CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng H memasak di stesen minyak, polis buka kertas siasatan

16-5-2024 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7326| Komen: 26

Description: KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan mengenai tindakan sekumpulan individu yang memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands seperti dalam video yang tular beberapa hari lalu.

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan mengenai tindakan sekumpulan individu yang memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands seperti dalam video yang tular beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan, hari ini berkata polis menerima aduan berhubung perkara itu jam 12.35 tengah hari ini di Balai Polis Bentong.

Katanya, laporan polis itu berdasarkan rakaman video yang tular yang mana tindakan memasak di stesen minyak itu menimbulkan kebimbangan dan kegusaran masyarakat kerana ia berbahaya.

"Hasil siasatan pihak polis mendapati, rakaman video terbabit tular melalui satu laman sosial X (dahulu Twitter) dan telah dimuat naik pada 13 Mei lalu.

"Klip video berdurasi lebih kurang 50 saat itu memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak berkenaan," katanya.


Sehubungan itu, katanya polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

"Kita mohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Zaiham berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan akan membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

"Ini kerana polis mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik-pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain yang melalui lokasi berkenaan," katanya.

Rakaman video yang tular menunjukkan sekumpulan individu lelaki dan wanita melepak sambil memasak mi segera dengan menggunakan dapur gas mudah alih dan menjamu selera mengundang kemarahan netizen kerana ia berbahaya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 16-5-2024 01:43 PM
Pasni sorang-sorang kena kutip.
Quote matamata 16-5-2024 02:07 PM
Macam tak best je akta siasatan...setakat gangguan awam je...hukuman mestila ringan gila
Quote shida81 16-5-2024 02:07 PM
Padan la muka.. X de keje cari keje
Quote lightheaded67 16-5-2024 02:45 PM
Edited by lightheaded67 at 16-5-2024 02:52 PM

acik harap budak budak ni kena. sbb nya siap nganjing tu "dia dh mai" va va va

giphy-6-9.gif
Quote kepompong 16-5-2024 02:59 PM
patutnya akta keselamatan awam (risiko terbakar)
cop! bukanke denda sekian2 kalau merokok kat stesen minyak? ni api besar haaaa takkan denda sama merokok kot. Mesti kena lebih
Quote renko 16-5-2024 03:07 PM
sita je kereta babi2 ni
xlayak pakai kereta
kurung dalam reban babi eloknya
Quote imanjannah 16-5-2024 03:13 PM
sembur ngan air pemedih mata tu je
Quote sambaldurian 16-5-2024 03:42 PM
matamata replied at 16-5-2024 02:07 PM
Macam tak best je akta siasatan...setakat gangguan awam je...hukuman mestila ringan gila

Ok la tu, xkn nk buat penjara seumur hidup pulak, janji x benak lg pasni. Dh tau x berapa bijak dan kaya, lebih kpd kedekut, berkira belanja ,x yah feeling2 nk g genting tu ha.
Quote JunkMail 16-5-2024 05:37 PM
Bilakah trend healing healing berkhemah ni nak tamat..aku rengsa tengok
Quote blue_blur 16-5-2024 07:54 PM
moga saman padu la geng2 Haval ni.....
Quote anony-mous 16-5-2024 08:04 PM
kepompong replied at 16-5-2024 02:59 PM
patutnya akta keselamatan awam (risiko terbakar)
cop! bukanke denda sekian2 kalau merokok kat stese ...

I saspek sbb akta tu jelas tuju kat merokok tp xdee mentioned memasak. So xboleh dakwa bawah akta tu
Quote nw111 16-5-2024 08:04 PM
matamata replied at 16-5-2024 02:07 PM
Macam tak best je akta siasatan...setakat gangguan awam je...hukuman mestila ringan gila

Kalau merokok kt stesen minyak boleh kena denda 10k n penjara 2 tahun...yg ni kesalahan lagi berat kot...kalau sekor kena denda byk tu...lumayan jgk hasil kutipan..
Quote anony-mous 16-5-2024 08:05 PM
JunkMail replied at 16-5-2024 05:37 PM
Bilakah trend healing healing berkhemah ni nak tamat..aku rengsa tengok

Aku kalau kena berkemah makin serabut. Haha. Xsuka kena psg khemah, toilet busuk sharing2
Quote kepompong 16-5-2024 08:10 PM
anony-mous replied at 16-5-2024 08:04 PM
I saspek sbb akta tu jelas tuju kat merokok tp xdee mentioned memasak. So xboleh dakwa bawah akta  ...

punca api jugak. kalau meletop bahan api kat stesen tu... semua org dpt susah
Quote Jitu 16-5-2024 09:27 PM
berpeluh la tu sekor2 takut kena kutip
bt sgt benda bodo
Quote ciksom 16-5-2024 09:31 PM
Diorang buat benda bodoh macam tu ingat netizen kagum dan minta puji ke sebab masak megi kat situ ke?
Quote airfilterkotor 16-5-2024 09:36 PM
Baik ko serah diri kat balai dekk sebelum polis kutip kat umah depan mak ayah.
Quote airfilterkotor 16-5-2024 09:45 PM
Screenshot_2024_0516_213818.png

Senang citer, apa² aktiviti/perbuatan yang boleh mendatangkan kebakaran stesen minyak.

Kalo main mercun dalam kawasan stesen minyak pun boleh kena dakwa walopun papan tanda larangan takde gambar mercun.
Quote green~tea 16-5-2024 09:54 PM
matamata replied at 16-5-2024 02:07 PM
Macam tak best je akta siasatan...setakat gangguan awam je...hukuman mestila ringan gila

Saman rm300 tanpa diskaun atas setiap sekor terlibat tu..

Memasak kat stesen minyak utk jimat duet makan... skaliiiii makan saman jah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.249805 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top