CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10221|Reply: 4

[Jenayah] Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru

[Copy link]
Post time 19-5-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 19-5-2024 05:12 PM

Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru

Oleh
FARHANA ABD KADIR

19 Mei 2024 04:28pm



Pihak polis melakukan siasatan di bahagian tempat peti surat di kediaman milik Teresa. Kertas ugutan bunuh dan dua peluru yang diterima oleh Teresa.


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.

Menurut Naib Pengerusi DAP itu, kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal malah beliau mempersoalkan kesalahan yang telah dilakukan sehingga menerima ugutan bunuh.

“Semalam apabila pulang ke kediaman rumah, saya mengambil surat di peti surat, namun saya dapati ada sampul surat mengandungi objek keras di dalamnya.

“Semasa membuka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya lihat ada dua peluru dan kertas ugutan.

“Saya memang hairan dan tidak mengerti mengapa saya menerima ugutan peluru dan surat seperti ini?" katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Mengulas lanjut, menurut Teresa, susulan kejadian itu beliau telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, polis telah datang ke bahagian peti surat di kondominium tersebut untuk menjalankan pemeriksaan.

“Berikutan itu, saya telah laporan di Balai Polis Petaling dan menyerahkan surat serta peluru untuk siasatan.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis di atas tindakan pantas selepas saya membuat laporan,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/a ... nuh-berserta-peluru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2024 05:14 PM | Show all posts
KES


Teresa Kok terima surat ugutan bunuh, bersama dua peluru


Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my


Mei 19, 2024 @ 4:42pm





Teresa Kok bersama surat ugutan, dua peluru yang diterimanya.




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menerima surat ugutan bunuh bersama dua butir peluru hidup, semalam.


Kok yang juga Naib Pengerusi DAP, memaklumkan surat ugutan berserta peluru itu ditemui dalam sampul yang diletakkan pada peti surat kediamannya.


"Semalam bila saya pulang ke kediaman rumah saya dan mengambil surat di peti surat, saya dapati ada satu sampul surat yang mengandungi benda yang agak keras di dalamnya.


"Bila saya buka sampul surat dan keluarkan kandungannya, saya mendapati dua butir peluru dan satu kertas putih saiz A4 bertulis perkataan lucah dan ugutan bunuh," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.


Berikutan itu, katanya beliau membuat satu laporan di Balai Polis Petaling dan menyerahkan surat serta dua butir peluru itu kepada polis untuk siasatan.


"Polis juga datang ke bahagian peti surat di kondominium saya untuk menjalankan pemeriksaan.


"Saya memang hairan dan tidak mengerti kenapakah saya terima peluru dan surat yang penuh ugutan seperti ini," katanya.


Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas menjalankan siasatan sejurus pihaknya membuat laporan polis.


"Saya yakin pihak polis dapat membantu saya dalam kes ini," katanya.




https://www.bharian.com.my/berit ... -bersama-dua-peluru


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru ada otak punya samseng. Apa kelasss pakai media sosial, tak sampai 24 jam dah kena kutip.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beberapa kali terserempak dengan Teresa ni masa hiking ,kasut untuk hike pun dia pakai yang salah, macam mana bleh jadi minister ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2024 07:19 PM | Show all posts
BERITA  > Semasa

Polis siasat kes ugutan bunuh terhadap Teresa Kok

Oleh
MUHAMMAD AMINNURALIFF

19 Mei 2024 06:53pm



Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Rusdi


KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung ugutan diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi sepucuk surat mengandungi dua butir peluru pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan berkaitan kira-kira jam 9 malam.


"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

"Kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kes masih di peringkat awal, namun pihaknya memandang serius isu terbabit.

"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan.


"Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada Sabtu, Teresa menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya.


https://www.sinarharian.com.my/a ... terhadap-teresa-kok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.139635 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list