CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9408|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Op Mabuk, Op Samseng Jalanan sita 20 kenderaan

[Copy link]
Post time 19-5-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan motosikal dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan di Bukit Ampang Saujana. FOTO Ihsan PDRM

Ampang: Tindakan warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen membawa padah apabila motosikal mereka disita polis menerusi Op Mabuk dan Samseng Jalanan, malam tadi.

Dalam operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang bermula 10 malam itu, motosikal warga asing itu antara 20 kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi di sekitar Jalan Bunga Raya dan Bukit Ampang Saujana itu memeriksa sebanyak 80 kenderaan.

"Hasil pemeriksaan, 96 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lazim iaitu tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi dan ubah suai ekzos.


"Selain itu, sebanyak 20 motosikal disita yang mana lapan daripadanya adalah motosikal ditunggang warga asing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, kesemua kenderaan yang disita dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.

Katanya, pemeriksaan dalam operasi itu dibuat secara rambang dengan menumpukan kepada motosikal dan penunggang yang berpotensi melakukan aktiviti merbahaya.

Beliau menasihati pemilik kenderaan supaya tidak membenarkan individu tiada lesen memandu yang sah meminjam kenderaan kerana dikhuatiri berlaku kejadian tidak diingini yang boleh memberi kesan kepada pemilik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-sita-20-kenderaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.604237 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list