:05 AM
Gantikan pokok tua dengan pokok muda. Pilih spesis lain yang tak berdahan besar, contohnya pokok buc ...

jangan la ko menyindir YB2 tu semua....
Quote kemaruk 16-5-2024 10:05 PM
Tadi pon bangkem balik rumah driving dalam hujan..

Seramnyer lalu bawah pokok2 besar tua terutamanya kat jalan ampang tu

Sepanjang jalan, bangkem tak lekang berdoa agar sempat merasai zaman kegemilangan chatgpt

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061890 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top