CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan biarkan umur mengehadkan kita. Saya mahu menua dengan anggun," - Nenek 78 tahun, penari tiang tertua di China

19-5-2024 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6513| Komen: 10

Description: Beijing: Dengan solekan glamor, skirt mini dan kasut tumit tinggi, Dai Dali, 78, berputar dengan anggun, melakukan belahan dan tergantung terbalik dari tiang di atas pentas.

Beijing: Dengan solekan glamor, skirt mini dan kasut tumit tinggi, Dai Dali, 78, berputar dengan anggun, melakukan belahan dan tergantung terbalik dari tiang di atas pentas.

Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), bekas pekerja kedai buku di wilayah Sichuan, barat daya China itu sudah menyertai tarian tiang sejak dia bersara pada usia 64 tahun.

Penari tiang tertua di China itu menikmati hobinya dan berjaya memikat pemerhati dengan keazamannya untuk terus menari sehingga usia 80-an.

Dai yang membuat sesi siaran langsung sesi latihan hariannya di media sosial Douyin, berjaya menarik kira-kira 180,000 pengikut.

"Jangan biarkan umur mengehadkan kita. Saya mahu menua dengan anggun," kata Dai.


Pada usia 70 tahun, Dai memenangi pingat emas dalam pertandingan tarian tiang profesional.

Dia mempamerkan bakatnya di stesen penyiaran CCTV, mewakili China dalam pertandingan Asia's Got Talent, dan dijemput untuk membuat persembahan di Rancangan Realiti NBC, Little Big Shots: Forever Young.

Pada persembahannya di Asia's Got Talent, Dai menerima tepukan gemuruh daripada keempat-empat juri.

"Saya rasa saya bertemu isteri saya yang seterusnya," kata salah seorang juri, penerbit muzik Amerika Syarikat, David Foster, secara berseloroh.

Dai menjawab bahawa dia berasa sangat berbesar hati, tetapi membalas dengan nada melawak bahawa Foster terlalu muda untuk dirinya.

Dai tertarik dengan hobi itu sebagai cara untuk kekal cergas ketika berusia 64 tahun.

Terdapat sebuah studio tarian tiang berhampiran gimnasium tempat dia menghadiri kelas tarian rakyat, dan dia tertarik dengan perasaan 'terbang' di udara.

Apabila dia mula berlatih, kakinya sering lebam, tetapi dia menikmati semua proses dan anggap ia cabaran.

"Saya pernah mengalami keradangan dan bengkak di pergelangan tangan kiri sebelum saya mula menari tiang.

"Saya hampir tidak boleh berbuat apa-apa dengan tangan saya. Tetapi sekarang ia lebih baik," kata Dai kepada SCMP pada 2015.

Di media sosial, ada yang mengkritiknya kerana mengambil hobi seksual dan menggoda, tetapi dia memilih untuk mengabaikan komen sedemikian.

"Apabila saya berputar di atas tiang dan melakukan gerakan yang saya suka, saya berasa cantik," katanya.

Dia juga sudah memasang tiang sepanjang 2.7 meter di bilik tidurnya di rumah untuk latihan harian.

Keluarganya sangat menyokong, walaupun suaminya lebih suka bermain mahjong. Cucunya pula adalah peminat setianya.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 19-5-2024 12:19 PM
Keluarganya sangat menyokong, walaupun suaminya lebih suka bermain mahjong. Cucunya pula adalah peminat setianya.

Musti kagum nenek putar2 kat tiang
Quote _blackbird 19-5-2024 12:35 PM
tapi kan, kalau kita tolak tepi penari tiang ni as sensual, let say tgk pov as hobi, aku ada kawan yg ambil lesson pole dance ni, tak dinafikan posture dia cantik, fit and ada kekuatan tangan, kaki, abdomen yg above average, setara dengan gymnastic
Quote zehra2 19-5-2024 12:44 PM
jenis tulang lembut.. kalo keras.. warded dah
Quote green~tea 19-5-2024 01:08 PM
Edited by green~tea at 19-5-2024 01:09 PM

Aku penah gi class pole dancing ni kat gym.. masyaAllah sakit gila seluruh badan aku 2-3 hari lepas tu.. sbb dia train seluruh muscle seluruh badan... abs, back... paha, glutes,, betis, lengan belakang bahu....

Lagi teruk dari weight lifting yang target2 muscle seluruh badan tu.. sbb weight lifting pakai barbell or dumbell or kettlebell dia certain posture je takde la variety sgt position and posture mcm pole dancing

Tp this pole dancing i tell u.. mmg kena kuat especially core muscle kena selalu engage
Quote B40tastePosh 19-5-2024 03:49 PM
Adik angkat meols kena torture buat kerja kebun sawit dan pisang sekarang dah keluar dia punya six packs.
Quote dani-rox 19-5-2024 04:14 PM
Dia juga sudah memasang tiang sepanjang 2.7 meter di bilik tidurnya di rumah untuk latihan harian.


tingin nak pasang satu kat dlm bilik. tp takut hot2 chicken shit jah, baru panjat tiang terus mengah

Quote hokeypokey 20-5-2024 03:03 PM
hebat dasat nenek ni
Quote Samerosie 20-5-2024 03:31 PM
Pergi strip joint, excited gila bbnu, sekali kuar ghopa gini, mau murung 5 tahun.

TN1-Pole-Dancing-Grandmother.jpg
Quote Hessa 20-5-2024 03:32 PM
China ni semuanya boleh pada diorg. kalau tgk aksi akrobatik diorg,yg muda2 selamba jer buat aksi naik scrambler tu, pusing2 dalam sangkar lima orang ye, tanpa ada apa2 kemalangan dalam tu. fuhhh mmg wow.no wonder diorg boleh beri saingan dalam olympic pada US & Australia selain UK, Japan.
Quote s@s@ 20-5-2024 04:25 PM
ni lebih pada show sarkas je la.... bukannya menari tiang sexy2....
ada org lelaki, dah tua baru masuk gym, dah pencen byk masa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050718 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top