CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Batal Kontrak, Peminat Kembali ‘Follow’ IG Daiyan Trisha. Terima kasih Daiyan, okey boleh unblock – Netizen

17-5-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4363| Komen: 35

Description: Sebelum ini nama pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha termasuk dalam senarai artis tempatan untuk diboikot kerana bekerjasama dengan syarikat jenama pro-Israel.

Sebelum ini nama pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha termasuk dalam senarai artis tempatan untuk diboikot kerana bekerjasama dengan syarikat jenama pro-Israel.

Namun tidak mengambil masa yang lama, Daiyan dengan berani membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro-Israel sekaligus menuai pujian ramai.

Memetik Hibglam, pemilik nama lengkap Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, dianggap sebagai selebriti tanah air pertama sanggup mengambil keputusan berani tersebut sehingga ramai peminat kembali mengikuti Instagramnya selain mendoakan dia dilimpahi rezeki.

Objektif ‘blockout’ tercapai! Okey boleh unblock (nyahsekat) dan follow (ikuti) Daiyan kembali,” kata peminat.

“Tidak semua artis boleh lakukan apa yang Daiyan lakukan. Better than never (lebih baik terlambat dari tidak lakukan). Semoga Allah kurniakan rezeki seluas lautan,” ujar netizen.

"Terima kasih Daiyan kerana sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” komen seorang pengikut.

Isnin lalu, Daiyan tampil membersihkan nama selepas didakwa masih menjalin kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel.

Pelantun lagu Penat itu memaklumkan dia tidak pernah melupakan nasib saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri untuk membantu mereka.

Daiyan turtu berkongsi bukti sumbangan bernilai RM100,000 yang disalurkan kepada empat badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu rakyat Palestin.

Sebelum ini, gerakan Blockout 2024 tercetus dalam media sosial bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka. 

Semoga lebih ramai lagi artis tempatan yang tersenarai mengikut jejak Daiyan. Sama-sama kita doakan.

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Addrianna 17-5-2024 11:19 PM
Begitulah cara nak sucikan diri.netizen ni banyak je lembam senang diperdaya.post je tunggang agama,terpaling lepaskan job ramai lah jatuh proud tersentuh hati bagai.sedangkan scammer dato red pun orang boleh jatuh kesian inikan pulak DT
Quote sharlenetexas 17-5-2024 11:34 PM
Apa dia nak heran bg kan ada.


Quote miracle_forever 17-5-2024 11:54 PM
ada bukti ke sheols terminate contract tu? ke sekadar sembang vaveee pun boleh terbang. pastu netizen pun berpusu2 puji & followed balik. yihhhhhhh
Quote hokeypokey 18-5-2024 12:05 AM
perhhh takut dia
Quote Joysparta 18-5-2024 12:23 AM
Reno hidung ..bibir terus cantik
Quote pocongkiutss 18-5-2024 12:31 AM
miracle_forever replied at 17-5-2024 11:54 PM
ada bukti ke sheols terminate contract tu? ke sekadar sembang vaveee pun boleh terbang. pastu netize ...

Tu le pasei
Quote anilanil 18-5-2024 12:36 AM
Thanks daiya. Betol la dia cakap dia dah kaya. Tak perlu pon byk job.
Quote 8Queen8 18-5-2024 12:42 AM
Nak tengok receipts baru percaya
Takkan begitu pantas untuk terminate contract.

Quote MissVixen 18-5-2024 12:53 AM
Kau batal kontrak sebab orang kecam? Bukan sebab simpati dengan palestine? Berapa kena bayar denda sebab langgar kontrak? Sembang kenchang je ke?
Quote anakkerengga 18-5-2024 12:58 AM
Mcm susah nak percy blh batal kontrak secepat itu
Quote pocongkiutss 18-5-2024 01:12 AM
anilanil replied at 18-5-2024 12:36 AM
Thanks daiya. Betol la dia cakap dia dah kaya. Tak perlu pon byk job.

Yolah..ada yg tanggung..mmg le kayo
Quote mawardia 18-5-2024 02:18 AM
Nak bukti termination of contract
Quote Safirania 18-5-2024 10:32 AM
Dia ni ada vibes yang buat iols tak berapa suka lah. Tak tahu kenape. Huhu
Quote ninajaybee 18-5-2024 10:47 AM
Edited by ninajaybee at 18-5-2024 10:49 AM

Kontrak apa dan dengan company mana dia batalkan kontrak? Kalau ambassadorship atau face of, company terbabit buat announcement biasanya esp bila terminate prematurely. Entah2 setakat dapat barang free utk buat post.

Lepas ni retis2 makin lama mudah2 je claim gini. Sebelum ni konon tolak tawaran. Entah yg ke tidak dapat tawaran.
Quote lyshafull 18-5-2024 10:51 AM
Percaya la sgt netz ni
Bukan jadik BA pun
Quote renko 18-5-2024 11:27 AM
nerakazen level lembam
Quote Piramida 18-5-2024 11:49 AM
Tak mendatangkan faedah kalau follow pun.
Ntah la sampai sekarang tak rasa nak minat or follow dia ni.
Tak jumpa aura lagi.
Quote bottombikini 18-5-2024 12:50 PM
percaya sgt la netz dgn anak wayang
Quote missyL 18-5-2024 09:27 PM
Aik
Dah blockout baru terminate ke
Hahahah

BgslA
Die pn byk derma kn
Teringat aritu kt x viral buku die hahaha
Lawak la puisi die haha
Mcm quotes2 je

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059524 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top