CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7861|Reply: 15

[Jenayah] Kesal dua kali kedai dijadikan lokasi buang bayi

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Anggota polis membawa bayi yang ditemui di sebuah kedai menjual ayam ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan PRDM





CHUKAI: Seorang peniaga di Jabur Kubur, di sini, kesal kerana kedainya dijadikan lokasi pembuangan bayi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Raja Mahidi Raja Ayub, 38, berkata hari ini kali kedua kedainya dijadikan lokasi perbuatan tidak bertanggungjawab itu apabila seorang bayi lelaki yang sudah tanggal pusat ditinggalkan kesejukan ditemui sekitar jam 7.30 pagi.

"Ini adalah kejadian kali kedua di kedai saya. Tahun lalu seorang bayi perempuan dibuang di sini," katanya ketika ditemui hari ini.

Raja Mahidi berkata bayi itu ditemui seorang pemandu lori yang kebetulan hendak menghantar bekalan ayam ke kedainya kira-kira jam 7.30 pagi.

"Ketika memunggah bekalan ayam, pemandu lori terbabit terdengar bunyi seperti anak kucing sebelum menghampiri tempat penemuan itu.

"Dia (pemandu lori) sangat terkejut bila mendapati suara itu sebenarnya seorang bayi tanpa pakaian dan menggigil kesejukan," katanya.

Menurutnya, bayi yang sudah tertanggal tali pusat itu ditinggalkan di atas simen dengan dialas dengan dua helai pakaian.

"Sejurus tiba di kedai, saya ambil baju bersih dan membalut bayi terbabit bagi menghilangkan kesejukan yang dialaminya itu.

"Saya sangat sedih melihat bayi itu. Saya tidak faham apa perasaan mereka yang berbuat demikian yang tidak berhati perut," katanya.

Katanya, dia sanggup menjaga bayi itu sekiranya kedua ibu bapa bayi terbabit tidak mahu menjaganya dan perbuatan yang dilakukan pihak tidak bertanggung jawab itu sangat kejam dan menyakitkan hati.

"Selepas penemuan bayi perempuan itu, saya ada buat permohonan untuk hak penjagaan namun tidak berjaya mungkin belum rezeki saya," katanya yang sudah lama menunggu kehadiran zuriat keduanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata bayi terbabit dipercayai dilahirkan dalam tempoh seminggu sebelum dibuang di situ.

Menurutnya, bayi seberat kira-kira tiga kilogram itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan dilaporkan sihat.

"Kita juga akan menyiasat sama ada bayi ini dibuang oleh individu yang sama pada tahun lalu dan pihak kami meminta kerjasama klinik kerajaan dan swasta sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan anak supaya segera menghubungi polis," katanya.

Hanyan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknye minta kedai runcit tu jualkan baby tu ke?

Kalau buang kat masjid tu faham la juga, minta masjid hantar baby dia ke tahfiz supaya dah besar boleh jadi imam mesjid.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya yg buang ni..baby tu tak dibalut dan kesejukan...sian baby...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
And kedai tu kena psg cctv dah gamaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:20 AM | Show all posts
"... Kita juga akan menyiasat sama ada bayi ini dibuang oleh individu yang sama pada tahun lalu"

compare muka dua baby tu. tapi boleh jadi juga mak sama bapa lain2.

Bersedialah lagi sembilan bulan tora datang lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:35 AM | Show all posts
Cubalah berpikir postive dan Out of The Box ....

Mungkin bagi orang tua kandung bayi yang dibuang itu ... kedai itu adalah tempat yang paling cocok,  ideal dan sangat bertuah  bagi bayinya agar tumbuh menjadi manusia yang betol-betol berguna bagi agama, keluarga, masyarakat, bangsa dan negaranya (bahkan mungkin menjadi PM) ketika mereka dewasa nanti ... AMIN ...Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Perbuatan org yg sama ke???mohon pihak jkm check dna bayi ni ngan bayi yg dibuang tahun lepas tu,kalo betul org yg sama leh standby dah next year letak cctv siap2
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu dia letak kt kedai ko..dari dia letak dlm tong sampah ke, buang dlm longkang ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai ko line clear nk letak baby malam2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
I cuma nak ckp..bdk pompuan klu kau dah terlanjur x reti2 ke cari pil...or klu dah gatal.agt tu..x reti ke beli kondom suh bf kau pakai..ni dah ngandung dan nyusahkan org..kepala banat pun..klu students i ni mau hempuk je kepala ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baby merdeka la ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai jual/potong ayam biasa pukul 6-630 pagi dah buka.mungkin tu sebab nya letak dekat situ
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
"Selepas penemuan bayi perempuan itu, saya ada buat permohonan untuk hak penjagaan namun tidak berjaya mungkin belum rezeki saya," katanya yang sudah lama menunggu kehadiran zuriat keduanya.

ada org nak bela payah plak nak dapat kelulusan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 19-5-2024 02:54 PM
Baby merdeka la ni


Baby Hari Persekutuan Malaysia....orang Sabah x Semenanjung maybe
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak reti main la kalau yg asik termengandung nih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 19-5-2024 03:04 PM
"Selepas penemuan bayi perempuan itu, saya ada buat permohonan untuk hak penjagaan namun tidak berja ...

Sbb stateless kot, sudsh. Kalau ade surat beranak, mungkin senang roses.. Kesian budak2 yg dibuang tanpa surat beranak ni, steless
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.263188 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list